Nuffnang

Wednesday, June 24, 2020

Review: Krimpaf Buntat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selepas selesai makan nasi lemak 7 benua, abah nak mencuba Krimpaf Buntat di sebelah. Di sini cuma ada perkhidmatan bawa pulang. Saya sudah membeli awal semasa abah berborak dengan pemilik kedai.


Krimpaf Buntat Melaka
Kain Rentang Krimpaf Buntat Beserta Maklumat


Asalnya saya ke sebelah hanya untuk ambil gambar-gambar kain rentang dan menu terlebih dahulu kerana diberitahu kedai buka pukul 9 pagi. Ketika mengambil gambar, ada seorang pekerja datang. Alhamdulillah dapatlah pesan. Memandangkan kali pertama mahu mencuba, saya beli 10 biji krimpaf vanilla. Harga RM10.


Seleksi Krimpaf Beserta Harga


Banyak jenis krimpaf: krim vanilla, krim nutella, krim keju, oreo, krim durian, coklat bersama strawberi.


Seleksi  Lain Beserta Harga.


Menu lain pun ada seperti bombalini, brownies, tart buah dan tart keju. Memang lengkap maklumat diberi. Ada gambar beserta harga. Jadi dapat memilih dengan cepat.

Abah membeli 10 biji krimpaf durian dengan harga RM15.
Rasanya ia dinamakan Krimpaf Buntat kerana saiznya yang montel dengan intinya.


Krimpaf Buntat Vanilla


Krimpaf Buntat Durian



Saya makan 2 biji krimpaf iaitu satu vanilla dan durian. Krimpaf vanilla tak manis sangat. Manakala krimpaf durian memang terasa seperti makan buah durian sebenar. Abah tanya penjual guna durian jenis apa. Dia kata durian D24. Saya suka krimpaf durian ini walaupun agak manis berbanding krimpaf vanilla. Secara keseluruhan saya berpuasa hati dan ingin membeli lagi. 9/10. Mungkin cuba perisa lain pula.

Sesiapa berkesempatan singgah Melaka atau memang dari Melaka bolehlah datang ke sini.

Alamat:
No 3 Arked MARA Bukit Beruang,
Rumah Awam Bukit Beruang, 
Lorong Mahsuri 2,
75450 Ayer Keroh, Melaka

No. tel: 013 602 8987

36 comments:

Himawan Sant said...

Aduh, kesemua varian rasa krimpaf nya enaak ..., terutama yang durian.

Syaz Rahim said...

Bestnya! Lama tak makan creampuff

Khairul Krol said...

Sedap tu cream puff durian. Biasa makan vanilla ja

Semut Senyum said...

Assalamualaikum.
Waaa, saya pun suka krimpuff ni... lebih2 lagi time dia tengah sejuk2... melting je mcm...

Milentry said...

A great post! I love your blog. Your content is very interesting < 3
I am following you and invite you to me
https://milentry-blog.blogspot.com

norhidana said...

menarik... pakkal jauh nun di melaka, dia punya krimpuff punya inti aduhai punyalah banyak tak lokek langsung

Ami Hamni said...

Kok saya jadi pengen coba krimpaf varian strawberry ya hihii

Kak Feni said...

Mula tengok macam nak try tapi jauh pula. Haha bila nak pi jalan-jalan ni.

NA said...

Kadang tengok makanan dari KL dan Selangor pun terliur juga.

NA said...

Inti buat paf tu kembung.

nohas said...

banyak pilihan..krim puff durian yg best..

izzati日向 ♥ said...

cream puff ni memang fav!! lama tak makan. kena carii jugak.

Nurul Aziz said...

Nurul pun suka creampuff tapi raya hari tu order creampuff banyak betul, lepas tu jamuan raya office pun ada creampuff. Tunggu 4, 5 bulan lagi la kalau nak makan creampuff balik sebab dah muak hahaha.

Abam Kie said...

harap ada dijual di Kelantan. Nak gak merasanya..

Cikgu Badar said...

Best Ni.. kalau turun Melaka boleh singgah untuk cuba

dear anies said...

alhamdulillah sy dah rs sblm ni plg suka flavor durian...

hasliynda umairah beauty said...

kalau ke melaka
boleh singgah cari

Nana Liena said...

Salam NA! Semoga sihat selalu...kirim salam dekat mak. hehe


semalam baru je belek2 majalah masakan lama2,ada pastri. Saya teringin pula nak buat puff,tapi mana nak rajin sekarang ni...hehe.. dekat tempat saya kalau singgah pasar pagi kadang2 ada jual creampuff tapi tak tahu la pasca pkp ni ada ke gerainya

Mrs. A said...

Tambah nama buntat sebab cream dia terlebih-lebih kot.
Mrs. A suka flavor vanilla

Curheart.Bedelia said...

saya first time makan creampuff dua tahun lalu. Sejak tu terus rasa mcm melekat di hati, hehehe. Harga tu pon ok jugak, terliur

Nur Asyiqin said...

melimpah isi krimpuff nyy

Cik Suerin said...

Memang nampak comei dan buntat krimpaf tu semua....sedapnya kalau dapat rasa juga 🤓

Bunda_nora said...

Mesti ada cawangannya ditempat2 lain kan..seperti area Putrajaya, Bangi atau Kajang.

NA said...

Tidak pasti ada cawangan Krimpaf Buntat.

Diana Rashid said...

sedapnya nampak. Dia punya nama pun menarik la.

Aisya Ismail said...

Laaa, kat Melaka ke. Nanti g cari lah.

mama tisya said...

suka creamfuff..suka yg filling custard

Azirahman said...

Wahhhh....sedap ni.

shima jelani said...

Boleh cuba nanti bila cuti-cuti g Melaka. Cam best je creampuff durian tu :)

abasozora said...

sedaap terlihatnya, tetapi tak pernah lah makan tu

Nor Azimah Ali said...

Ermmm, jauh di Melaka nun. Bagus ada mcm2 perisa intinya tu. Banyak pilihan.

Shikin Razali said...

First time saya tengok makanana nie, nampak macam sedap dan menarik jea menu nya...

OKje said...

Menarik jugak ni....anak sukalah krimpaf krimpaf ni. Selalu jumpa yg dalam dia kastard je, bukan main mcm mcm pilihan filling. Best gak ek...

Puashati makan kalau sedap ye NA

AisNy said...

mmm... jauh nak ke Melaka la pulak... Kalau dekat, teman sure terjah try taste...

Athirah | Coral Tulip said...

Penuhnya krim.. Lama tak makan cream puff. Sekarang dah dapat keluar, semua makan kat luar rasa sedap berganda. 😂

Rubiah Kadir said...

Sedapnya krim puff durian.harga pun tak mahal mana tu NA