بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Kali ke-2 berjaya teka telur. Susah juga kali ini kena teka telur yang bersih tiada cacat cela bintik-bintik hitam atau putih dan telur itu berwarna jingga. Boleh baca di sini. Maka telurnya dicampur-campur kena cari telur berkenaan.
Semalam alhamdulillah selamat sampai parcel daripada perkhidmatan shopeeExpress tapi saya tidak peka, ingat hari ini. Yakin betul. Tengok-tengok status barang pagi tadi, dah dihantar pula. Kasihan barang berhujan malam dan awal pagi. Nasib baik bungkusan kalis air. Barang tidak basah. Jom tengok apa saya dapat.
2 sejadah mini - hitam dan butih
Seutas tasbih buah kayu
1 batang minyak wangi Midnight Oud tanpa alkohol.
Bertambah koleksi sejadah. Bertukar-tukar pakai.
Terima kasih Cikgu Etuza yang buat kuiz dan berusaha memberi hadiah. Insya Allah akan digunakan sebaik-baiknya. Saya sudah rasmi gunakan sejadah mini warna hitam berbunga-bunga kecil itu.



6 comments:
tahniah, tumpang gembira... cantik sejadahnya. moga menang lagi contest yang lain nanti
NA memang sentiasa bertuah...saya pun paling suka kalau ada yang bagi hadiah sejadah..
Alhamdulillah..Selamat sampai hadiahnya walaupun terpaksa bermalam di luar. Hadiah yang bermanfaat. Cantik sejadahnya.
Alhamdulillah rezeki. Semuga Cikgu Etuza murah rezeki selalu
Seronoknya NA...rezeki hujung tahun namanya tu
Alhamdulillah..murah rezeki. Tahniah NA 👏🏽
Post a Comment