Nuffnang

Saturday, March 28, 2026

Menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ini dapat menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat anjuran kerajaan negeri di MITC.

Perkarangan Hadapan MITC

Kami tidak parking dalam perkarangan MITC tapi kami parking di Planeterium Melaka.

Rumah tidak jauh dari MITC. Bertolak pukul 9:30 pagi sebab majlis bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang. 

Laluan Kami

Ada beberapa pintu tapi kami masuk di pintu Mahmud Shah.


Pintu Masuk Kami: Mahmud Shah



Tengok-tengok sudah ramai orang. Cari meja kosong tiada jadi duduk di bangku kayu menunggu. Mak menunggu di situ. Saya dan Abah pergi ke gerai. Banyak gerai/kanopi di sini. Saya beratur di kanopi kambing golek. Abah cari makanan lain.

Makanan Yang Diambil: Antaranya Kambing Golek Dan Ketupat Sotong🤗

Apabila saya sudah dapat 2 pinggan kambing golek, tiada tempat duduk jadi Emak pula bangun cari makanan. 
Pusingan pertama, saya makan kambing golek. Banyak potongan kambing yang diberi. Emak datang ke bangku semula jadi saya bangun cari tempat di meja. Alhamdulillah ada satu kosong jadi saya sambung balik kambing golek.

Pusingan ke-2  bangun cari makanan: mihun soto dengan bergedil, putu mayam. Masa ini saya belum jumpa air panas. Jumpa air sejuk sahaja. 

Jalan kali ke-3. Jumpa air mineral, puding raja dan teh tarik😊 Sebenarnya banyak betul gerai dengan pelbagai juadah tapi saya pilih untuk makan apa. Tanganpun tidak cukup. Jadi jenuh juga bangun cari makanan dari gerai. Makin lama makin jauh saya cari makanan dari tempat duduk. Cuak juga takut tidak jumpa tempat duduk saya. Apapun alhamdulillah walaupun saya duduk dengan orang asing di sekeliling, tempat saya tidak diambil. Mungkin letak bekas tisu atas meja tempat saya duduk tanda saya cop tempat.

Puding Raja, Teh Tarik Dan Air Mineral



Pusingan terakhir makan laksa! Jumpapun. Lepas itu rasa kenyang. Menjelang pukul 11 pagi, orang semakin ramai. Tempat penuh. Tengok-tengok ada orang yang sudah bersila makan di lantai.

Ini meja saya duduk di bawah.

Keliling Kami Deretan Kanopi, Ramai Orang



Padahal hendak juga lepak lama tengok persembahan di skrin tv besar yang diletak keliling dewan. Tidak dapat tengok persembahan Dayang Nur Faizah.
Pukul 11:50 pagi kami sudah bertolak pulang. Rasa meriah tahun ini punya sambutan rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri. 


Skrin TV Besar Dalam Dewan



Tahun lepas tidak dapat pergi mungkin masa itu majlis terbuka rumah saudara-mara di tempat lain. Tahun sebelumnya dapat tengok persembahan Dato' Hattan. Meremang dengar suara Dato' Hattan secara langsung masa nyanyi lagu raya. Masa itu tidak silap ada kanopi Klebang Coconut Shake dan Batu Berendam Coconut Shake.


Thursday, March 26, 2026

Minuman: Panas Atau Sejuk

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selasa (24 Mac) 4 Syawal, pertama kali datang kenduri tahlil dan doa selamat rumah baru di AV3D.

Berkenalan drngan tuan dan puan punya rumah.

Bacaan Yasin bermula pukul 2 petang. Kami dari Tampin sampai rumah azan Zohor sudah berkumandang jadi solat dahulu dan kemudian terus pergi. Suka menjadi orang terawal supaya tidak tertinggal baca Yasin dan tahlil.

Buku Yasin



Puan rumah. Ironi tengok dia menangis di peha ibunya ketika bacaan Yasin. Ibunya usap-usap kepala bagi kelegaan pada puan rumah. Mungkin teringat kepada orang yang sudah pergi.

Puan Rumah Yang Duduk Di Lantai Sebelah Ibunya Yang Bertudung Biru



Makanan saya. Saya ambil nasi ayam dan kemudian ambil mi kari. Air teh tarik menjadi pilihan. Syukur sepanjang musim panas berdenting, masih ada tuan rumah buat air panas. Memang pilihan utama saya air panas. Kalau tiada, saya pilih air mineral. Kalau terpaksa baru minum air sejuk tapi kalau boleh tahan, saya akan tunggu masuk kereta untuk minum air biasa yang saya bawa.

Nasi Ayam Dan Teh Tarik



Korang lebih suka minum air apa? Kalau jamu orang datang memang bagi air sejuk kecuali kalau ada tetamu minta air panas atau air mineral.


Friday, March 20, 2026

Lama Dan Baru

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


30 Ramadan. Saya di kampung sekarang. Balik semalam. Raya hari Sabtu 21 Mac.

Apa yang lama dan baru? Gabungan baju raya dan tudung ada baru ada lama.

Raya pertama pakai jubah ungu yang tempah tahun lepas lepas raya yang belum pakai dengan tudung 4 segi warna ungu.

Raya ke-2 baju kurung moden biru nila buatan Auntie Nani dengan bintik-bintik putih dengan sulam berwarna ungu dipadankan dengan tudung sarung lama warna biru seluar jeans. Tengok keadaan, saya tidak suka sangat tudung sarung, mungkin pakai tudung ungu yang dipadankan dengan jubah.

Raya ke-3 jubah hijau pekat pemberian blogger Shikin Razali yang saya dapat beberapa tahun lalu yang pernah dipakai bersama tudung bawal pemberian blogger Nur.

Baju Raya Dan Tudung 2026. Baru Dan Lama



Satu lagi jubah Auntie Nani belum siapkan 100%. Cakap tidak kisah bila siap. Mungkin guna untuk tahun depan. Alhamdulillah saya beruntung ada makcik yang pandai menjahit.

P.S: Terlebih bawa baju raya sebab ingat raya hari Jumaat. Isnin nak balik ke Melaka ☺.


Sunday, March 15, 2026

Bunga Telur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini berlangsung majlis khatam al-Quran di Surau Al-Falah. 

Ia bermula pukul 6:30 petang dengan bacaan juz amma dan doa. Kemudian berbuka dan solat Maghrib.

Selepas solat Isyak dan terawih, majlis penyampaian hadiah kepada peserta.

Mereka yang hadir dapat bunga telur berisi 2 ketul coklat Ferrero Roche.

Bunga Telur Coklat



Alhamdulillah kenyang makan nasi minyak. Ramai yang hadir. Adik perempuan sekeluargapun ada tapi mereka balik semula ke Tampin selepas Maghrib untuk kemas barang ke KL dan kemudian balik kampung belah suami di Kelantan.


Wednesday, March 11, 2026

Rabu Kurang Kata: Stokin Comel

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

21 Ramadhan

Merasmikan stokin comel sempena malam istimewa.☺ MasyaAllah.

Stokin Warna Merah Jambu Gambar Beruang Dan Buah Ceri



Terima kasih kepada Puan Nieza yang memberi stokin ini.

Monday, March 9, 2026

Seperti Di Rumah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Pejam celik pejam celik sudah 19 Ramadhan.

Setakat ini banyak berbuka dan berterawih di surau. Nampaknya saya sangat selesa di situ. Cuma ada beberapa hari berbuka dan bertarawih di rumah. Cuma sehari berterawih di masjid. Hujung Ramadhan tidak pasti atas faktor-faktor lain.

Pergi surau siap bawa termos mini. Kadang-kadang tiada air yang bersusu pada hari itu macam dapat teh o atau kopi o. Saya perlukan air yang bersusu untuk berbuka. Rasa tidak kenyang kalau tidak minum air bersusu. Awal-awal balik daripada terawih baru buat air yang bersusu tapi kadang-kadang masa itu sudah mengantuk.

Termos Mini Hadiah Daripada Fieza Sani



Jadi untuk hadapi keadaan ini kena bawa air sendiri. Hehe macam bawa bekal macam saya bawa kurma sendiri dan air coklat panas. Lagilah surau ini selesa sangat dan sejuk sangat (pasang pendingin hawa) sampai ada masa kena tutup. Jadi air panas ini membantu. Selepas sesuatu solat boleh minum.

Lain orang lain cara berbuka dan bersahur.

P.S: Kalau ada teh tarik hari itu ambil juga dengan cawan plastik saya bawa.