Nuffnang

Saturday, March 28, 2026

Menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Peringkat Negeri Melaka 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ini dapat menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat anjuran kerajaan negeri di MITC.

Perkarangan Hadapan MITC

Kami tidak parking dalam perkarangan MITC tapi kami parking di Planeterium Melaka.

Rumah tidak jauh dari MITC. Bertolak pukul 9:30 pagi sebab majlis bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang. 

Laluan Kami

Ada beberapa pintu tapi kami masuk di pintu Mahmud Shah.


Pintu Masuk Kami: Mahmud Shah



Tengok-tengok sudah ramai orang. Cari meja kosong tiada jadi duduk di bangku kayu menunggu. Mak menunggu di situ. Saya dan Abah pergi ke gerai. Banyak gerai/kanopi di sini. Saya beratur di kanopi kambing golek. Abah cari makanan lain.

Makanan Yang Diambil: Antaranya Kambing Golek Dan Ketupat Sotong🤗

Apabila saya sudah dapat 2 pinggan kambing golek, tiada tempat duduk jadi Emak pula bangun cari makanan. 
Pusingan pertama, saya makan kambing golek. Banyak potongan kambing yang diberi. Emak datang ke bangku semula jadi saya bangun cari tempat di meja. Alhamdulillah ada satu kosong jadi saya sambung balik kambing golek.

Pusingan ke-2  bangun cari makanan: mihun soto dengan bergedil, putu mayam. Masa ini saya belum jumpa air panas. Jumpa air sejuk sahaja. 

Jalan kali ke-3. Jumpa air mineral, puding raja dan teh tarik😊 Sebenarnya banyak betul gerai dengan pelbagai juadah tapi saya pilih untuk makan apa. Tanganpun tidak cukup. Jadi jenuh juga bangun cari makanan dari gerai. Makin lama makin jauh saya cari makanan dari tempat duduk. Cuak juga takut tidak jumpa tempat duduk saya. Apapun alhamdulillah walaupun saya duduk dengan orang asing di sekeliling, tempat saya tidak diambil. Mungkin letak bekas tisu atas meja tempat saya duduk tanda saya cop tempat.

Puding Raja, Teh Tarik Dan Air Mineral



Pusingan terakhir makan laksa! Jumpapun. Lepas itu rasa kenyang. Menjelang pukul 11 pagi, orang semakin ramai. Tempat penuh. Tengok-tengok ada orang yang sudah bersila makan di lantai.

Ini meja saya duduk di bawah.

Keliling Kami Deretan Kanopi, Ramai Orang



Padahal hendak juga lepak lama tengok persembahan di skrin tv besar yang diletak keliling dewan. Tidak dapat tengok persembahan Dayang Nur Faizah.
Pukul 11:50 pagi kami sudah bertolak pulang. Rasa meriah tahun ini punya sambutan rumah terbuka Aidilfitri kerajaan negeri. 


Skrin TV Besar Dalam Dewan



Tahun lepas tidak dapat pergi mungkin masa itu majlis terbuka rumah saudara-mara di tempat lain. Tahun sebelumnya dapat tengok persembahan Dato' Hattan. Meremang dengar suara Dato' Hattan secara langsung masa nyanyi lagu raya. Masa itu tidak silap ada kanopi Klebang Coconut Shake dan Batu Berendam Coconut Shake.


17 comments:

Tot said...

Bestnya NA, dapat hadiri jamuan rumah terbuka besar-besaran macam tu. Banyak makanan ada. Mesti tempatnya besar juga. Saya tak pernah makan puding raja.

Roziah @ Cie said...

meriah siap ada penyanyi ye. Jamuan besar macam ni memang susah la nak dapat tempat duduk. Terlalu ramai orang.

NA said...

Itulah tidak boleh lama-lama sangat. Macam tahun ini lagi ramai orang masa awal-awal jamuan.

NA said...

Seronok itu seronok tapi ramai sangat orang. Haah banyak makanan dan tempat besar berhawa dingin.
Sedap puding raja ini ada manis, berlemak, masam(pisang). Mungkin Nur singgah jalan Pahang boleh cari puding raja ini.

Sheila Adziz said...

Meriahnya... bestnya pekena coconut shake musim panas ni

Puan Hazel said...

Macam² menu ada, alhamdulillah

Bola Katok said...

Salam Lebaran 2026. Best jugak dapat join makan-makan macam ni.

Hanna Illy said...

Selamat Hari Raya NA 🌸

uncle gedek said...

Bukan beshe-beshe ni...

Carneyz said...

Selamat Hari Raya NA! Kita baru nak bw hari ni 🤭

Ujie Othman said...

Majlis gini kena datang awal kan. Rasanya kalau datang lambat, tak merasa kambing golek tu 😄

Mulan said...

Seronok dan meriah majlisnya. Memang kena pergi awal, senang dapat parking juga tenang untuk makan bila masih kurang tetamu yang hadir

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waaah serunya bisa hadir di event begini 👍. Rasa2nya sejak di JKT ini saya tak pernah lihat ada pejabat pemerintah yg buat open house utk warga 😅😅. Pihak istana pernah buat, tp kayaknya dah lama tak

Abam Kie said...

Mujur kerajaan negeri Melaka buat open house. Jika harapkan kerajaan pusat memang tak lah. Apatah lagi musim perang asia barat skrg. Anyway, selamat berpuasa 6...

MOHAMAD TAUFIK said...

nampak meriah betul yeeeeee...makanan pun macam macam

Time Traveller said...

Alhamdulillah seronok dpt hadiri rumah terbuka negeri melaka... Ada Dato Hattan lagi tu hihii.. selamat hari raya ☺️👍🏻

Etuza said...

Nampak NA lebih bahgia ada teman jalan2..alhamdulillah,.teringin nak kenal suami, andai bukan kesalaham kan..Sampaikan salam kepada suami, tahniah ya..