Nuffnang

Sunday, July 30, 2023

Traveling Again?

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanpa disangka disuruh untuk melancong bulan 10. Saat-saat akhir dirasakan. Rasa berat hati. Banyak faktor buat rasa berat hati. Antaranya

Pasport mati bulan Ogos 2023. Saya ada masalah buat pasport. Cap jari susah kesan. Sudahlah sekarang secara talian. Lagi leceh. Baca pengalaman orang yang susah/gagal baca cap jari buat pasport secara talin menambahkan galau di hati.

Tidak bersedia mental dan fizikal. Saya memang sudah kata tidak mahu melancong buat masa ini. Rasa serik dan penat macam tidak hilang. Lagilah pergi bukan pilih. Ganti tempat abah. Apapun harap abah sihat betul-betul dan dapat pergi apabila tiba masanya. Tidak perlu saya ganti. Ini tempat pilihan abah. Tempat ini memang popular. Kalau orang lain mungkin teruja kalau tahu destinasi pelancongan ini tapi bukan saya.

Persediaan banyak kena buat. Bulan 10 musim sejuk. Tidak suka musim sejuk. Ada pengalaman tidak seronok. Lagilah tempat ini sejuk sangat.

Simpan di blog luahan. Terbit sebagai pos ke belakang.

Maaf doa yang terbaik daripada peristiwa ini.

Saturday, July 29, 2023

Hasad

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

My Qurantime 2.0 Sabtu 29 Julai 2023 pukul 12 tengahari di tv9.

Salah satu ayat dikupas ialah ayat 120 Surah Ali-'Imran yang bermaksud

Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati tetapi jika mendapat bencana, mereka bergembira kerananya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, nescaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan.

Huraian: Ahli kitab tidak menyukai Nabi Muhammad dan mereka mempunyai hasad yang sangat tinggi. Mereka tidak mahu menerima kebenaran tetapi memandangkan Nabi Muhammad bukan di kalangan Bani Israel (racist)

Hasad ialah penyakit/dosa pertama daripada langit berasal daripada iblis.
Penyakit/dosa pertama daripasa langit berasal daripada peristiwa pembunuhan Habil oleh Qabil.

Ada anak saudara bertanya kepada Abu Jahal, "adakah Muhammad seorang penipu?"

Jawab Abu Jahal, "Muhammad tidak pernah menipu."

Anak saudara bertanya lagi, "mengapa kita memusuhi Muhammad?"

Abu Jahal berkata "Kerana Muhammad mempunyai kelebihan memegang mengurus Kaabah takkan kenabianpun dapat dia."

Rupanya sikap dengki terhadap Nabi Muhammad membuatkan Abu Jahal memusuhi baginda dan menolak ajaran Islam.

Wallahua'lam.

Episod 228 Sesi Ulang Kaji Halaman 65-66



Boleh juga ditonton di youtube #My Qurantime 2.0



Thursday, July 27, 2023

Pagi Yang Sejuk Pada Hari Tasu'a

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Lebat hujan dari Subuh dan sekarang hujan sudah renyai-renyai.

Julai bulan yang seimbang panas dan sejuk. Ada hari, berangin sesuai untuk berjalan kaki keliling rumah. Ada hari panas yang nyaman yang memberi aura terimbau kenangan lama yang indah yang pernah dihadapi.

Walaupun peristiwa berlaku pada bulan Julai ada suka dan duka, ia sesuatu yang saya boleh hadapi. Seperti saya pernah tulis untuk bersyukur ketika senang itu yang payah. Itu yang membuatkan ada peristiwa sedih yang kena buat kita ingat semula.

Harap-harap ke penghujung Julai saya dapat hadapi ujian dengan cemerlang. A+ untuk ujian susah atau senang!

Selamat berpuasa Hari Tasu'a.

Wednesday, July 26, 2023

Layan Masterchef Australia Musim Ke-15

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat malam. Jom esok kita puasa Hari Tasu'a dan seterusnya Hari Asyura. Insya Allah, sayapun tidak pasti dapat ke tidak.

Ok berbalik pada tajuk. Sejak minggu lepas saya layan siri Masterchef Australia di tv. Lepas itu tidak sabar tengok sambungan maka saya cari di Youtube. Terkejut juga saya baru tahu Jock Zonfrillo, juri itu sudah meninggal pada 30 April.

Siapa yang ikuti siri ini? Korang ada peserta kegemaran? Atau korang sudah khatam tengok sampai habis?

Ini pula sarapan di warung Double Line Selasa hari itu. Nasi impit dan rendang paru.

Nasi Impit Dan Rendang Paru



Wednesday, July 19, 2023

Lagi Susah Apabila Senang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salam Maal Hijrah.

Apa yang lagi susah apabila senang? Susah untuk sentiasa bersyukur ketika senang, gembira, lapang dan sihat. Waktu susah memang waktu itu kita bersungguh-sungguh mohon pada Allah supaya diberi jalan keluar.

Ketika senang yang susah untuk ingat pada Dia. Sayalah itu. Maka saya selalu berdoa agar saya sentiasa ingat Dia ketika saya senang, gembira, banyak waktu terluang dan sihat.

Oklah hendak cerita pemberian orang. Alhamdulillah.

Ole-ole dari Makkah. Makcik Mashitah baru balik dari haji bawa ole-ole biskut Maamoul jenama AlBatal. 

Maamoul AlBatal



Sedap biskutnya. Biskut kurma di mana gunakan kurma yang digunakan kurma Arab Saudi. Satu kotak besar ada paket-paket kecil yang mengandungi satu biskut yang besar juga.

 Satu Peket Atas Kotak



Selain itu ada diberikan tasbih, minyak wangi, beg duit kain gambar Kaabah dan magnet peti sejuk gambar Kaabah (tiada gambar diambil). Rasa macam dah komersil dan macam-macam ada cenderahati. Dahulu pergi tiada pula magnet peti sejuk ini.

Selain itu adik perempuan belanja Samyang Buldak Cheese. Haha upah kena kemas mainan anak-anak dia yang rajin sepah. Hehe lama tidak beli Samyang Cheese. Budak-budak ini (anak-anak) dia ada pilih carbonara, ada yang extra pedas. Saya pula pilih keju sebab rasa seimbang pedas dan berlemak.

Samyang Buldak Cheese



5 peket dalam satu bungkusan. Kalau dahulu beli seminggu boleh habis sebab sedap. Ini cuba jimat-jimat jangan makan selalu. 

Korang ada perisa kegemaran ke? 

Sunday, July 16, 2023

Baru Tahu Tajuk- One Night In Bangkok

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya jumpa juga tajuk lagu malam tadi. Mula-mula secara tidak sengaja dengar lagu lain (lagu 80-an). Lepas itu Youtube cadang lagu  'One Night in Bangkok'.

Sekali dengar, korus lagu ini yang kadang terngiang-ngiang dalam kepala. Hendak cari, liriknya satupun saya tidak dapat tangkap. Kadang-kadang korus ini tidak muncul tapi kadang-kadang mincul tiba-tiba.

Pertama kali dengar masa pergi ekspo jualan buku Big Bad Wolf di MIECC (Mines International Exhibition & Convention Centre) pada Disember 2012. Cuba dengar dalam radio lagu-lagu 80-an pun tidak jumpa.
Lebih 10 tahun mencari, akhirnya jumpa secara tidak sengaja.

Tengok lirik keseluruhan sebab apa kaitan Bangkok dengan catur. Haha. Lagu ini ada 2 maksud macam bidak hitam dan putih. Lawan catur: USSR (Kesatuan Soviet) dan USA metafora kepada Perang Dingin tahun 80-an. Ada juga keyakinan daripada penyanyi USA akan menang.

Kejohanan catur buat di Bangkok. Buat bandingan juga aktiviti malam di Bangkok dengan catur.

Mula-mula fahamkan lirik macam menakutkan saya juga. Lirik boleh ditafsirkan pelbagai juga. Macam ada maksud sisi gelap Bangkok dalam tersirat saya rasa.

Lepas itu lupa tajuk jadi saya google apa yang saya tahu jadi saya google 'youtube chess song'. Terpacul pada carian pertama.


Taip youtube chess song




Muziknya tiada unsur Thai. Awalnya lebih pada muzik Rusia. Itulah awal-awal tertanya mengapa tajuk lagu begitu. Tapi muzik videonya memang menggambarkan aktiviti di sana macam perlawanan muay thai.

Korang pernah cari sesuatu akhirnya baru jumpa? Boleh kongsi ya.

P.S:Selalu cari maksud lirik lagu-lagu 80-an yang muziknya unik. Memang selalu ada lebih maksud dan sindiran yang disampaikan. 

Monday, July 10, 2023

2 Minggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Akhirnya abah keluar daripada wad ICU ke wad biasa setelah 2  minggu. Masa dengar itu rasa lega sangat. Cuma proses keluar lama sebab urus pelbagai perkara.

Nanti ada temujanji dengan Hospital Alor Gajah *HAG), Hospital Melaka dan Hospital Serdang. Ubat jangan cakaplah, pelbagai jenis dalam kotak besar.

Sedih juga tengok abah bertongkat sebelah. Harap masalah dihadapi sembuh 100%. Jadi dalam pemantauan doktor. Semalam adik bongsu suntik pada lutut abah. Harap tiada kesakitan pada lutut lagi.

2 minggu dapatlah rasa laksa sedap di kafeteria HAG. Laksa Penang setiap Rabu.

Lepak Makan Aiskrim Magnum Belgian Chocolate Luxe Di Tepi Kerusi Ala Kantin Di Bahagian Luar Surau 


Bahagian Dalam. Rasa Tiada Beza Sangat. Fancy Nancy Nama Aiskrim.




Dapatlah juga cuba aiskrim Magnum Belgian Chocolate Luxe beli di kedai serbaneka di lobi utama HAG Apapun hospital ini selesa, tempat letak kereta mencukupi, surau dekat dengan kafetaria. Jadi waktu hati rasa tidak seronok dilembutkan dengan perkara-perkara yang dinyatakan. Wi-fi percuma ada di lobi utama ada jadi menunggu itu tidaklah azab sangat. 

Terima kasih warga HAG sepanjang abah di sana.

Friday, June 30, 2023

Lapah Lembu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Raya Aidil Adha ke-2, emak ada masuk bahagian korban. Lepas itu daging yang sudah disembelih dihantar ke rumah Makchek. Jadi adik-beradik emak, anak-anak dan menantu yang lapah untuk dibahagi-bahagikan kepada senarai Auntie Nani sediakan supaya tiada yang tertinggal.

Sebahagian Mereka Yang Melapah. Ada Lagi Yang Tiada Dalam Kamera


Teringat pos Nur tentang kepala lembu. Alhamdulillah ada yang berminat untuk ambil kepala. Licin dibahagi-bahagikan.

Kepala Lembu



Makchek terus ambil tulang dan gearbox untuk dibuat sup.


Sup Tulang Dan Gearbox




Lepas itu ambil sedikit daging tetel buat masak asam.

Asam Pedas Daging Tetel



Masa kami (emak dan saya) bertolak ke hospital hanya masak asam daging tetel yang sudah selesai dimasak. Sup tulang dan gearbox masih lagi di atas api.

Hari raya korban tahun ini rasa sibuk dan banyak bergerak ke sana dan ke sini. Apapun alhamdulillah daging semua siap dibahagi-bahagikan masuk dalam plastik. 

Jumpa lagi.

Wednesday, June 28, 2023

Hospital Alor Gajah (HAG)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat Hari Arafah. Saya sekarang berada di Hospital Alor Gajah. Abah dibawa ambulans hari Jumaat lepas. Asalnya abah ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal kerana batuk.

Lepas itu disuspek ada tibi sebab ada darah. Kemudian masuk ke wad isolasi ICU. Abah diberi terapi oksigen tinggi. Kemudian cuci darah sebab didapati darah mengandungi tinggi potasium. Kemudian diberi darah sebab darah merah rendah.

Hari ini abah di wad ICU tapi bukan wad isolasi. Alhamdulillah bukan tibi. Masih dalam pemantauan. Harap abah sihat 100% dan boleh keluar.

Bahagian Depan Hospital Alor Gajah



Memandangkan masa melawat terhad untuk ICU. Pukul 1-2 petang dan 5-7 petang. Masa abah di wad isolasi ICU, tidak boleh bilik, hanya perhati dari cermin tingkap. Kemudian di wad ICU, boleh lawat tapi 2 orang pada satu masa. 

Tempat Menunggu Sementara Naik Ke Atas

Ketika tunggu untuk lawatan petang kedua, solat di Surau Luqman Al Haqeem. Tempatnya selesa dan terjaga baik.


Surau Luqman Al Haqeem

 Apabila bawa budak-budak, bagi mereka main di padang permainan.

Padang Permainan

Masa awal-awal selalu nampak kafetaria tutup. Rupanya tutup pada Sabtu Ahad/ hari kelepasan am. Jadi hari ini saya dapat tengok kafetaria dibuka kerana datang awal untuk lawatan pukul 1 tengahari. Saya membeli laksa pada pukul 2 lebih lepas solat. Beli untuk bawa balik ke kampung. Teringin tapi tidak boleh makan sekarang. Tidak ramai orang.

Waktu operasi pukul 7 pagi hingga 4 petang Isnin-Jumaat.

Kafetaria. 



Lobi tempat saya lepak untuk layari internet. Ada wi-fi percuma. Ada juga plak perasmiaan HAG. Diramikan pada 29 April 2013 bersamaan 18 Jamadil Akhir 1434 (Isnin)

Lobi Utama


Mampu berdoa abah diberi kesihatan seperti sediakala.

P.S: Gambar diambil hari-hari berbeza ikut keadaan. Mula melawat hari Ahad sehingga hari ini. Bertukar-tukar katil dan keadaan abah yang berbeza. Tidak ambil gambar wad ICU sebab tidak dibenarkan. Kalau ambilpun, ambil gambar keadaan abah untuk keluarga.




Sunday, June 25, 2023

Antara Luahan Dan Rasa Bersalah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Apabila sedar buat salah dan tidak dapat luahkan kepada orang yang kita buat salah maka ia menjadi beban. 

Mengapa tidak diluahkan? Susah hendak luahkan tapi rasa bersalah tetap ada.
 

 

Saturday, June 17, 2023

Rasa Bahagia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hehe tajuk tidak menahan. Gembira hari ini seorang di rumah. Kuasai rumah, masak apa yang teringin. Akhirnya setelah minggu lepas tidak dapat. Sebenarnya dari semalam lepas solat Jumaat budak-budak, adik dan emak abah ke Cyberjaya. Buat parti harijadi Aafiya di pusat permainan di sana. Saya macam biasalah kena jaga rumah. Lagipun tidak muat kereta dengan orang dan barang.

10 Pagi - 3 Petang

Tema Hello Kitty



Hehe dapatlah tengok tv dengan aman. Kalau tidak itu adalah yang gaduh, minta itu, suruh ambil makanan. Huru-hara sedikit rumah. Alhamdulillah dapat tengok keputusan pemenang Majlis Tilawah Dan Hafazan Peringkat Kebangsaan.

Korang buat apa hari ini?

P.S: Makin kuat sikap introvert saya.

Thursday, June 15, 2023

Buat Air Madu Campur Serbuk Kulit Kayu Manis Suam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sejak akhir-akhir ini selalu kena perut pedih atau gastrik. Sakit itu mengganggu perasaan juga. Jadi apa kata buat sendiri air madu dan serbuk kulit kayu manis suam. Syukurlah ada madu tualang yang abah beli dan adik ada beli madu asli organik. Serbuk kayu kulit manispun ada dalam simpanan sebab dahulu rajin buat pai epal. Daripada terbiar serbuk kayu manis itu, kita masuk sekali.

Air Madu Dan Serbuk Kulit Kayu Manis Suam





Anggaran 1/8 cawan sukatan dengan sama anggaran serbuk kulit kayu manis untuk satu termos kecil (guna termos Puan Fieza Sani beri). Kalau kuat sangat rasa kayu manis, kurangkan. Macam kali pertama buat ikut sama sukatan madu dan kulit kayu manis itu rasa berserbuk sangat.

Simpan dalam termos boleh minum bila-bila. Tidak teguk habis sekali minum. Minum sedikit-sedikit. Jangan lupa baca surah al-Fatihah. Insya Allah tidak sakit.

Alhamdulillah ok sudah perut. Kena rajin buat sahaja.