Nuffnang

Monday, June 14, 2021

Berjalan Kaki Keliling Kawasan Perumahan Dan Awak Sangat Comel

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah berkira-kira untuk berjalan keliling luar rumah akhirnya berjaya memaksa diri hari ini. 

Keluar rumah pukul 5:30 petang dan rancang sampai balik ke rumah pukul 6 untuk tengok My Secret, Terrius.

Tiba-tiba tergerak untuk lihat peti surat. Tidak jangka ada surat sebab tidak dengar posmen datang. 

Apabila nampak sampul oren Pos Ekspres dan surat lain, bibir tersenyum. Boleh diagak siapa yang hantar. Siapa lagi suka hantar Pos Ekspres secara mengejut. Kalau anda mengikuti tulisan-tulisan di blog saya pasti tahu.

Awak Sangat Comel

Saya gelarkan 'Bungkusan Awak Sangat Comel'
-Beg Koncot Bersama Penyambung (Extender)
-Topeng Mata Koala
-Pelekat Abjad Bersama Nota
-Jurnal Idea(Terima kasih banyak idea membuak-buak minta ditulis

Barang-barang yang comel yang akan digunakan. Insya Allah.

Terima kasih wahai pemberi. Moga murah rezeki selalu.

Nota diri sendiri: Parcel bertarikh 8 Jun dapat 14 Jun. Terima kasih posmen hantar dengan selamat.

P.S: Ok sahaja makan kunyit hidup mentah. Tiada rasa menyengat berbanding halia. 

40 comments:

fairus said...

Tahniah kerana dapat berjalan keliling rumah. Hihi, saya berkebun pun dah cukup bagus. Nak berjalan pun, berbasikal pun dah malas

nohas said...

exercise 30 minit pun ok..Alhamdulillah, dapat hadiah..

mama sara nur @ Cik Nor said...

💪💪💪

norhidana said...

wah bestnya kak...

Puan Hazel said...

Kunyit mentah sedap tau dibuau ulam :)

Ako Retna said...

Wah dapat bungkusan comel kan...

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah dapat berjalan keliling rumah..
Comel pemberian tu..

Atiqah Najihah said...

Curlasss nama bungkusan akak hahaha. Comel je

Nina Mads said...

Memang bagus berjalan sekitar rumah. Tahniah murah rezeki akak. Hadiah memang comel

SalbiahM said...

Lamanya saya tak berjalan keliling rumah. Seram sebab zon merah. Huhu. Wah.. Mesti pengirimnya pun comel juga

NA said...

Sal kenal orangnya. Anies tu comel kan?

Amie said...

Daun dan bunga kunyit pernah makan. Kunyit hidup belum pernah cuba.

Ujie Othman said...

Tahniah NA - dapat memaksa diri buat senaman dan dapat hadiah comel.
Saya berlari anak dalam rumah aje..hehe.

Kamsiah yusoff said...

Alhamdulillah dspat rezeki pemberian kwn blogger

Nur said...

Tahniah, berjaya jalan keliling rumah. Kipidap, ye.
Comeinya hadiah, NA dapat. :)
Makan kunyit hidup mentah? Wow! Saya pun minum airnya je. Bagus halia, bagi buang angin.

Ana Jingga said...

haah NA coomeellll nyaa :)

nona sani said...

Hadiah comel untuk penerimanya yang comel... Pemberi pun comel.. ok semua comel 😂

SalbiahM said...

Haha. Dah agak dah. Comel dna baik hati. Ini bukan bodek ye, pujian ikhlas

Abam Kie said...

murah rezeki sbb boleh hadiah sokmo...

Fyda Adim said...

Waktu-waktu sekarang ni yang tak leh ke mana, dapat berjalan keliling rumah pun dah rasa best. Ditambah bestnya bila ada saja parcel yang sampai.

anakdenesor said...

Best nya dpt hadiah gituw.. dan tahniah sebab pksa diri utk berjalan yeayyy

mamapp said...

Aww mmg comel la. Tahniah na

Shida Radzuan said...

Tahniah NA! shida pun ada terima beberapa hari yg lepas, sama kandungan hadiahnya..dapat dimanfaatkan. Terima kasih kepada pemberi :)

shima jelani said...

Best boleh jalan keliling rumah. Asyik dok dalam rumah pun boring juga.

Perrggh boleh makan kunyit hidup. Saya makan time pantang je hehehe

Farrah MF said...

Tahniah, NA. Berjaya memaksa diri utk berjalan. Mesti seronok jalan-jalan sambil hirup udara petang.

Farrah MF said...

Kenal sangat dengan pengirim 'Awak Sangat Comel' itu :)

Semut Senyum said...

waaah seronok dpt hadiah kan.... dah makan kunyit hidup mentah? saya tak pernah cuba....

Azhafizah MN said...

Maaf kak lama tak jejak sini. Berjalan keliling rumah jadi rutin harian jaga kesihatan okay juga tu kak. Tahniah kak dapat hadiah. Anies memang suka surprise rakan blogger. Comel comel hadiahnya. Uisshhh..hebat kak makan kunyit mentah. Kalau saya tak tahu lah boleh masuk ke tak.

Shida Radzuan said...

Tahniah NA :)

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Tahniah dapat hadiah yg cute

Litah L said...

tahniah dapat hadiah

Mbul Kecil said...

tak sangka cek kotak surat dapat kiriman yang cute...like the koala ^^

Aisya Ismail said...

Waaa dapat hadiah!

Penghuni 60 said...

singgah disini
salam perkenalan dari Indonesia
^_^

Curheart.Bedelia said...

Alhamdulillah, bestnya selalu dapat hadiah.
Saya kebelakangan ni jarang jalan2. Sejak2 makin byk kes, tak berapa berani. Tapi tu alasan ke2 la. Alasan pertama ialah tak rajin, hehehe

Rabiahtul adawiyah said...

tahniah kak

Nina Mads said...

Anies memang comel.. bersepah gambar selfie kitaorang tp tak dpt jumpa

Cik TK said...

Alhamdulillah bestnya dapat bungkusan comel!

Eh jap nape makan kunyit hidup mentah?

babYpose said...

Salam, Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Comel! Bila dah terisi idea dalam jurnal tu boleh la share :) lama tak buat air kunyit..

dear anies said...

alhamdulillah...

sama2

moga ia bermanfaat ;-)