Nuffnang

Monday, January 3, 2011

Permulaan




Assalamualaikum.....

Apa khabar anda semua? Mesti anda kepenatan semalam kerana ada yang terpaksa uruskan persekolahan anak-anak, ada yang masuk semula sem untuk para pelajar universiti.Semalam saya ingat mahu menulis tentang "PENAT YANG MENYERONOKKAN" tapi sibuk menolong emak saya dengan pembukaan sesi persekolahan lebih-lebih lagi bagi sekolah berasrama lagi banyak kena buat. 

Tahun ini emak saya bercadang untuk menyediakan khidmat sulaman nama pada setiap item bagi pelajar-pelajar asrama kerana banyak sangat laporan kehilangan pakaian sekolah,cadar,sarung bantal,selimut dan lain-lain. Maklumlah semua seragam jadi mungkin ada orang terambil, tertukar, terhilang segala. Masa mula dengar tu saya pelik juga mengapa boleh banyak sangat hilang kerana pengalaman saya dulu di asrama belum pernah alami kehilangan item-item tersebut. Ketika itu, item-item saya tidak disulam cuma tulis dengar pen tahan lama.

Tidak sangka sambutan yang kami dapat sangat menggalakkan. Satu pelajar hantar kadang-kadang sampai 19 item. Memang tak cukup tangan dan saya tak makan pun dari pagi sampai malam! Penat layan karenah ibu bapa dan pelajar-pelajar. Tugas saya mengambil pesanan dan pastikan jumlah item yang dihantar supaya bila dipulangkan semula tidak hilang. Haha macam ironi. Jangan hilang semasa menyulam nama sudah. Memang saya pastikan dan label masuk plastik asing-asing mengikut giliran nombor. Sampai ke malam hingga 11:30 masih belum siap jadi akan disambung pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Apapun saya gembira kerana dapat sambutan menggalakkan hingga emak saya memutuskan akan teruskan untuk buat pada setiap petang waktu sekolah dan hari penuh cuti hujung minggu pada awal-awal pembukaan sekolah. 

Permulaan dalam melakukan perkara yang baru kadang-kadang kita tidak tahu apa akan berlaku. Oleh itu kita perlukan plan alternatif sekiranya sesuatu perkara yang kita nak buat gagal. Kadang-kadang kita tidak sangka sesuatu perkara berlaku  contohnya dalam hal saya semalam ialah tidak cukup masa menyiapkan tempahan pada masa yang ditetapkan kerana sambutan hangat. Pada permulaan juga kita akan menghadapi masalah contohnya permulaan menyulam tu ambil masa lama (mak saya yang sulam) kerana menyesuaikan diri untuk mencari berapa besar tulisan supaya tidak terlalu besar atau terlalu kecil, posisi sulaman untuk setiap item, masa  sulaman untuk setiap item. Saya perasan kan budak-budak sekarang nama sangat panjang jadi ambil masa juga nak sulam jadi nama diringkaskan. Lepas dah tahu dan biasa barulah kerja menjadi cepat dan mudah.

Saya ada macam-macam nak buat tapi masalah saya ialah susah nak mulakan sesuatu yang baru. Memang saya pernah baca satu cerpen tentang seorang lelaki ini nak mulakan menanam (lupa tanaman apa sebab dah lama saya baca cerpen itu) merasa sangat susah nak mulakan projek. Lepas dia dapat dorongan, leteran, semangat baru dia buat. Mula-mula sama macam saya katakan, dia menghadapi keadaan-keadaan tidak dijangka. Lepas hadapi cabaran barulah lancar dan berjaya.

Agaknya saya ini kena "tolak" agaknya :) Nanti saya ceritakan "PENAT YANG MENYERONOKKAN"














Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun 2011



Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik daripada tahun sebelum-sebelumnya. Saya baca kebanyakan blog menceritakan keseluruhan perjalanan hidup mereka. Bagi saya pula tahun 2010 tahun yang aktiviti saya buat berbeza daripada tahun lepas. Ada perubahan yang menyedihkan apabila kampungchat.com berubah menjadi bilik borak yang bebas. Saya pula pada tahun lepas kurang borak di laman sembang kerana hal-hal peribadi dan sibuk dengan aktiviri baru jadi bila masuk balik nak sembang semula ketika bulan puasa, tengok-tengok dah berbeza. Tidak disangka. Nampaknya tamatlah tempoh saya berborak di sana selama 8 tahun. Mungkin ini petanda atau titik permulaan untuk memulakan perkara lain pula. Untuk saya kembali borak semula di kc mungkin tidak kerana suasana yang menyakitkan mata untuk melihat perkataan-perkataan yang kurang elok (ada masuk nak lihat). Terpaksalah saya menggunakan platform lain untuk bersembang. Saya perasan pula selepas tidak aktif borak di laman sembang, saya aktif pula menulis di ruangan ini. InsyaAllah tahun ini saya akan kerap menulis pula.

Dijangka tahun ini merupakan tahun untuk pendidikan dan perubatan. Berita baik untuk mereka yang terlibat dalam bidang ini. Ambil kesempatan ini untuk mencari peluang dan memperoleh duit poket lebih. Hehe. Di luar bidang ini pun boleh ambil kesempatan juga kalau bijak ambil peluang ler.

Apapun saya puas hati prestasi saya pada tahun lepas. Saya akan pertingkatkan lagi dan berubah ke arah lebih positif mengikut keselesaan saya. Saya akui saya bukanlah mudah mengikut perubahan atau melakukan perubahan. Saya suka fikir satu-satu perkara secara mendalam sebelum menerima atau menolak. Ambil masa ok, saya bukanlah orang yang spontan. Jika saya menerima untuk melakukan sesuatu perkara tersebut bermakna saya akan teruskan tanpa teragak-agak atau tidak hiraukan larangan orang. Ada beberapa perkara yang saya fikirkan dengan giat ketika ini belum ada pemutus. Dah ada sesuatu untuk diberitahu, saya akan terangkan ok?
Lebih kurang seminggu pula harijadi saya. Haha, bertambah setahun umur saya. Harap-harap saya lagi matang dalam membuat keputusan.
Jumpa lagi.