Nuffnang

Friday, June 26, 2026

Aktiviti 20 Jun 2026 (Sabtu)

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

Selamat berpuasa Hari Asyura.

Cerita minggu lepas. Alkisahnya Emak sudah beritahu awal-awal iaitu Jumaat lepas kata hendak balik kampung esok  bermalam dan hendak sarapan di Laman Hijau. Mula-mula tidak berminat untuk ikut tapi ubah fikiran sebab hendak ke pekan Tampin untuk selesaikan satu urusan yang dikira penting.

Memang lepas Subuh bertolak dari rumah. Sampai sana 5 minit sebelum pukul 8 pagi. Syukur tidak ramai dan ada meja kosong.

Mercu Laman Hijau


Menu Laman Hijau



Menu pilihan saya kali ini. Mihun kari nyonya.

Watak Utama: Mihun Kari Nyonya


Mihun Kari Nyonya + Teh Tarik + Air Suam



Lepas makan pergi kebun di Keru. Ada durian jatuh. Pandang dalam kereta, Abah yang ambil yang ada jatuh tergolek ke bawah. Macam cari harta karun.

Misi Mencari Durian Jatuh Tergolek


Stor Baja



Selesai ambil durian, baru singgah rumah di kampung. Solat Dhuha dan bersedia ke tempat menunggu bas. 


Pakaian Hari Tersebut: T-Shirt Biru Nila Dan Jeans. Pakaian Kegemaran



Hari tersebut ada urusan tidak dapat buat. Maka pergi ke Dapur Lengkong untuk makan tengahari walaupun masih kenyang tapi sudah pukul 11 pagi lebih. Baik makan sebelum lapar sebab ada satu lagi urusan untuk dilaksanakan.

Jalan kaki ke Dapur Lengkong

Bangunan Dapur Lengkong


Dinding Untuk Bergambar

Pilihan makanan:

Nasi Penyet Sotong Dan Air Suam


Komen saya sotong goreng tidak banyak sangat. Tahu dan tempe seketul masing-masing. Harga RM16. Lepas ini boleh cuba menu lain pula.

Pergi pejabat pos tutup pula sebab minggu ke-3 (ke buka separuh hari?) Tidak peka pula saya dengan waktu operasi pejabat pos. Nampaknya kena datang lagi.

Jadi lepas itu beli barang di MR.DIY dan Mydin Pulau Sebang. Solat Zuhur dahulu sebelum naik bas untuk pulang.

Sampai pukul 3 petang. Panas dan haus sangat hari itu.

P.S: Hujung minggu ini bersendirian di rumah. Insya Allah. Alhamdulillah seronoknya.


Tuesday, June 23, 2026

Monyet

 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...

2 minggu kemudian, monyet datang makan buah yang saya tunjuk sebelum ini. Tidak dapat ambil sebab buah terletak terlalu tinggi.

Monyet Depan Tingkap



Rezeki untuk ia. Halau-halaupun ia pandang dengan tenang. Siap boleh ambil gambar tidak bergerak.


Wednesday, June 17, 2026

13 Jun 2026: Menghadiri Majlis Perkahwinan Di Damai Hill Chalet, Paya Rumput Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

1 Muharam hari ini. Buat apa korang? Saya lepak rumah tolong masak ikan cencaru sumbat sebab Emak sakit perut.

Oklah hendak cerita kenduri kahwin yang saya hadiri pada hari Sabtu lepas. Emak bagitahu saat-saat akhir ketika saya hendak sarapan pagi bahawa kita akan bertolak pukul 10: 30 pagi ke Paya Rumput. Gembiralah saya, makan lempeng seketul dan tidak buat air manis sebab tahu kenduri kahwin akan berlambak makanan atau air manis. Awal juga saya sarapan pukul 7:30 lebih. Banyak masa untuk bersiap.

Pukul 10:30 pagi saya dah bersiap dan turun bawah tapi tengok Emak dan Abah belum siap. Tenang-tenang siap minum air masak banyak-banyak.

Kawasan Damai Hill Chalet ialah kawasan kampung masuk ke dalam dengan jalan cukup satu kereta. Jadi kena hati-hati apabila berselisih drngan kereta lain. Sampai ke hujung nampaklah seperti padang untuk letak kereta manakala khemahnya kena mendaki bukit. Kus semangat. Sampai suni pukul 11:26 pagi.

Tempat Letak Kereta


Tempat Letak Kereta Tepi



Sampai atas bukit itu kami disapa tuan/puan majlis dalam khemah cenderamata. Bertentangan khemah cenderamata ada khemah mi rebus dan kopi/matcha strawberi. Orang sudah ramai beratur di stesen kopi.

Khemah Cenderamata



Nampak kain rentang wajah pengantin perempuan dan lelaki.

Kain Rentang: Syafiq & Fatin



Terus ambil makanan. Alhamdulillah bahagian sini belum ramai beratur.

Lepas ambil makanan dan air dan dapat tempat rasa hendak buang air kecil. Cari sekeliling tidak nampak. Tanya salah seorang budak katerer rupanya di sebelah bangunan kena naik tangga yang meninggi ke atas. 

Pinggan Saya

Nasi putih, ayam masak merah, daging masak hitam, perut dan rebung masak lemak cili api, ulam timun dan sambal velacan.

Dah habis makan, saya beratur untuk ambil matcha strawberi. Ya Allah lama beratur. Ada dalam 30 minit. Akhirnya dapat. Nasib baik ia bertutup. Saya bawa balik ke tempat meja saya, Abah kata hendak balik. Haha harapan lupa ambil koci jadi makan apam balik rangup yang Abah ambil awal-awal dan habiskan teh tarik. Air matcha strawberi bawa balik.

Ini buah tangan saya dapat.

Cenderamata


Isi Dalam: Cawan Plastik & Air Coklat Aik Chong



Air matcha strawberi saya simpan dalam peti sejuk. Esoknya baru minum, panaskan dalam ketuhar gelombang mikro. Rasa oklah boleh diterima tekak. Bolehlah minum lagi kalau jumpa.


Matcha Strawberi



Tapi adik saya cakap dia buat lagi sedap. Oklah minta pada adik kalau hendak minum lagi.

Air coklat Aik Chong itu sedap. Bolehlah belikan kalau stok air coklat saya sudah habis.

Jumpa lagi.



Thursday, June 11, 2026

Pemenang Jom Teka Gunung

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Alhamdulillah saya berjaya meneka gunung yang ditawan oleh Mazni pada cuti Aidil Adha bersama 5 pemenang lain.

Tangkap Layar Nama Saya




Hadiah selamat tiba hari ini. Sebenarnya dengar bunyi hon tapi daripada posmen tapi saya nampak parcel saya diselitkan di pagar. Nampak parcel Ninjavan.

Parcel Ninjavan



Buka plastik parcel ada plastik gelembung. Buka lagi ada plastik putih jadi nampaklah fizikal hadiah.

Hadiah Dalam Plastik



Bentangkan hadiah yang dapat. Banyaknya hadiah: Beg jut berzip, minyak angin aromaterapi, gula-gula (agaknya dalam plastik kuning tertulis Coowy), Carica (tulisan: makanan khas Daerah Dieng), magnet peti sejuk Tugu Jogya dan rantai kunci Kraton. Ini mesti cenderamata masa Mazni pergi menawan Gunung Merbabu.

Hadiah Yang Dapat




Terima kasih atas hadiahnya. Pertama kali menang daripada blogger Mazni. Jangan lupa buat lagi.😊


Monday, June 8, 2026

Sakinah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Ada perasaan serabut dan keinginan yang haram yang tidak selesai dalam hati. Mula-mula dengar lagu Sakinah daripada XPDC. Tapi biasalah tidak hilang.

Lepas itu dengar #Qurantime oleh Ustaz Hasan Basri. Dia tengah tadabbur ayat ke-4 surah al-Fath. Ada perkataan sakinah.

Dia kata amalkan ayat 6 ayat Sakinah. Saya terus cari dalam google.

Ayat 2:248
Ayat 9:26
Ayat 9:40
Ayat 48:4
Ayat 48:18
Ayat 48: 26

Terus amalkan. Alhamdulillah lepas itu hilang keingunan bergelojak itu. Tidak fikir dah lepas itu.

Sekadar berkongsi kalau ada yang ada perasaan tidak elok dan rasa serabut.
 

Sunday, June 7, 2026

7 Jun 2026: Walimatulurus Nurin Atiqah & Andi Muyarip

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hujung cuti iaitu Ahad dapat jemputan perkahwinan belah perempuan di dewan yang saya pernah pergi bulan lalu. Abah dapat jemputan daripada seorang kariah Masjid Kariah Repah. Anak perempuannya kahwin, kira makcik kepada anak buahnya berkawan dengan anak buah saya iaitu Azim. Saya tidak kenal yang kahwin ini.

Lewat datang sebab Abah ada ceramah yang dianjurkan oleh pusat dialisis pukul 9 pagi. Jadi hampir pukul 11 lebih bertolak dari Melaka ke Tampin. Sampai sana sudah pukul 12. 

Depan Dewan Tertera Nama Pengantin



Syukurlah tidak ramai orang. Ada tempat kosong. Sementara itu saya duduk di meja dapatlah ambil gambar sekeping dua. Sebenarnya sudah lapar sangat sebab tidak sarapan lagi.

Pelamin Bertema Merah & Putih

Kawasan Jajan & Kuih



Alamak gambar gegar pula. 

Saya ambil nasi putih dan nasi minyak, ayam masak hitam kut,  nanas dengan ikan masin kurau masak lemak cili api, ambil daging masak merah punya kuah (daging dah tiada, takpelah dah puas melantak daging minggu lepas dan minggu ini), ikan masin, sambal belacan, keropok, ulam timun dan salad. Lepas letak pinggan nasi atas meja pergi ambil taufufa dan rojak buah. Letak atas meja. Kemudian pergi balik ambil kuih pula. Ambil burger Malaysia, krim puf dan cara berlauk. Penuh atas meja.

Makanan Saya Ambil



Dukacita tiada air panas apatah lagi teh tarik. Jadi minum air mineral. Makan nasi dahulu. Lepas habis keronyotkan kertas minyak. Saya pergi basuh tangan. Ketepikan pinggan. Tengok orang sebelah saya (lelaki) letak bekas plastik makanan atas pinggan saya. Orang yang angkat-angkat pinggan tiada pula datang ambil. 

Lepas itu makan taufufa, rojak buah dan akhirnya habiskan kuih. Burger Malaysia itu besar juga. Rasa jenuh hendak habiskan. Setiap bekas saya letak pada pinggan pertama niat hendak angkat letak kemudian. Sekali orang sebelah ini baik betul angkatkan pinggan saya. Agaknya sebab diapun letak bekas makanan plastik atas pinggan saya mula-mula itu.

Pukul 1 kami beransur lepas tengok pengantin berarak memakai songket warna krim kecoklatan dengan perasaan bercampur-baur.

Azim(anak buah) siap memborong jajan sampai tidak cukup tangan apabila pulang. Bengang je saya tengok.

Oklah jumpa lagi.


Thursday, June 4, 2026

Catatan 4 Jun 2026

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...


Catatan untuk kenangan.

Buka tingkap hari ini tengok buah rambutan sudah masak ranum. Harap tiada monyet datang bergayut pada pokok ini.

Buah Rambutan Yang Sudah Ranum



Pesan di wowshop pada 28 Mei, buat ulangan belian kopi Better Cafe barli dan gam arab Munif Hijjaz. [Pesanan pertama boleh klik SINI]
Sampai hari ini pukul 12 tengahari lebih. Beli 4 kotak kopi barli dan gam Arab percuma 1 kotak dan 20 sachet Better Cafe kopi habatussauda. Harga RM132. Asal RM139.

Better Cafe Kopi Gam Arab Dan Barli



20 Sachet Kopi Habatussauda



Tidak ikut Abah dan Emak balik kampung hari ini. Buat sambutan harijadi Emak di kampung. Apapun saya sudah ucap selamat dan doa untuk Emak lepas Subuh. Harap Emak gembira ada makan-makan di kampung.

Notis Gangguan Pembekalan Elektrik



Semalam ada gangguan elektrik dari pukul 2 hingga 6 petang untuk senggaraan pencawang di PCE Tmn PKNM No. 2. Ingat betul-betul tiada elektrik dalam tempoh itu tapi rupanya sekejap seminit sahaja pada pukul 5 petang ketika saya hendak keluar untuk jalan laju. Jadi dapatlah tengok pekerja TNB buat kerja.Alhamdulillah saya doa semoga ok sahaja. Pintu elektrik tiada masalah tutup selepas itu.