Assalamualaikum...
Siang tadi saya tengok siri 'Kiah Pekasam' bagaimana Kiah yang pada mulanya tidak suka pekasam kerana pekasam berbau busuk. Kemudian dia dah suka pekasam. Saya teringat keadaan saya yang mula-mula tidak tahu rupa pekasam ketika sekolah. Semasa memasuki universiti, saya berkawan rapat dengan 2 budak dari utara tanah air. Seorang bernama Sha dari Pulau Pinang dan seorang lagi bernama Ja dari Kodiang,Kedah. Nak dijadikan cerita, ada teman satu aliran nama Joanna (kami dia Joe atau Joe Jambul- daripada Joe saya belajar perkataan poyo) ni selalu pesan minta pekasam pada kawan saya si Ja kalau kami balik cuti semester. Saya pelik juga kerana Jo minat pekasam, saya pula tidak pernah mencuba dan ketika itu tidak teringin pun nak rasa pekasam. Memang bila Ja balik bilik, masuk bilik dia memang bau busuk. Hehe tapi saya taklah bagitahu. Jo pula asyik meyakinkan saya cakap pekasam ni sedap cubalah rasa. Budak Jawa Joe ni nak kena, hehe. Saya cakap tak pelah lain kali cuba. Haha sampai ke akhir pengajian tak pernah juga rasa pekasam Ja bawa tu. Maaf belum terbuka hati.
Bila saya bertapa (untuk bekerja) di sebuah negeri yang bukan negeri-negeri UTARA, saya sekali lagi diperkenalkan pekasam melalui orang sebelah. Emak Anah orang Kedah beri pekasam pada saudara (saya tinggal dengan saudara). Kali ini barulah mencuba. Sekali sedap dan sayalah tukang habiskan pekasam sorang. Haha.Saya cakap kat sepupu saya sedap, dia tunjuk muka toya sambil tutup hidung. Tahun depan tu saya datang, tengok-tengok sepupu saya dah kemaruk pekasam sama macam saya.
Balik rumah saya masih tak dapat lupakan keenakan pekasam sampai meluahkan rasa suka pekasam pada karpet kc. Lepas tu dapat tindak balas daripada Sari,seorang chatter. Dia minta alamat. Ingatkan sedikit dia bagi, sekali satu kotak besar siap dengan ikan masin dan belacan. Hehe, stok macam setahun punya. Terima kasih Sari. Mesti dia kesian saya menggelupur nak makan, bagi banyak-banyak biar saya puas.
Apapun bila kita bergaul dengan orang daripada latar yang berbeza terutama ketika kita duduk satu rumah kita pun boleh belajar dan terikut apa dia makan walaupun kita tak pernah makan. Saya ingat ketika saya dengan Ja satu apartmen, saya ajar dia makan tempe sambal dan paru goreng. Dia selalu tengok saya bungkus nasi dengan lauk-lauk tersebut. hampir setiap hari. Jadi dia cuba, nasib baik dia boleh terima. Satu perkara baru saya tahu pasal Ja masa tu, dia kena makan nasi waktu makan tengah hari, tak boleh makan macam makanan segera atau pasta/mi bagai. Begini ceritanya. Kami pernah keluar jalan-jalan kat Jalan TAR, lepas dah puas beli-belah, kami lapar. Saya dan Sha nak makan McD manakala Ja nak makan nasi. Ja ada cakap dia tak pernah makan selain nasi waktu tengah hari. Kami ni degil, ingatkan dia cakap camtu sebab nak kami ikut kehendak dia. Jadi Ja terpaksa mengalah. Sekali lepas Ja habis makan, dia muntah. Nasib baik dia cepat-cepat pergi tandas. Kami tengok memang terpaku. Betul dia tak boleh makan selain nasi. Lepas tu kesian dia sebab muntah semua, kami teman dia pergi kafeteria, teman dia makan nasi pula. Pengajaran untuk saya, hormati apa yang mereka boleh atau suka makan walaupun kita tidak suka.
Panjang pula tapi itulah setiap orang ada selera makan tersendiri. Macam saya tak kisah satu hari tak makan nasi. Kalau makan nasi biasa sekali je. Kalau saya makan nasi untuk tengah hari, malam saya cari makanan lain. Saya boleh je nak makan nasi 2 kali sehari tapi saya rasa perut saya sebu je takdelah masalah muntah ke apa.
Jumpa lagi, wassalam...