Nuffnang
Sunday, May 15, 2011
Saturday, May 14, 2011
Pemulihan
Assalamualaikum...
Akhirnya blogger dipulihkan sepenuhnya dan tulisan bermula 11/5 pun dipulihkan juga. Masa saya buka blogger, tulisan saya yang bermula 12/5 tu dibuat sebagai tulisan baru yang belum dibaca begitu juga blog-blog lain yang saya ikuti. Label pada tulisan saya letak pun ada tanda simbol. Hehe memandangkan saya tak suka tengok simbol-simbol yang terletak depan dan belakang label tu, saya buang dan buat baru.
Adakah saya marah pada pasukan google bila blogger tak boleh buka pada tempoh yang lama seperti kebanyakkan orang lain? Tidak sebab bagi saya, mereka cuba sedaya upaya untuk mengembalikan sistem. Bukan mudah ok. Bila sistem gagal dan data hampir hilang untuk kembalikan semula tentu mengambil masa. Penting mereka dah berusaha dan terbukti mereka berjaya dalam tempoh 1 hari.
Apapun tahniah untuk pasukan google yang berhempas pulas mengembalikan kegembiraan saya dan penulis blogspot lain. Hehe tak dapat bayang semalam bila ada salah seorang blogger di forum mengutarakan dan membuat andaian kalau pasukan google tak boleh pulihkan data dalam blogger. Saya dah cuak sebab dia kata peristiwa ni (ambil masa lama untuk pulihkan sistem) adalah kali pertama. Perasaan itu macm sama ketika kc tak boleh masuk pada tempoh lama. Pelbagai spekulasi juga timbul mengapa blogger tidak dapat dicapai.
Apapun syukurlah, harap-harap pada masa akan datang pun tidak ada masalah besar yang pasukan google tidak boleh selesaikan. Tahniah sekali lagi kepada pasukan google kerana dapat menyelesaikan masalah sistem yang bagi saya sangat canggih dan susah.
Jumpa lagi.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Luahan,
Peralatan/Gadget,
Peristiwa/Event
Subscribe to:
Posts (Atom)