Nuffnang

Sunday, May 15, 2011

Sorotan Minggu Ini



Assalamualaikum...


Tak boleh tidur pula selepas terganggu dengan ngiangan nyamuk. Selalu tidur dengan lena tanpa nyamuk selama ini. Maka apabila tidak boleh tidur, saya mahu menulis di blog.


Jejak blog lain, banyak pula tulisan baru. Hehe mereka melepaskan rindu berblog agaknya. Ops, sebelum terlupa saya nak ucapkan terima kasih kepada yang membaca blog saya.


Lagi satu perkara korang perasankan komen untuk tulisan pada 11/5, 7:37 pagi PDT hingga waktu sebelum blogger hibernasi hampir 20.5 jam hilang kan? Jangan risau bagi yang belum tahu pasukan google akan kembalikan komen-komen tersebut selewat-lewatnya hujung minggu ini (kalau kita maknanya selewat- lewatnya hari Isnin). Mana saya tahu? Kat pemuka blogger (dashboard), bawah sekali iaitu di bahagian Blogger Buzz. Apa-apa maklumat terkini korang boleh baca kat sana. Jangan buat spekulasi. Bukan apa bila saya pergi jengah sesetengah blog, ada yang tak peka dan tak  tahu apa yang berlaku.


Ok itu aje saya nak kongsi. Hehe nampaknya minggu ni saya tulis kebanyakkannya pasal status blogger, google dan perkhidmatan.


Jumpa lagi dengan kupasan topik lain pula. 

P.S: Saya letak pautan ke Blogger Buzz pada senarai blog kalau korang tak jumpa Blogger Buzz kat pemuka blogger.


No comments: