Nuffnang

Thursday, June 30, 2011

Mempunyai Kebun Baru?


Assalamualaikum...
Kali ini blogger pula ada masalah, dapat Error 400 masa letak gambar pada tulisan sebelum ini. Cuak jap. Nasib baik sekejap. Setelah semalam 'terkujat' dengan hilangnya blog di Friendster. 
Sudah diri, cukuplah bersedih tentang kehilangan blog FS. 
Pandang daripada sudut positif. Saya hanya mengemaskini satu blog je. Jadi cepat. Walaupun tulisan sama dengan kedua-dua blog tapi kerana format berbeza. Kalau anda tulis pada Words dan tampal pada blog Friendster memang lari format. Maka untuk blog FS itu, terpaksa menulis di situ juga dan kemudian salin ke blogger.
Aha ada fikir nak buat satu lagi blog. Apa pendapat korang? Memang ada pro dan kontra. Nanti saya nak timbang-timbang hal ini. Blog baru pun kena kemaskini, jaga juga. Mungkin bukan pada waktu terdekat.
Ok cerita lain pula, semalam petang mak telefon dari kampung tanya saya pergi surau tak untuk sambutan Israk Mikraj. Memandangkan mak tak pergi sebab buat kelas tambahan, sayapun malas (tak baik macam dulu kut,haha) Ingatkan terhenti begitu sahaja. Lepas tu mak telefon balik suruh saya hantar apam pisang ke surau. Sama ada hantar sebelum Maghrib atau waktu orang tengah solat Maghrib. Tengok jam dah 6:10 petang, saya ambil keputusan hantar sekarang. Memang surau tak jauh pun, rasa 10 tapak dari luar rumah pun dah sampai ke sana. 
Masuk dapur surau. Aik takde orang, bisik hati. Lepas tu tiba-tiba ada makcik masuk cakap nak air. Hah saya tak faham. Saya cakap "saya nak hantar kuih," Sambil letakkan bekas makanan pada pangkin. Saya nak cepat-cepat cabut lari sebab taknak makcik tu tanya lebih-lebih. Lawak jer saya ni.
Balik rumah, telefon mak cakap dah letak. Mak tanya ada orang sana nampak tak bekas saya letak tu. Dia takut orang tak nampak dan tak susun masuk kuih tu. Cakap ada makcik ni nampak. Hehe nasib baik hantar waktu macam ni. Kalau ikut cadangan mak pergi waktu nak dekat Maghrib, haru je ramai orang nanti dengan jemaah lelaki ada. Ni nasib baik perempuan je nampak. Nanti gangguan hati. Hari itu rasa tak selesa ada jemaah lelaki ni masuk tempat solat perempuan bawa makanan.
Abah balik lewat sedikit, hampir pukul 8. Tergesa-gesa ke surau. Saya cakap dah hantar kuih. Mak pula balik pukul 10 lebih. Aktif betul, jadual padat, sempat balik kampung sekejap sebab Pak Tam beritahu mak, bapa mertua dia nak jual kebun. Masa mak nak masuk tidur, mak beritahu saya "jauh ke pedalaman kebun tu,naik bukit." Saya membalas "lagi ulu ke daripada kebun kita tu?" Mak membalas ya. Tak dapat bayang, sedang pergi kebun pisang kat pinggir tu pun rasa seksa nak masuk bawa kereta (abah jer pakar bawa) inikan kalau kebun yang lagi ulu masuk hutan lebat pokok.  Lepas tu saya tanya lagi, "jadi beli tak?" Mak cakap tidak.
Oh okla itu sahaja tulisan saya kali ini. Terperinci pula untuk semua orang terutama orang yang mengenali saya. Jumpa lagi













Tulisan Hening Pagi Dan Ulasan Siri Permainan Wipeout




Assalamualaikum...
Heningnya pagi ini. Mengambil kesempatan untuk menulis tulisan ini di bawah kolong angin. Maka berpuputlah angin berhembus lembut.
Tak dapat tidur pula. Sakit kepala tapi dah ok sedikit. Tadi tengok siri terbaru Wipeout. Siri ke-4 episod 18. Tersekat pula penurunan aliran video untuk tengok. Lawak siri ni. Tengok peserta-peserta ditendang, dilantun. Haha. Mula-mula tu tak berminat nak tengok sebab selalu tengok separuh-separuh. Apabila dapat menonton dari mula hingga akhir tu memang terbahak-bahak. Alatan untuk menghumban peserta memang pelbagai dan tak sama untuk setiap siri dan kadang-kadang setiap episod pun alatan yang digunakan berbeza. Penting ada bola melantun tu. 
Selain faktor peserta yang memang jenis sanggup dimalukan, pengacara/pengomen pun seronok. 2 orang John: John Henson dan John Anderson. Selalu yang buat lawak ialah John Henson. Memang ada tema setiap minggu dan untuk kita memudahkan ingat para peserta diberi gelaran. Pengacara di luar ialah Jill Wagner yang akan tanya peserta-peserta untuk tahu karakter mereka.
Ada 3 pusingan. Awal pusingan ada 24 peserta yang akan disaring masa terbaik menjadi 12. Kemudian 12 menjadi 6 dan pusingan akhir 3 orang berentap untuk merebut USD$50 000 dengan mencatatkan masa terpantas. Memang susah, kena ada koordinasi, masa yang tepat untuk lompat kerana alatan bergerak, air mengalir. Hehe susah nak terang kena tengok.
Ok itu aje. Jumpa lagi. 
P.S: Tak sangka ini tulisan yang ke-200 diterbitkan. John Henson memang lawak.