Assalamualaikum…
Selamat berbuka semua. Hari ini menu berbuka ialah laksa utara. Wah-wah semalam laksa lemak (laksa Melaka). Esok agaknya laksa Johor. Hehe apapun tiada rungutan sebab saya memang suka makan laksa. Kegilaan diri untuk makan. Cuma saya belum pernah makan laksa Sarawak. Camner eh? Sedap tak?
Memang waktu berbuka dan sahur tak berapa suka makan nasi kecuali kalau saya di rumah Cik Ya memang kena makan nasi sebab untuk tambah tenaga buat biskut dan Nescafe tidak boleh diminum ketika sahur sebab saya perasan saya mudah rasa haus waktu siang. Waktu buka takpe minum Nescafe. Apapun Cik Ya perasan saya tak berapa jalan nak makan nasi malah sanggup buat makanan bersup/berkuah untuk saya. Suka soto Cik Ya
Siang tadi berjalan sekejap-sekejap ke blog. Tak larat nak terus-terusan pergi ke semua blog pada satu masa. Sedikit-sedikit pergi 2-3 blog lepas tu berehat dari pandang pc. Entah mengantuk tengok dan tak sanggup duduk lama-lama di kerusi seperti biasa. Kalau waktu lepas berbuka, tengah malam dan hampir serta selepas sahur bolehlah. Tapi waktu tengah hari/petang tak boleh berlama-lamaan.
Hehe maaf gambar laksa simpanan sendiri tiada. Malas nak ambil lagipun sibuk kat dapur takkanlah saya nak menyelit tangkap gambar pula kan. Lagipun nak ambil gambar pun kena elok-elok dan bersedia.
Apapun terima kasih semua yang sudi baca dan lawat blog saya. Maaf atas salah silap terkurang bahasa kalau saya ada komen/tulis di kotak jerit korang punya kekurangan perasa. Jumpa lagi yer.
P.S: Mood hari ini macam ke longkang je mungkin sebab dapat mimpi yang menyampah dan entah apa-apa.
Kebun Pisang Di Pinggir |