Nuffnang

Tuesday, August 2, 2011

Hari Mantai: Menjamu Selera Di Muara Sungai Duyung



Assalamualaikum…

Alhamdulillah berlalu sudah puasa pertama. Buka apa anda hari pertama tersebut? Saya makan sebiji kurma, laksa Melaka dan air kopi. Tahu tak laksa Melaka macam mana? Laksa Melaka ni kuah masak lemak letak daun kesum, kerang rebus, udang dan sotong. Makan dengan mihun, cili hiris, timun hiris dan taugeh.

Ok tulisan ini masih lagi tak habis cerita pasal hari mantai tu. Maklum banyak aktiviti yang saya lakukan. Lepas pergi PC Fair di MITC untuk cari cakera keras 500GB, balik rumah sekejap untuk solat dan mandi.

Memandangkan malam akan bermula terawih maka kami sekeluarga makan awal pukul 6 lebih di Restoran Muara Sungai Duyung.

Sini lebih kepada nasi lemak bungkus yang disediakan dalam daun pisang, jimat sikit tiada pinggan. Pada awal-awal diberikan cili api bersama limau nipis dan kicap untuk cecah. Mak pesan sotong goreng tepung, udang masam manis, kupang masak sambal, ikan kukus, otak-otak, kailan ikan masin untuk 6 orang. Air pula air kelapa muda sebiji dan air tebu 1 jag. Harga berpatutan jugalah iaitu RM131.40. Bolehlah siapa-siapa nak makan makanan laut singgah di sini.














Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung - Hadapan Kedai


Memilih Untuk Duduk Menghadap Ke Muara Sungai


Makanan Yang Awal Tiba -Nasi Lemak, Kicap Bercili Dan Otak - Otak


Nasi Lemak Saya Ambil Lauk Sambal Kupang, Udang Masam Manis Dan Sotong Goreng Tepung



14 comments:

aimie amalina said...

waaaahhh~
sodapnye...
wee..petame kali dgr istilah mantai ni..
mesti bes..
akak! bangon sahorrr!=)

NA said...

@mimito: Dah bangun ni. Hehe sana awal imsak kan. Mantai ni makan-makan khas sebelum puasa.

smartradz said...

Nyam...nyammm... sedapnya. Tak ajak pun. InsyaAllah satu hari nanti kita orang akan sampai jugak and nak ajak NA. Sudikan.

smartradz said...

sedapnya. Boleh join tak.

NA said...

@smartradz: bro kat JB kan? Rezeki saya kalau bro ajak :)

TYNTHA LANA said...

wina...tertengok lak makanan sedap2 pas sahur..aishhh..hehehe

~boleh la bawak lana kesana pulak,hak3. memandai je aku T___T hehehe

maszull said...

slm wina: mama pernah gi sana makan mmg best tempat tu kan...mudah-mudahan dpt dok Melaka blik...InsyaAllah kalau ada rezeki...:)

abghani said...

tk tahu kt ner,,tapi aku selalu pegu kt restoran prameswara

maszull said...

Wina jom join segmen mama...

http://maszull.blogspot.com/2011/08/jom-join-segmen-wedding.html

NA said...

@Lana: Lana bawak moto atau kereta, Wina bawak Lana gi sana ok, insyaAllah.

@Mama Maszull: Aha ye ke? Rupanya mama pernah duk Melaka. Segmen kahwin ke, lum kahwin ni. Nanti Wina tengok kalau ikut syarat

@abgghani: Macam pernah dengar Parasmewara tu. Kat Umbai kan?

yusuf Laili said...

Salam ramadhan;
sama dgn pendapat aimie.mantai baru dengar!!Apa itu Mantai??

NA said...

@Yusuf: Mantai tu kenduri atau makan-makan sebelum Ramadan

Terima kasih datang dan komen

Jasman said...

mantai tu hanya ada kat n9 je kan?hehe

NA said...

@Jasman: Haha pandai pun. Orang nogori la yang suka mantai ni :)