Nuffnang

Wednesday, August 3, 2011

Pencarian Jiwa (Soul-Searching) And Finding Your Mojo


Assalamualaikum…

Hoho tajuk tak boleh tahan canggih. Terima kasih pada Lana yang tanya lebih lanjut tentang pencarian jiwa tu. Asal-asalnya saya komen tulisan dia pasal dia yang ‘slow’ pada bulan Ramadan. Saya tulis Lana kena buat pencarian jiwa 2-3 hari lepas tu mesti bersemangat nak menulis semula. Lepas tu saya tambah komen tentang ‘mojo’. Aha apa ‘mojo’ tu kan? Mengikut pemahaman saya (kalau silap atau terkurang boleh tambah pada ruangan komen tu yer) macam keghairahan untuk buat sesuatu. Faktor  X yang membuatkan kita beria-ia membuat sesuatu tu bersungguh-sungguh. Setiap orang mempunyai faktor X yang berbeza kan apabila menulis pada blog. Jadi apabila kita hilang ‘mojo’ tu mungkin juga sebab kita hilang ghairah kepada faktor X yang membuatkan kita menulis blog.

Jadi kalau kehilangan ‘mojo’ tu elok kita buat pencarian jiwa. Cari balik sebab-sebab mengapa ‘mojo’ kita hilang. Waktu ni waktu nak bersendirian menanyakan diri sendiri “apsal aku slow waktu ni? Apsal tak bersemangat ni?” Jadi ingatlah sebab yang menyebabkan dulu-dulu kita bersemangat nak menulis pada blog. Mungkin sebab kita lupa tujuan atau semangat apa kita berblog, itu yang hilang ‘mojo’ AGAKNYA. Apabila ingat semula tujuan/ faktor X anda yang membuatkan anda terbakar JIWA RAGA untuk menulis, insyaAllah semangat dan keinginan nak menulis akan muncul semula.

Sayapun manusia biasa pernah gak alami perkara ini. Malahan kadang-kadang tu rasa macam kerap juga. Kalau anda perasan pernah kan saya tulis pasal kekurangan jiwa pada blog. Itu waktu takde semangat la tu. Mencari semangat dengan luahan hehe moga-moga bersemangat menulis pada blog. Lagipun saya ni memang selalu buat pencarian jiwa, kalau ada tak kena pada jiwa mulalah bermonolog pada diri.

Ok ini pendapat saya. Bolehlah tambah-tambah mana kurang atau betulkan mana tak betul yer. Terima kasih. Jumpa lagi. 


P.S: Harap-harap lepas tu jumpa 'mojo' kembali






Tengok-Tengok Pemandangan Sambil Cari 'Mojo'


Tuesday, August 2, 2011

Laksa Dan Ngomelan Saya Hari Ini



Assalamualaikum…

Selamat berbuka semua. Hari ini menu berbuka ialah laksa utara. Wah-wah semalam laksa lemak (laksa Melaka). Esok agaknya laksa Johor. Hehe apapun tiada rungutan sebab saya memang suka makan laksa. Kegilaan diri untuk makan. Cuma saya belum pernah makan laksa Sarawak. Camner eh? Sedap tak?

Memang waktu berbuka dan sahur tak berapa suka makan nasi kecuali kalau saya di rumah Cik Ya memang kena makan nasi sebab untuk tambah tenaga buat biskut dan Nescafe tidak boleh diminum ketika sahur sebab saya perasan saya mudah rasa haus waktu siang. Waktu buka takpe minum Nescafe. Apapun Cik Ya perasan saya tak berapa jalan nak makan nasi malah sanggup buat makanan bersup/berkuah untuk saya. Suka soto Cik Ya

Siang tadi berjalan sekejap-sekejap ke blog. Tak larat nak terus-terusan pergi ke semua blog pada satu masa. Sedikit-sedikit pergi 2-3 blog lepas tu berehat dari pandang pc. Entah mengantuk tengok dan tak sanggup duduk lama-lama di kerusi seperti biasa. Kalau waktu lepas berbuka, tengah malam dan hampir serta selepas sahur bolehlah. Tapi waktu tengah hari/petang tak boleh berlama-lamaan.

Hehe maaf gambar laksa simpanan sendiri tiada. Malas nak ambil lagipun sibuk kat dapur takkanlah saya nak menyelit tangkap gambar pula kan. Lagipun nak ambil gambar pun kena elok-elok dan bersedia.

Apapun terima kasih semua yang sudi baca dan lawat blog saya. Maaf atas salah silap terkurang bahasa kalau saya ada komen/tulis di kotak jerit korang punya kekurangan perasa. Jumpa lagi yer. 

P.S: Mood hari ini macam ke longkang je mungkin sebab dapat mimpi yang menyampah dan entah apa-apa.






Kebun Pisang Di Pinggir