Nuffnang

Tuesday, August 16, 2011

Menunaikan Janji... Apa Patut Dibuat Kalau Janji Belum Dapat Ditunaikan? Boleh Ke Tarik Janji?


Assalamualaikum...

Terima kasih atas peringatan pos si Soly ni pasal menunaikan janji. Menunaikan janji adalah wajib dan akan dituntut di akhirat sekiranya tidak ditunaikan. Teringatlah saya ada janji dengan sorang ni nak kasi cenderamata yang saya beli di Australia. Berzaman! Janji nak beri bulan Januari tapi sekarang (dah bulan 8) saya tak pos cenderamata tu kat dia.

Atas kesedaran baru sedar saya melengahkan untuk hantar kerana kemalasan dan skeptikal saya terhadap pejabat pos yang mana pernah saya tak dapat bungkusan dari kawan-kawan saya dari luar negara. Maka tanpa disedari kawan yang saya berjanji tu timbul kat reban ayam (YM) tiba-tiba.

Saya: F, maaf Kak Wina tak pos lagi
F: Pos apa
Saya: Ala kan Kak Wina janji nak pos 'keychain'
F: Ada ke?
Saya: Tak ingat ke? Haha bagus juga orang yang dijanji tak ingat. Ni ha kak Wina nak tarik janji boleh tak? Malas nak pergi pos.
F: Takpe 
Saya: (dalam hati: alhamdulillah)  Takpelah kalau Kak Wina ada hantar itu 'suprise untuk kamu'.

Lega memang tak boleh kata. Bayangkan betapa lama janji dibuat. Seronok pula yang dijanji pun tak ingat tapi janji tetap janji. Dia lupa takpe (yang dijanji) tapi jangan si penjanji yang lupa. Memang menganiaya diri sendiri untuk diminta perhitungan di Padang Mahsyar. Eh tapi boleh pula nak tarik janji nak beri. Macam buruk siku jer. Hehe tapi dah dak F redha maka boleh la kan? Hehe anda ada ke janji belum tunaikan? Baik tunaikan takpun berbincang semula dengan orang yang dijanji tu macam mana kan nak selesaikan.

Alhamdulillah satu perkara selesai. Cepat dipermudahkan semasa bulan Ramadan yang mulia. Ada sorang lagi saya janji pun dah dapat tarik. Maaf la yer sebab berat hati dan malas nak pos. Ini semua gara-gara ada peristiwa tak enak hantar/terima barang.



P/S: Ada tak janji saya pada pembaca, saya tak tunaikan? Habaq mai :) Ada ke istilah tarik/ menarik janji?





Monday, August 15, 2011

Resipi: Spaghetti Bolognese (Versi Pedas)


Assalamualaikum...

Terima kasih yang tinggalkan komen sebelum ini. Hehe semua bijak bistari dapat mengagak spaghetti. Spesifiknya spaghetti bolognese (entah betul entah tidak). Kiranya semua pernah buat kan dan masing-masing ada versi cara memasak.

Takpelah saya kongsi cara buat mana tahu ada yang belum pernah buat. Ni buat untuk 3 orang makan. Jadi pandai-pandai anda semua ubah/tambah/tolak bahan yang nak dipakai. Ini versi pedas atau citarasa rakyat Malaysia. Kiranya spaghetti bolognese versi pedas.

Bahan-bahan

1/2 paket spaghetti
Bahan-bahan untuk membuat sos

2 sudu besar minyak zaitun/minyak masak
Seulas bawang putih
Setengah biji cili merah
1 sudu besar cili boh
1 biji bawah besar, potong 2 dan hiris halus
Tomato puri dalam tin/Sos jenama Prego
1/2 paket daging kisar (seperti dalam gambar guna separuh)
5 biji cendawan butang- hiris
Garam- secukup rasa
Gula- secukup rasa
1 sudu besar cuka putih (pilihan)
1 sudu kecil lada hitam
1/4 batang lobak merah (boleh guna sayur lain atau tiadakan)- hiris berbentuk panjang
Sedikit kobis bunga (boleh guna sayur lain atau tiadakan)


Cara membuat

1. Rebus spaghetti sehingga 'al-dante'
2. Rebus lobak dan kobis bunga sehingga lembut

Untuk kuah

3. Panaskan minyak dalam kuali
4. Masukkan bawang putih bersama cili merah yang ditumbuk, daging kisar dan bawang besar. Kacau sehingga sebati dan daging berubah warna ke kelabu. Masukkan cili boh. Kacau lagi sehingga garing. Api sederhana.
5. Masukkan sos tomato/ sos Prego. Kacau dan kemudian masukkan 1 cawan air. 
6. Masukkan lobak dan kobis bunga yang telah direbus bersama cendawan butang yang dihiris. Biarkan ia mendidih seketika.
7. Masukkan bahan perasa seperti cuka, garam, gula dan lada hitam. Kacau 1-2 minit dan tutup api.

Mesti ada buat lain cara kan? Mungkin lagi sedap dan ikut citarasa anda. Hehe. 


P.S: Tak sabar nak dapat kad raya daripada para blogger. Pertama kali dapat daripada mereka ni. Terima kasih kerana bermurah hati nak beri.
P.S.S: Ambil banyak gak gambar tapi pilih 2 gambar untuk diletakkan di bawah.

Spaghetti Bolognese (Versi Pedas)



Spaghetti Bolognese