Nuffnang

Wednesday, September 14, 2011

Tiada Perkataan Untuk Hari Rabu










Tuesday, September 13, 2011

3 Dalam 1: Yeah Cukai Perkhidmatan Tambah Nilai 6% Ditangguhkan (Tapi Lebih Baik Tidak Dikenakan), Aksi Cemas Dan Gambar Raya 1 Syawal



Assalamualaikum...

Sebelum itu mahu ucap terima kasih kepada komen tentang kedudukan susun atur komputer tu. Nanti saya fikir belum muktamad lagi susunan tu.


Lagi satu mengenai caj perkhidmatan 6% ditangguhkan. Rasa seronok gak tapi harapnya tidak dilaksanakan caj itu dikenakan kepada pengguna.


Ok cerita lain pula ialah Adiva nyaris jatuh bergolek kalaulah saya tiada di sini untuk menyambutnya. Alkisahnya dia tengah menuruni tangga. Biasanya cara dia menurun tu dalam posisi merangkak menghadap tangga, tangan akan diletakkan pada mata tangga dan dia akan menjulur kaki ke bawah sampai kaki jejak mata tangga. Tapi tadi dia cuba berdiri sambil badan tangan rapat ke dinding dan satu kaki dijulurkan ke bawah. Agaknya tak stabil, kaki yang dijulurkan  tak dapat pijak mata tangga maka tergelincir. Saya memang duduk tak jauh daripada dia, masa tu mata pandang sekejap kat tempat lain. Tengok-tengok dia dah hampir nak tergolek nasib baik saya cepat-cepat pegang supaya tak jatuh. Terkejut terus melalak. Saya pun terkejut gak kalau la saya tak segera tangkap memang dah tergolek budak tu.

Serba-salah siap minta maaf pada Adiva (macamlah dia faham) Haha tapi bagi saya kalau dia dah ok kalau dia gelak balik apabila tengok saya. Tak lama lepas tu, dia dah sengih tengok saya. Maaflah Mak Long ni mata tak perhati setiap saat.


Ok seperti biasa layan gambar Adiva dan saya sekeluarga pada 1 Syawal di rumah Tok Ali. Memandangkan di rumah Tok Ali lengang lagi ramai orang belum datang beraya, kami ambil kesempatan bergaya di ruang tamu. Abah takde sebab borak dengan Tok Ali. Y, Adiva, mak, H dan saya. Tukang ambil gambar adik ipar.

Nak Meniti Jer Si Adiva

Tema Kelabu. Ok Saya Segan Nak Tunjuk Muka