Nuffnang

Saturday, September 19, 2020

Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Esoknya selepas sarapan pagi dalam pukul 9 pagi kami pun bertolak menuju ke Taman Agroteknologi MARDI. Pergi awal pagi sebab emak takut hujan petang. Pagi itu cuaca panas matahari terik tapi nyaman.

Sebelum masuk kami semak suhu dan kemudian ke kaunter tiket. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6.50, warga senior RM2 ( tidak silap) dan bagi kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Jadi adik beli 3 tiket dewasa, 2 tiket warga senior. 2 orang anak buah tidak perlukan tiket.

Tiket Masuk



Sebelum masuk kami disapa pepohonan pokok dan teduhan.

Pokok-Pokok Dan Teduhan



Nampak juga gerbang penanda taman yang besar. Matahari memang memancar garang. Jadi ada silau sedikit ketika mengambil gambar.

Tanda Mercu Gerbang Masuk




Memang luas dan dibahagikan pokok ikut kategori. Antaranya: hidroponik, epal, orkid, tanaman dapur dan lain-lain. Ada yang kawasan kosong mungkin tanaman mati. Ada bahagian tidak boleh dilawati seperti kawasan teh.

Tanaman Dapur


Ketika di penghujung terdapat kedai menjual produk seperti coklat strawberi, ubi keledek ungu, teh, sambal hitam dan lain-lain.

Produk Coklat Strawberi Tempatan



Pukul 12 tengahari lebih kami keluar untuk cari sayur-sayur segar dan makan tengahari.

Alamat: Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands,
Jalan Dayang Endah,
Tanah Rata, 
39007 Cameron Highlands, Pahang.
No tel: 05- 491 1255/5945
No faks: 05- 491 2170




P.S: Sudah guna pemuka (dashboard) baru. Tidak boleh tukar ke pemuka lama. Pemuka lama punya sudah tiada. Sedih juga semalam.  Korang ada lagi tidak pemuka lama?


42 comments:

Shida Radzuan said...

shida pun pernah masuk sini dulu..time shida dulu..mardi ni sunyi skit byk gerai tutup kat dlm..skg mungkin meriah la kot..

Ujie Othman said...

Ada kawasan tanaman dapur...menarik. dah lama tak ke tmn mardi ni, last masuk lebih 7 thn lalu. Mesti dah banyak perubahan.

Ya NA, dah tak boleh guna dashboard lama. Terasa leceh kan guna yg baru. Akak upload gambar dari hp, susunan jadi terbalik. Geram betul!

AzianKhalil said...

kali terakhir ke Cameron Highland masa umur 14 tahun. sekarang 39 tahun sudah

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Aina tak pernah sampai sini lg. Insyaallah next nak ke sini pulak =). Tq share!

Galaksi Viral said...

best juga jalan2x ke agrotek ni. lamanya tak dengar perkataan hidroponik. huhu

Madam N said...

Tak pernah sampai lagi Taman Agrotek Area Cameron Highland.Cmeron masih macam dulu ke? Sejak2 serbuan dan operasi atas pencerobohan tanah kerajaan dibongkar , masihkah sama cameron highland seperti dulu?

Nour Adieb said...

terliur coklat strawberi 😍😍😍

Syazni Rahim said...

ada beberapa kali pernah ke sini, anak2 suka dapat berlari2 hehe

Warisan Petani said...

Ingatkan terbuka blog baru tadi

Nur Asyiqin said...

Klu singgah ke.CH boleh singgah sini..

Khairul Krol said...

Boleh la singgah sini bila ke Cameron nanti..

dear anies said...

harga brg2 kt sini ok x? ke... sm je kt kedai2 kt bwh?

NA said...

Ada yang murah ada mahal.

anakdenesor said...

tak pernah lagi sampai kesini..tgk cam best je..
aah dashboard dah ditukar kepada yg baru..AD okey je guna yg baru..rasa lagi kemas dan cntik..tulis blog dr fon pon xde masalah so far..

Cik TK said...

Tiada pemuka lama dah.. sedih laaa

Dulu pernah ke sini.. lama dah dulu 2012 rasanya. Dulu meriah gak.. Macam2 pokok menarik ada. Pastu sejuukk best!!! Sekarang tak tahu la keadaannya sama ke tak macam dulu

shima jelani said...

Haah dashboard baru jgk. Nak tukar yang lama tapi dah takde huhuhu

Dah lama tak pergi CH. Aritu pernah pergi dengan family, seriau jugak nak naik. Jalannya agak scary bagi pemandu amatur cam kak shima hehehe

Unknown said...

menarik juga ni. Kalau cuti sekolah boleh la bawak anak2.bagi kenal pokok2..heheh

Puan Hazel said...

Pernah ke Mardi ni. Trip family day office dulu. Tapi dah lama sangat, tahun 2005 kot.

Ye, dashboard lama dah tak boleh guna huhu :(

norhidana said...

lama nya dah tak ke CH, bila lah nak ke sana... rindu betul lah

aahla dashboard lama dah tak boleh guna, nak tak nak kene guna jugakla yang baru

Azhafizah MN said...

Pergi CH tak pernah pergi Taman Agroteknologi ni. Nanti kalau pergi CH nak try datang jugalah. Tiket pun murah.

Dah lama guna dashboard baru. sebab nak biasakan. rasa macam tak ada dah switch dashboard lama.

I am LZ said...

Lately CH masih ramai orang berduyun-duyun selepas PKP.. Tunggu reda sikit baru LZ pi sana.. Last time cari tempat ni tapi tak jumpa padahal map sentiasa di tangan. Takpe laa next visit boleh pergi sini.

Bila dashboard tukar, maka LZ pun tukar juga blog template. Masih tak biasa, in shaa Allah bila selalu explore kita akan terror juga kann, hehehe..

nohas said...

kwsn luas, kena banyak berjalan..banyak yg boleh dilihat..

Dashboard baru ni mula2 tu terkial-kial jg, tapi lama2 ok..rasa lebih mudah..

Kak Feni said...

Berkali-kali pergi Cameron tapi tak pernah sampai sini.

Luiz Gomes said...

Boa tarde NA parabéns pelas imagens maravilhosas.

Tqa London said...

Tqa suka baca tentang tempat2 yang Tqa pernah pegi tapi tak pernah explore. Tak pernah tau pun tentang kewujudan Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands. Thanks for the info.

Mrs. A said...

Menarik juga masuk kat Mardi ni ya.
Mrs. A pergi Cameron tak pernah masuk sini lagi.
Itulah dah guna dashboard baru tu memang terkial-kial habis hahahaaa...

Farrah MF said...

Saya dah lama tak ke sana. Teringin juga nak pergi semula satu hari nanti.

Berkenaan dashboard baharu tu, saya masih terkial-kial lagi. Dahlah sekarang ni jarang masuk blog. Setiap kali nak buat entri, kena menung jap :D

TukangKebun said...

Ada jual pokok-pokok tak kat sini?

NA said...

Ada jual pokok. Lupa hendak tulis. Emak beli pokok pudina.
Ada jual pokok bunga, pokok hiasan dan pokok untuk masakan.

Himawan Sant said...

Penataan tamannya rapi juga jenis tanamannya dibedakan.
Sepertinya lokasi mardi CH ini berada di atas ketinggian bukit ya, kak ?.

Maqnie said...

Seronoknya dapat lihat pemandangan yang menarik macamni.

Dashboard baru tu dah lama maq guna. Dashboard lama dah tak dapat dikesan lagi kot. Takpa kayuh pelan pelan, Insyaallah lama lama mahir nanti dgn yg baru.

nayfatimahrasyid said...

Belum ada kesempatan maduk taman lavender lagi😎😎

Litah L said...

seronoknya jalan jalan

dear anies said...

👌👍👌👍👌👍

Nur said...

Bestnya, dapat tengok pokok-pokok. Tenteram rasanya.

NA said...

Haah di atas bukit. Maaf lambat balas.

NA said...

Haah sudah ok guna dashboard baru.

NA said...

Sama belum lagi.

NA said...

Lama tidak jalan jauh.

NA said...

Memang rasa tenang dan seronok.

Nina Mads said...

entah bila nk singgah mardi.. selalunya jarang dpt ke sana sbb ada urusan lain

babYpose said...

Seronok jalan-jalan tempat hijau begini, udara nyaman pula, dingin. Pernah sampai CH tapi ke mardi belum.