بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 5
***Alena telah membeli buku log bersaiz F5 untuk menulis diari. Buku itu dianggap sebagai tulisan kehidupan. Apa yang ingin diluahkan, idea, coretan, muhasabah tentang diri dan lain-lain. Januari 2010, log kehidupan telah dicoret secara berkala dan tetap.
Alena berharap pada suatu hari terutama apabila dia berjaya menghilangkan tipikal orang ramai pada dia dan mencapai impian, dia dapat membaca semula log kehidupan yang telah ditulis.
"Tidak tahu bila aku akan keluar daripada kepompong ini tapi aku akan selalu bersangka baik kepada Allah." Alena tidak mahu menyalahkan Allah. Tidak mahu berputus asa dan hanya mengikut aliran hidup. Alena akan cuba tahan untuk menjadi orang kerdil di sekeliling orang ramai. Dia menjadi seorang yang mahal untuk berkata-kata tanpa berhati-hati. Takut untuk bersuara kerana takut menerima soalan-soalan yang tidak ingin dia dengar.
SAMBUNG...
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 4
***Alena rasa selamat dan bahagia di rumah. Boleh dikira dengan jari berapa kali dia keluar rumah. Alena telah menjadi penunggu setia rumahnya semenjak dia meninggalkan universiti itu buat kali terakhir. Dia yang mulanya bekerja tetapi tidak berhasil. Sudah beberapa pekerjaan dia lakukan tetapi ada sahaja masalah yang dihadapinya. Masalah majikan yang tidak bayar gaji, pekerja lain yang dengki, kerja yang dilakukan tidak disukai Alena dan sebagainya. Alena pernah memohon kerja di SPA. Tiada rezeki untuk dapat. Akhirnya Alena membuat kesimpulan dia sesuai secara sendirian dan berjangka pendek. Ini kerana ada kerja secara bersendirian dan berjangka pendek yang Alena terima dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Jadi Alena secara rasmi bekerja tidak tetap maka masa banyak di rumah. Oleh itu, Alena menghabiskan masa membantu ibunya dengan kerja-kerja rumah. Itu cara dia menjadi produktif dan mengeluarkan tenaga.
Alena teringat ketika di universiti, dia masih belum pandai memasak apatah lagi menyiang ikan. Berbanding sekarang, dia telah pandai masak dan ikan yang mudah-mudah. Cuma ikan jaket atau ikan cencaru sahaja dia menghadapi sedikit kesukaran untuk membuang kulit yang keras dan tajam. Kemahiran memarut kelapa pula belum dapat dia kuasai. Habis berterbangan tempurung kelapa yang hampir mencederakan diri sendiri.
"Tidak mengapa, sekarang boleh beli kelapa yang sudah diparut. Lagipun santan pun mudah didapati." Alena memberi alasan untuk menyedapkan hati.
"Mungkin satu hari aku akan berjaya memarut kelapa. Macam dahulu aku tidak mahir mengelim kulit karipap. Setelah 12 tahun baru aku aku tahu mengelim kulit karipap dengan cantik."
Alena bersyukur dan rasa ingin sahaja melompat kegembiraan apabila berjaya akhirnya.
"Biarlah ada perkara akan terjadi mengikut waktu yang telah Allah izinkan."
Jauh di sudut hati Alena ingin menyambung semula pelajaran. Pastinya bukan dalam bidang yang pernah buat dia kandas. Cuma dia tidak pasti dalam bidang apa.Ada beberapa bidang terlintas difikirannya. Namun jawapan solat istikharah adalah neutral. Alena keliru Pada pandangannya mungkin maknanya bukan sekarang untuk melakukannya.
Alena juga ingin bekerja tetap dan mendapat gaji tetapjuga. Kadang-kadang rasa rendah diri apabila bercampur dengan orang kerana sering ditanya kerja apa. Susah untuk dia nyatakan. Alena selalu berharap orang ramai mengerti bukan semua macam mereka. Tidak tipikal dan membuat tanggapan umum. Mahu dia menjerit dia kerja di rumah dan kerja secara BEBAS.
SAMBUNG...