بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat pagi semua. Semoga gembira dan sihat.
Sejak PKPP, rutin kami banyak mencuba atau makan di kedai. Selain itu rajin bawa Uwan makan di luar biasanya untuk bersarapan kemudian lepak di rumah Uwan untuk masak tengahari kemudian selepas solat Zohor balik ke rumah.
Ada juga bawa Uwan untuk makan malam kalau kami sampai rumah Uwan selepas Zohor. Mak sebenarnya nak makan yong tau fu di satu kedai di Tampin tapi tutup pula. Kedai tomyam pun banyak yang tutup sebab tukang masak Thailand pun tidak dapat datang sini. Ada satu kedai jual masakan tomyam tapi tukang masak orang tempatan tetapi emak kata masakan rasa macam tidak sampai. Tempat kami selalu makan iaitu tempat emak kutip sewa kedai pun tidak buka. Rasanya tempat itu paling sedap ikut tekak saya.
Minggu depan emak hendak ke 'Laman Hijau' untuk bersarapan. Agaknya sudah bersusun tempat makan difikirkan emak dan abah. Apapun saya hargai masa ini bersama ibubapa dan Uwan. Saya rasa emak dan abah tebus waktu untuk tidak dapat melancong. Apapun setiap perkara ada hikmah.Fikir yang baik.
Ok jumpa lagi.
Assalamualaikum...