بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
10 minit lagi ke pukul 4 petang. Kereta menghampiri pagar rumah.
"Tidak payah masuk kereta mengundur." Emak beritahu abah.
Saya mengelamun. Otak fikir bermacam-macam.
"Main campak bungkusan Pos Laju ni, "emak mengomel.
Saya nampak sekali lalu. Tidak pasti.
Apabila turun daripada kereta, saya tidak nampak pula. Hanya nampak beg hitam untuk tanam pokok.
Mana eh? Monolog sendiri.
Hampir tersentak bungkusan itu di bawah kereta. Rosaklah barang dalam ini. Mana tahu barang mudah pecah. Cakap dalam hati.
Saya angkat.
"Barang Zira ke?" Mak bertanya. Tidak habis-habis petik nama adik.
"Tidak." Isk kalau tahu baik saya jadi penunggu rumah ambil barang.
"Mak, pasal Pos Laju tidak bawa balik sahaja bungkusan ini? Main baling."
"Bungkusan banyak di Pos Laju."
Belek nama penerima dan nama item. Lega bukan barang mudah pecah. Ia tertulis 'telekung'.
Saya dapat telekung ada piping. Memang pernah berhasrat untuk ada sepasang. Terima kasih blogger Anies. Saya terus guna. Semoga murah rezeki.
Ucapan ditulis pada bentuk hati.
P.S: Mencabar tulis pos ini, gambar yang saya masukkan, hilang. Masuk lagi, hilang. Macam gam gambar asyik tercabut, lepas itu hilang.