Nuffnang

Wednesday, July 14, 2021

Hadiah Daripada Pemilik Blog Titian Perjalanan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada Allah bungkusan ini cepat dan selamat sampai. Puan Ujie ada beritahu bungkusan sudah dipos dan diberi nombor rujukan. Memang tidak payah kesan di mana barang ini, ia sudah sampai depan pagar pada waktu tengahari ketika menonton #Qurantime. Jadi keterujaan untuk membuka kena tunggu habis siaran tv.

Saya buka berhati-hati. Apabila dibuka ada bungkusan lutsinar. Ternampak tulisan 'Living Traveling Share From Yours Nice To Meet You'. Wah sejak-menjak ini bloggers suka beri barang dengan kata-kata indah dah puitis.

Bungkusan Lutsinar Dengan Tulisan Living Traveling Share



Apabila dibuka ternampak beg sandang kecil warna biru denim bahkan gunakan kain denim. Siap ada tali panjang beserta rantai kunci nama saya dan buku terjemahan daripada Hamka bertajuk 'Margaretta Gauthier'. Siapakah Margaretta Gauthier? Tidak sabar hendak baca.

Buku Margaretta Gauthier, Rantai Kunci.
Belakang: Beg Sandang



Terima kasih Puan Ujie atau nama penuh ialah Fauziah Othman yang sekarang berkelana di Simpang Empat, Pulau Pinang. Pemilik blog Titian Perjalanan. Seronok baca pengembaraan hidup meneroka tempat baru di Pulau Pinang atau tempat-tempat dilalui/singgah. Tidak lupa ulasan buku, masakan dan pelbagai isu. Seronok baca, ada aura positif apabila baca. Kalau berminat boleh layari ujieothman.blogspot.com

Terima kasih beri hadiah. Ia akan menjadi kenangan manis ketika berblogging. Terima kasih juga menulis sesuatu yang kadang-kadang menyentuh hati saya. Insya Allah. Sempena ulang tahun ke-10 blog, saya ucapkan tahniah dan semoga Puan Ujie akan terus menulis dalam blog nanti walaupun blog tidak popular seperti media lain. Amin. Selamat maju jaya.


Sunday, July 11, 2021

Terima Hadiah Sebagai Salah Seorang Tukang Komen Bulan Jun Daripada Cik Ako

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tidak sangka betul dapat bungkusan hari ini. Lagilah tuan empunya badan yang hantar tidak beritahu. Lagipun tengah PKP tidak dapat jangka boleh dihantar waktu terdekat.

Terima kasih Cik Ako. Waktu dapat ketika saya tengah solat Zohor. Usai solat nampak bungkusan di tangga dengan nama saya.

Beg Zip Kain Jut Dan Kad



Saya dapat beg zip kain jut dengan ayat 'happy girls are the prettiest' dengan nama na. Di samping kad ucapan tahniah menjadi antara 10 orang tukang komen. Ini untuk bulan Jun. Boleh pakai nanti.