Satu segmen saya sertai. Syarat-syarat senang sangat.
Syarat diberikan oleh penganjur. Saya tulis semula di bawah:
Syarat Giveaway
1. Buat 1 posting bertajuk "GIVEAWAY ELLY MATIN"
2. Dalam entri nyatakan your target this year.
Contoh macam Umi, Umi mau lebih teratur dalam kewangan.
3. Share the link here ya. will visit u day by day
Soalan ke-2 tanya tentang sasaran (target) tahun ini.
Lebih menjaga kesihatan. Tahun ini rancang banyak puasa sunat. Permulaan sekali seminggu puasa sunat. Puasa putus-putus (intermittent fasting) selebihnya-6 hari seminggu. Makan terakhir sebelum Asar atau paling lewat pukul 6 petang. Kecuali puasa sunat selewat-lewatnya pukul 8. Sarapan pagi atau sahur kena makan berat seperti nasi seperti pepatah lama "breakfast like a king; lunch like a prince, dinner like a pauper." Ini ada kesukaran ketika sahur hendak makan berat. Apapun usaha juga. Jalan laju (brisk walking) setiap hari petang selepas Asar selamat 40 minit kecuali hari puasa tapi mungkin buat jalan pagi.
Banyakkan amal jariah. Ini tidak boleh diperincikan. Hehe.
Rajin menulis dalam jurnal.
Siap. Mudah. Kongsi pautan di sini bagi mereka yang nak sertai