Nuffnang

Thursday, February 3, 2022

Makan Malam Sebelum Tahun Baru Cina

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

31 Januari. Berbuka puasa sedikit roti coklat dan air. Selepas solat Maghrib terus ke D'Tasik Tomyam di Taman Tasik Utama. Untuk makluman penyewanya baru dapat masuk ke Malaysia bulan Disember 2021. Apabila PKP 1.0 bermula, dia ingatkan sekejap jadi balik ke Thailand. Rupanya sempadan tutup hampir 2 tahun. Alhamdulillah sekarang perniagaan bersambung kembali.

Papan Tanda D'Tasik Tomyam


Abah, emak dan adik sekeluarga makan nasi putih, tomyam dan lauk-pauk. Saya pula cuma nasi putih dan lauk paprik ayam. Saya tidak suka letak lauk banyak-banyak sangat sebab nanti rasa bercelaru. Ada ambil sleeping sotong goreng tepung. Ambil teh halia sebab perut kosong.

Nasi Paprik Ayam + Sotong Goreng Tepung + Teh Halia



Alhamdulillah kenyang habis. Semoga tuan punya kedai dimurahkan rezeki kerana belanja percuma setiap bulan. Ada juga suruh berbuka pada bulan Ramadhan nanti. Rasanya tidak dapat makan di kedai kerana kejar Maghrib dan tarawih. Apapun rezeki jangan ditolak. Mungkin lepas habis tarawih. Kedainya pun tidak jauh dari Masjid Al-Alami MITC. Insya Allah.

Ok jumpa lagi. Sibuk pula agenda berjalan dan kenduri ketika cuti Tahun Baru Cina.

Friday, January 28, 2022

Hadiah Jovian X Fazbulous Beauty Protective Mask

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hadiah lagi kerana rajin tinggalkan komen. Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari. 

Kali ini daripada Cik Ako@Ret yang rajin memberi hadiah. Baru bulan lepas dapat buku perancang tahun 2022, bulan ini dapat pelitup muka daripada kolaborasi figura terkenal Jovian dan Fazura.

Cepat juga dapatnya. Semalam diberi nombor pengesanan hari ini telah dapat dengan jayanya. Poslaju ini kadang-kadang cepat kadang-kadang tidak boleh jangka bila. Apapun syukur sampai dengan selamat.

Pelitup separuh muka 3 lapis 95% BFE sarung ke kepala. Warna hitam dan merah jambu. Meriah macam-macam jenis pelitup separuh muka saya ada untuk dipakai.

Jovian x Fabulous Beauty Protective Mask


Terima kasih Cik Ako. Semoga segala urusan Cik Ako dipermudahkan Allah dan dijauhi kesusahan.

Marimelawat blog Cik Ako : anakomak6.blogspot.com
Cik Ako banyak cerita pasal aktiviti tempat menarik, tempat makan dan cerita sosial bersama rakan-rakan. Tidak lupa kisah Uyum, anak saudara Cik Ako. Saya boleh simpulkan Cik Ako ini seorang peramah@ extrovert. Jangan malu-malu singgah blog dan tinggalkan komen kerana dia akan melawat semula. Insya Allah.