بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
31 Januari. Berbuka puasa sedikit roti coklat dan air. Selepas solat Maghrib terus ke D'Tasik Tomyam di Taman Tasik Utama. Untuk makluman penyewanya baru dapat masuk ke Malaysia bulan Disember 2021. Apabila PKP 1.0 bermula, dia ingatkan sekejap jadi balik ke Thailand. Rupanya sempadan tutup hampir 2 tahun. Alhamdulillah sekarang perniagaan bersambung kembali.
Abah, emak dan adik sekeluarga makan nasi putih, tomyam dan lauk-pauk. Saya pula cuma nasi putih dan lauk paprik ayam. Saya tidak suka letak lauk banyak-banyak sangat sebab nanti rasa bercelaru. Ada ambil sleeping sotong goreng tepung. Ambil teh halia sebab perut kosong.
Alhamdulillah kenyang habis. Semoga tuan punya kedai dimurahkan rezeki kerana belanja percuma setiap bulan. Ada juga suruh berbuka pada bulan Ramadhan nanti. Rasanya tidak dapat makan di kedai kerana kejar Maghrib dan tarawih. Apapun rezeki jangan ditolak. Mungkin lepas habis tarawih. Kedainya pun tidak jauh dari Masjid Al-Alami MITC. Insya Allah.
Ok jumpa lagi. Sibuk pula agenda berjalan dan kenduri ketika cuti Tahun Baru Cina.