Nuffnang

Tuesday, February 15, 2022

Mee Udang Banjir K.S.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selasa dan Rabu minggu lepas, emak dan abah turun ke Selangor. Seperti biasa saya kena jaga ikan dalam kolam di rumah.

Jadi balik hampir Maghrib, emak bawa mee udang banjir untuk saya. Rupanya mereka ada singgah Sungai Besar untuk tengok kebun dan lalu Kuala Selangor jadi mereka mencuba mee udang banjir K.S.

Mee Udang Banjir K.S.

 

Kuah dan mi diasingkan. Apabila buka penutup bekas. Ada 3 ekor udang. Rupanya emak dan abah tidak habis makan udang jadi letak dalam bekas makanan. Emak cerita dia dapat 5, abah pula dapat 4. Saya punya sebenarnya dalam bekas plastik kuah. Saya punya ada 5 ekor tapi 3 ekor saya beri kucing. Apapun sebelum makan saya akan kopek udang dan buang bahagian urat belakang. Saya keluarkan separuh mi, 3 ekor udang, suku telur dan separuh kuah.

3 Ekor Dalam Bekas


Terkial-kial saya hendak habiskan. Kurang memenuhi citarasa saya sebab tidak pedas. Rasa manis dan masam. Masin memang tiada rasa. Emak tanya macam mana rasa. Saya cakap kena ambil masa untuk habiskan separuh. Seksa. Nasib baik bawa balik kalau makan kedai mungkin suruh tapau yang tidak habis.  Emak pun cakap tidak memenuhi citarasa. Rasa sos tomato yang dicairkan dengan air. 

Separuh yang belum makan simpan dalam peti sejuk. Mungkin makan esok.

Esoknya dapat idea dengan ubah rasa kuah. Saya letak biji cili (chili flakes) daripada peket Domino dan serbuk lada hitam, serbuk kari dalam peket Maggi mi segera. Pedas sangat pula. Haha tapi habis makan dengan cepat. Tiada rasa muak.

Ada lagi suku buat esok lagi untuk makan petang. Kurangkan biji cili, tidak letak serbuk lada hitam dan kurangkan kuantiti serbuk kari Maggi mi segera. Kali ini semua seimbang, tiada yang terlebih pedas. Habis juga. Alhamdulillah.

Sekarang sudah tahu rasa mee udang banjir K.S. bagaimana. Rasanya tidak akan cuba lagi.

Wednesday, February 9, 2022

02022020

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nombor yang cantik. Sebiru laut buku yang saya terima semalam hasil menangkap nombor 79,000 daripada blog salinasafea.blogspot.com. Rupanya ada hasil nukilan puisi daripada si pemberi.

Buku Antologi Puisi Magisnya 02022020


Menarik buku ini. Saya terus hayati puisi Magisnya 02022020. Mengapa  dipilih 02022020? Diterbalik baca dari kanan ke kiri masih sama nombornya.

Himpunan penulis-penulis dalam bidang pendidikan. Coretan berkaitan tarikh 02022020. Ada kisah suka seperti tarikh perkahwinan, tarikh graduasi, ulangtahun kelahiran, perkahwinan, mengembara.
Ada kisah duka seperti kematian, kisah tentang Covid-19, masalah peperangan.
Ada juga kisah sejagat, mencari ibrah setiap peristiwa, membuat pencarian jiwa.
Tema sangat pelbagai. Puisinya mudah difahami. Saya tiada masalah membaca dari saat terima buku, beriadah dan pagi tadi khatam membaca.

Ketika membaca saya dapati ada nama yang saya kenal iaitu rakan sekelas sekolah menengah. Tidak lupa Syazni, pemilik blog www.syaznirahim.com.

Ada dua puisi yang saya suka. Pertama bertajuk "02.02.2020: Serupa Tapi Tak Sama". Tertarik dengan perspektif penulis.

Rangkap 2 dan 3:

Lihat sepasang sepatumu, daripada
falsafah palindromnya sama
hakikat dan fungsinya berbeza
namun gandingan kiri dan kanannya jadi bermakna.

Lihat pula perlakuanmu, Malaikat
Atid mencatat keburukan di kiri
Malaikat Raqib mencatat kebaikan 
di kantan
tak mungkin kiri dan kantan sama!
Kelihatan serupa tapi tak sama.

Kedua puisi bertajuk "Sebuah Rumah Yang Tak Bergelar Syurga"
Ada perkataan kosong dan dua dalam setiap rangkap.

Rangkap 1

Semalam aku menangis
melihat kosong dan sepinya dunia
seorang tua berbaring lesu dengan
dua tangan kurus
cuba menggapai makna kehidupan
bersama puing-puing lantai yang
reput dan usang.

Anda ingat apa anda buat atau masakan pada 02022020?