Nuffnang

Tuesday, January 9, 2024

Happy Birthday To Me

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

45 and still alive. Alhamdulillah.

Terkejut tengok pada profil diri di Google ada belon-belon Google (warna kuning, hijau, biru dan merah) berterbangan. Rupanya Google ucap selamat hari lahir.

Bawah ini tangkap layar belon-belon bergerak pada profil di kanan atas











Sudah potong kek awal masa jamuan Sabtu. Haha tidak ambil gambar kek. Kek coklat dari Harrold's. Mewah rasa coklatnya cuma manis sangat untuk saya yang lebih suka kemewahan rasa pahit daripada manis. Apapun jangan merungut. Makan sahaja. 

Monday, January 8, 2024

Ada Juga Rezeki

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat tengahari. Alhamdulillah tanpa disangka dapat parcel daripada Mrs. A sebabnya tidak tahu bila Mrs A hantar. Orang yang ambil parcel depan pagarpun tidak beritahu. Tertengok masa naik tangga ada parcel baru. Ingat orang lain punya. Tengok-tengok nama sendiri. Mula-mula terfikir siapalah penghantarnya sebab dapat bungkusan Siti Khadijah.

Bungkusan Siti Khadijah



Terus tidak sabar-sabar buka. Alhamdulillah dapat sejadah mini. Nama penuhnya Nyaman Quilted Mini Sejadah Black. Sejadah mini ada dalam satu beg berzip. 

Nyaman Quilted Mini Sejadah Black



Perasan ada satu lagi hadiah dalam beg berzip iaitu esen minyak wangi tanpa alkohol 2 ml. Terus rasmi pakai sembur pada baju.

Esen Minyak Wangi Tanpa Alkohol 2ml



Terima kasih kepada pemilik blog Mrs. A yang hadiahkan mini sejadah sebagai salah seorang tukang komen 2023. Terharu terpilih sebab kedudukan nombor 5. Mrs. A memilih 7 orang pemenang utama.

7 Tukang Komen Utama 2023




Nampaknya pembukaan 2024 sebagai terima hadiah untuk tahun lepas.

Korang boleh lawat blog mrsablogstori.com untuk berkenalan dengan empunya badan yang duduk Seremban. Ceritanya santai dan berkisarkan hal peribadi penulis. Senang untuk dibaca.