Nuffnang

Tuesday, August 8, 2023

Upah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selesai sarapan di Warung Sri Tualang, balik rumah. Barulah saya boleh tengok betul-betul ruang menonton tv bersepah drngan mainan dan buku-buku di lantai, di meja penuh. Saya lama tidak selia sebab selalu ikut emak ke hospital.

Jadi saya suruh anak buah Auliya dan Aafiya kemas. Aafiya itu merajuk tidak mahu buat. Auliya yang buat. Saya suka dia kemas sebab dia pandai atur dan teliti kemas. Tiba-tiba Ayaanapun menawarkan diri untuk kemas. Saya suruh dia sapu dan sedut habus guna penyedut hampagas. Haha sebenarnya Ayaana itu berminat sebab sebelum ini saya bagi upah pada Auliya gummy worms. Asal hendak bagi upah coklat tapi Auliya minta gummy worms. Mula-mula kabur juga rupanya bagaimana. Cari di kedai ada jumpa. 


Rak Buku Dan Permainan Setelah Dikemas
 
Kali ini Ayaana minta gummy pizza dan coca-cola. Auliya pula minta gummy worms dan coca-cola. 



Ruang Menonton TV Setelah Dikemas


Tidak mengapa, asal mereka kemas ikut piawai saya. Ajar mereka dan tunjuk mana kurang bersih/kemas. Harap rajin selepas ini walaupun tiada upah.

26 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

wahhh pandaii nya dorang
anak2 dara kena ajar mengemas kan

Azhafizah MN said...

Harap begitulah, rajin tanpa mengharapkan upah. Tapi sesekali bagi upah buat mereka happy.

Afzan said...

macam anakdara saya juga nak kena bersuruh,bila umi bising mula la dia muncung..belum pandai buat sendiri

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Haa.. sy tau gummy worm & gummy pizza tu. Baguslah, minta upah tak mahal tapi buat kerja betul².

Carneyz said...

Melentur buluh biar dari rebungnya. Bagus la dah dididik mengemas lepas main.

Laura Cantik said...

bak kata orang, praktis tu penting

Ujie Othman said...

Pandai NA beli jiwa 👍🏽
Takpelah kena bagi upah, nak jugak mereka belajar mengemas.

Syazni Rahim said...

Bagus pendekatan NA

Puan Hazel said...

Sedap² nama diorang :)
Mula² umpan dgn upah dulu takpe, lama² akan jadi kebiasaan tanpa disuruh/diupah...

Nur said...

Nanti, rajin budak-budak tu mengemas sebab dah biasa.
Saya pun tak tahu apa itu gummy worms. :D

Ezna Khalili said...

Bila dah selalu buat lama2 mereka tahu apa nak buat.

Indonesains.id said...

Jangan membiasakan diri memberi upah untuk anak berkemas... sebenarnya itu tidak baik.

nona sani said...

Memula bagi upah, lelama Ikhlas sendiri InshaAllah ❤️ Belajar mengemas, senang di kemudian hari

Shikin Razali said...

Alhamdulillah, walaupun diberi upah, tapi mereka tetap habiskan kerja yang diberikan.. Insha Allah, lama-lama mereka akan buat kerja tanpa disuruh.. Bagus anak-anak buah akak... Anyway, saya tagged nama akak untuk join giveaway... Jemputlah singgah dan join...

https://www.shikinrazali.com/2023/08/birthday-giveaway-farhanajafricom-2023.html

Sha Mohamed said...

Bagus mereka mahu buat kerja walaupun demi upah.. Awal-awal begitulah.. nanti lama-lama pasti rajin..

AzianKhalil said...

anak perempuan saya cukup rajin mengemas. Tapi yang lelaki, disuruhpun pandai mengelak.

nohas said...

suka tgk kanak2 mengemas..belum jumpa lg gummy worms, gummy pizza, gummy coca-cola..hihi..

Suria Amanda said...

Bagaus..kena biasakan diorang..nanti masuk asrama x susah kan..dah boleh buat semua..Dania dari sekolah rendah memang dia buat semua sendiri..ye la mama dia sibuk kerja..dia yang tinggal ngan atuk uwan...memang dia la yang kena buat semua

Amie said...

Macam-macam karenah anak-anak, tapi minta upah itu memang perkara biasa. Lama-lama pandailah mereka berkemas tanpa diberi upah.

Bola Katok said...

Melentur buluh biar lah dari rebungnya. Semoga membesar jadi anak-anak yang solehah.

Ammi said...

Ohhhh Auliya dan Aayana yg request gummy tu rupanya….gitulah bila baca post secara descending

mama tisya said...

bila dgr upah tu..bdk2 mmg auto rajin hehe

fanny_dcatqueen said...

Biasalah anak2, terkadang memang harus dibujuk dengan upah. Saya pun sesekali kasih upah ke anak2 kalo nak mereka bantu beres2 kan rumah. Dibiasakan pelan2, hingga mereka paham kalo rumah bersih pastinya lebih nyaman juga

mamapp said...

dari kecil dh kena latih biar diorg terbiasa

Fieza Sani said...

wah pandai kemas..sis suka budak2 yang pandai kemas ni..hrp lps ni dorang rajin juga kemas wpun tak ada ber upah..hehe..

dear anies said...

bila lagi kan NA nak ajar depa buat kerja-kerja mengemas rumah...tak pe...kali ni je upahnya. lps ni no more hahaha