Nuffnang

Saturday, June 1, 2024

Rehat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sebulan lebih tidak tulis. Rasa terumbang-ambing sedikit. Abah masuk hospital dari 26 April hingga 29 Mei. Lama kena tahan wad masuk antibiotik dan ubat. Abah demam panas menggigil. Rupanya ada jangkitan kuman, virus dan kulat.  Begitulah kalau daya imun rendah.

Emak pula masih belum dapat jalan 100%. Kena physio dan urut. Ambil masa juga. Teringat dahulu kaki terseliuh teruk pun lambat sembuh. Apalah lagi yang kena bedah macam Mak.

Saya akan rehat menulis buat sementara sehingga saya rasa gembira semula untuk menulis tapi sesekali saya akan menjengah blog penulis. Tq yang tinggalkan komen. Insya Allah akan dibalas lawatan semula cuma cepat atau lambat.

Ilal liqa'.

7 comments:

Syazni Rahim said...

semoga urusan NA dan kedua ibu bapa tersayang dipermudahkan. NA kuat!

Sharhanah said...

Waalaikumussalam. Semoga dimudahkan urusan.

adnil linda said...

Allahuakbar... Semoga semua urusan kak NA dipermudahkan dan semoga kedua orang tua kak NA diberikan kesihatan.. Aamin2

Ujie Othman said...

Patutlah lama NA tak menulis. Banyak hal keluarga perlu diutamakan. Lagi pulak memang hilang mood menulis bila fikiran terganggu.

Semoga Allah permudahkan urusan rawatan abah dan emak NA dan diberikan kesembuhan.
NA pun jaga diri sendiri juga tau, supaya kekal sihat untuk bantu abah dan emak.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tetap kuat ya dan ingatlah bahawa semua (dugaan) ini akan berlalu. Moga Allah berikan kesembuhan pada parents NA. Aamiin.

Puan Hazel said...

Semoga dipermudahkan segala urusan NA sekeluarga 🤲
Jaga ibu ayah yg semakin uzur/ sakit begitulah. Semoga NA kuat, sihat utk terus jaga mak abah 🌹

anamizu said...

Allahuakbar.. mmg hilang mood bila diuji kesihatan Mak,Ayah.. moga dipermudahkan segala urusan NA sekeluarga aminnn~