Nuffnang

Saturday, June 1, 2024

Rehat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sebulan lebih tidak tulis. Rasa terumbang-ambing sedikit. Abah masuk hospital dari 26 April hingga 29 Mei. Lama kena tahan wad masuk antibiotik dan ubat. Abah demam panas menggigil. Rupanya ada jangkitan kuman, virus dan kulat.  Begitulah kalau daya imun rendah.

Emak pula masih belum dapat jalan 100%. Kena physio dan urut. Ambil masa juga. Teringat dahulu kaki terseliuh teruk pun lambat sembuh. Apalah lagi yang kena bedah macam Mak.

Saya akan rehat menulis buat sementara sehingga saya rasa gembira semula untuk menulis tapi sesekali saya akan menjengah blog penulis. Tq yang tinggalkan komen. Insya Allah akan dibalas lawatan semula cuma cepat atau lambat.

Ilal liqa'.

17 comments:

Syazni Rahim said...

semoga urusan NA dan kedua ibu bapa tersayang dipermudahkan. NA kuat!

Sharhanah said...

Waalaikumussalam. Semoga dimudahkan urusan.

adnil linda said...

Allahuakbar... Semoga semua urusan kak NA dipermudahkan dan semoga kedua orang tua kak NA diberikan kesihatan.. Aamin2

Ujie Othman said...

Patutlah lama NA tak menulis. Banyak hal keluarga perlu diutamakan. Lagi pulak memang hilang mood menulis bila fikiran terganggu.

Semoga Allah permudahkan urusan rawatan abah dan emak NA dan diberikan kesembuhan.
NA pun jaga diri sendiri juga tau, supaya kekal sihat untuk bantu abah dan emak.

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Tetap kuat ya dan ingatlah bahawa semua (dugaan) ini akan berlalu. Moga Allah berikan kesembuhan pada parents NA. Aamiin.

Puan Hazel said...

Semoga dipermudahkan segala urusan NA sekeluarga 🤲
Jaga ibu ayah yg semakin uzur/ sakit begitulah. Semoga NA kuat, sihat utk terus jaga mak abah 🌹

anamizu said...

Allahuakbar.. mmg hilang mood bila diuji kesihatan Mak,Ayah.. moga dipermudahkan segala urusan NA sekeluarga aminnn~

Afzan said...

patut lama tak nampak NA...moga dipermudahkan semua urusan untuk NA&family

babYpose said...

Assalamualaikum sis, didoakan parents sis sihat dan sembuh segera Aameen. Berbanyak berehat Moga juga dipermudahkan urusan sis. Aameen

mama sara nur @ Cik Nor said...

semoga dipermudahkn urusan NA
berbakti pd kedua ibubapa Allahuakbar
bertuah sgt

mama sara nur @ Cik Nor said...

semoga dipermudahkn urusan NA
berbakti pd kedua ibubapa Allahuakbar
bertuah sgt

fanny_dcatqueen said...

Kak na, saya doakan yg terbaik utk kakak dan keluarga yaa 🤗🤗. Semoga ayah dan Mak diangkat sakitnya dan bisa kembali sehat. Kakak juga diberi kekuatan selalu dan kelapangan utk menjaga orangtua. 🙏

Nur said...

Semoga dipermudahkan urusan NA dalam menjaga kedua orang tua. Take care, NA. Semoga NA juga diberi kekuatan dan ketabahan.
Aminn.... hugss...

Bola Katok said...

Semoga urusan dipermudahkan. InsyaAllah jangan putus doa untuk kesembuhan mereka.

LadyBird said...

semoga Allah mudahkan semua urusan NA.. ameeennnnn

doa kami insyaAllah sentiasa mengiringi..

Time Traveller said...

Insyallah saya doakan moga semua urusan dipermudahkan Allah buat NA. Berbuat sehabis baik utk ibu bapa hanya syurga balasannya.. moga ayah ibu cepat sembuh.. amin

Carneyz said...

Semoga dipermudahkan urusan NA sekeluarga. Maaf dah lama tak jengok blog, baru tau pasal mak dan ayah NA tengah tak sihat. Takpe, blog tak kemana2 bila dah lapang dan ada mood nanti boleh sambung balik blogging.