Nuffnang

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Mari Bereksperimen - Versi Mengarut Chicken Chop Bake Saya



Assalamualaikum...

Selamat pagi. Hujan lebat ketika ini. Tadi tengok siri 'The Amazing Race Unfinished Business'. Persaingan memang sengit maklum semua ada bekas peserta 'The Amazing Race' sebelum ini. Harap-harap Margie dan Luke akan menang untuk siri ini.

Sebelum siri itu bermula, saya buat ala chicken chop. Cara mudah versi saya. Memandangkan untuk saya sahaja makan jadi ambil isi ayam seketul yang dibakar dalam ketuhar bersama kentang (tak buang kulit) yang dipotong kecil-kecil. Takde letak rempah atau penyalut pada ayam itu. Kentang tu saya letak mentega,oregano dan minyak masak je. Panas ketuhar 250 darjah Celcius selama 5 minit sebelum masuk ayam dan kentang yang dibakar kira-kira 20-25 minit (ayam dan kentang dicampur satu bekas loyang,jangan tindan, bakar sampai perang dan keemasan). Buat coleslaw dan kuah untuk isi ayam yang dibakar. Resipi kuah tu sama je macam buat kuah untuk kentang lenyek (ada saya buat tulisan pasal ni). Cuma kali ini saya tukar, selalu pakai air atau stok ayam, saya pakai susu segar untuk kuah. Makan bersama air nescafe panas ketika menonton drama 'The Good Old Days'

Saya dapat tahu Pesta Buku akan diadakan bulan April. Tak tahu turun KL ke tidak kerana April macam sibuk sedikit tolong adik. Harap-harap ada kesempatan nak pergi dan borong buku

Jumpa lagi.

P.S: Nak cuba buat aiskrim esok. Harap-harap jadi.

P.S.S: Selalu kalau saya teringin nak makan makanan Barat, saya akan cuba buat. Inspirasi daripada Michael Smith dari siri Chef At Home. Lepas tu olah resipi ikut selera dan bahan yang ada di rumah.

P.S.S: Ketuhar saya tak berapa panas, kadang kena tengok masak ke tidak, kalau tidak kena tambah masa sampai 5 minit atau kena naikkan suhu. Mula-mula buat 200 darjah Celcius lepas tu saya naik 250 darjah. Senang cerita, masak cara cuba dan silap (try and error)


Wednesday, March 9, 2011

Cili Api Oh Cili Api



Assalamualaikum....

Selamat petang. Beberapa hari sebelum ini, ketika masak mihun/kuew tiaw main letak bahan, saya perasan ada kekurangan rasa. Maknanya kurang mengancam untuk saya habiskan. Bila diamati, rupanya tiada rasa pedas 'meletup'. Perasanlah saya di peti sejuk tiada pun cili api dan agak lama saya tidak letak cili api dalam mihun/kuew tiaw mengarut sayakerana selalunya abah bawa balik cili api dari kebun tapi kali ini tiada. Jadi saya membuat nota mental (mental note) sejak beberapa hari lalu untuk beli kerana saya ingin berselera makan.

Untuk makluman, abah saya tidak makan makanan yang pedas terutama yang ada letak cili api. Jadi mak saya kenalah masak yang tiada cili api dalam masak lemak. Saya dan adik-adik (terutama saya) yang rasa terseksa selera kerana selalu merasakan makanan tidak mengancam. Jadi sebab itu saya kena masak sendiri makanan yang mengikut selera saya pada tengah-tengah malam kerana lapar. Yelah kalau masakan lemak yang sepatutnya ada cili api tapi mak ganti guna cili biasa memang tak berapa lalu makan. Saya makan untuk alas perut tapi masalahnya tengah-tengah malam saya lapar balik.

Hari ini emak masak lemak ikan bawal bersama pisang muda. Sedap kalaulah masak lemak itu masak lemak cili api tapi panggillah aje masak lemak biasa. Memandangkan saya nak makan banyak hari ini, maka hari ini saya telah rajin ke kedai runcit untuk beli cili api banyak-banyak.  Dah nekad mesti beli cili api sebab saya rasa tak puas makan. 

Maka berjalanlah saya menuju ke arah barisan kedai. Dari jauh nampak kedai yang saya nak pergi tutup. Aik tutup pula hari ini. Jadi saya pergi ke kedai lain. Kedai ni saya tak pernah nampak pun barang basah, waswas gak ada ke tidak. Saya mencari-cari di setiap rak tapi tiada. Mula rasa nak balik tapi tanya juga pembantu kedai tu. Sekali rupanya bahan-bahan basah disimpan dalam peti sejuk. Patut tak nampak. Tapi terdetik gak selalu barang-barang basah diletakkan di hadapan pintu masuk kedai supaya senang pelanggan nampak dan bukan dalam peti sejuk.

Gembira di hati, bila balik rumah salin baju rumah. Terus ke dapur membawa cili api. Beli sepeket yang harga RM2. Cakap di hati buat banyak-banyak supaya boleh boleh makan hari-hari. Maka mula-mula saya ke rak dapur,ambil belacan (belacan Melaka warna hitam). Saya ambil kuali kecil,tenggekkan di api dapur. Letak sedikit minyak dan apabila panas, masukkan sedikit belacan untuk menggoreng.

Dah agak luar hitam, angkat. Maka cili api, saya ambil dalam 10-15 biji buang tangkai dan basuh. Tumbuk dalam lesung satu-persatu. Tidak menggunakan pengisar. Hanya tumbuk sampai lumat. Keluarkan masuk belacan beserta sedikit minyak yang diguanakan menggoreng belacan untuk ditumbuk juga sampai lumat. Keluarkan masuk ke dalam bekas. Lebihan sambal belacan dalam lesung, saya perah 6 biji limau nipis ke dalamnya, sudukan keluar masuk ke dalam bekas. Ada lebihan sambal belacan lagi, saya buat bancuhan sedikit air asam jawa dalam cawan kemudian masuk ke dalam lesung tersebut untuk pastikan cili api tumbuk bersih dikeluarkan daripada lesung.
Kemudian saya rasa, peh cukup pedas gila. Saya campur sedikit gula. Maka selepas itu, saya basuh peralatan masak termasuk lesung. Lepas tu makan. Oh sedapnya sambil hidung berair. Seperti dijangka, saya berselera makan dan tambah nasi. Makan dengan sambal belacan membuatkan saya makan cepat seperti biasa. Haha berjaya misi makan tambah 2 kali. Selalu makan sekali saja itupun lambat nak habiskan.

Korang tidak payah risau pasal tambah berat kalau makan lebih daripada sekali kalau makan cili terutama makanan yang mengandungi cili api. Cili mengandungi Capsaicin. Cili yang kecil biasanya pedas. Capsaicin membantu peredaran darah yang kurang lancar. Cili yang pedas meningkatkan suhu badan untuk merangsang metabolisme. Ia juga mengurangi, mengatur dan mengeluarkan lendir dari paru-paru (agaknya itu sebab makan cili terutama yang pedas, hidung kita akan berair, eheks) Ia juga melindungi tubuh daripada penyakit barah. Biji cili juga elok dimakan juga kerana mencegah jangkitan pada sistem pencernaan.
Wah patut juga saya suka makan cili api kerana kebaikan yang ada. Lebih-lebih lagi ia meningkatkan metabolisme yang melancarkan peredaran darah. Saya rasa cili api bolehlah dikatakan untuk meningkatkan selera makan. Apapun kena tengok keupayaan korang juga, tahan makan cili api ke tidak. Rasanya kalau yang asyik masuk tandas untuk membuang tu maknanya banyak makan cili. :)

Ok, jumpa lagi. Tak sabar nak gunakan cili api pada tengah malam ini untuk masak kuewtiaw mengarut saya.



Wednesday, February 23, 2011

Air Sejuk Jus Buah-Buahan dan Masalah Malas Muat Naik Gambar



Assalamualaikum..

Bertemu kembali di blog ini. Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur.

Perasan kan, cuaca tengah hari sangat panas? Bila panas-panas begini, mulalah tekak ni rasa nak minum air sejuk jus buah-buahan.
Jadi minggu lepas bermula membuat jus buah-buahan. Adik perempuan saya yang membeli buah naga secara banyak di pasar malam (pasar di sini setiap Selasa). Mula-mula makan secara segar tapi tak sedap pula sebab tak menyejukkan badan dan tidak manis. Jadi saya buat jus. Senang je nak buat jus. Siapa yang tidak tahu mari saya bagitahu

Bahan-bahan

*Buah-buahan yang ingin dibuat jus
*Air batu (elok air batu bentuk lubang tu) tapi saya pakai air batu kiub
*Gula pasir
*Air masak

Cara membuat
Kisar dalam pengisar

Kalau ada yogurt kosong, lagi bagus boleh tambah. Lagi sedap. Selamat mencuba. Maaf gambar tidak dimuatnaik kerana 
1. malas
2. nak muatnaik kena buat dekat pc lain (pc ni tak kesan pemacu CD)
3. malas 

Haha tengok punya banyak alasan malas. Ingatkan ada kamera digital ni, rajin letak banyak-banyak gambar. Masalah saya ialah rajin ambil gambar tapi malas nak muat naik. Dah ambil banyak-banyak dan rasa seru nak sambung WAYAR antara kamera dan pc, barulah muatnaik. Jadi gambar tu lain kali bila saya dah muatnaik.

Minggu ini, saya buat jus buah mangga pula. Ikut selera adik yang beli buah di pasar malam. Saya tukang buat.

P.S: Mungkin patut beli telefon bimbit kamera yang bagus, mungkin saya lagi rajin muatnaik gambar. Ada cadangan telefon bimbit kamera yang murah dengan kualiti gambar bagus? Kamera digital saya memanglah bagus tapi saya rasa berat kesusahan dalam proses muatnaik gambar. Sila cadangkan,hehe

P.S.S : Telefon bimbit saya mempunyai kamera yang tidak mengancam.

P.S.S.S: Tiada cara mudah ke nak muatnaik gambar daripada kamera digital ke pc?

Tolong bagi penyelesaian.
Tambahan tulisan: Gambar dah ada. Klik di sini. Terkini 26/7/2011 dah ambil daripada kamera digital.


Jus Buah Naga



Thursday, January 13, 2011

Kek Keju Lemon




Assalamualaikum...

Saya nak kongsi resipi ini. Terima kasih Kak S. Bahan mudah dicari.

Bahan-bahan
250 gram keju Philadelphia (seketul) - biar dalam suhu bilik
1/2 biji jus lemon
200 ml krim putar (whipped cream)
3 biji telur
3 sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila
4-5 sudu makan gula

Cara buat
Campurkan semua, masukkan dalam loyang yang digris mentega (tebal 1 inco). Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. Uji dengan mencucuk lidi pada kek. Biarkan sejuk sebelum potong.

Wednesday, January 12, 2011

Resipi Kuah Untuk Kentang Lenyek



Assalamualaikum...

Ahad lepas lewat-lewat awal pagi, saya kelaparan yang teramat. Jadi saya buat kentang lenyek. Selalunya saya buat kentang lenyek tanpa kuah kan jadi kali ini macam dapat idea (suka mereka-mereka). Ok sapa-sapa nak resepi mengarut saya (tapi sedap woo) dipersilakan cuba. Senang je,boleh ubahsuai,tambah dan kurang bahan.

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
1 sudu besar tepung gandum
Minyak/mentega untuk menumis
1 cawan air bersama 1 kiub stok ayam (dilarutkan)
2-3 biji cendawan butang atau cendawan shitake (ikut suka berapa banyak)
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
1 biji cili api yang ditumbuk lumat (untuk kepedasan yang maksimum, tak letak tak mengapa)
Garam secukup rasa
Sedikit kicap manis
Daun sup untuk hiasan

Cara-cara membuat:
1. Bawang dipotong kecil-kecil
2. Hidupkan api, dalam kuali letak minyak atau mentega. Dah panas, masukkan bawang,goreng sehingga garing. Kemudian masukkan tepung gandum, kecilkan api. Kacau sehingga tepung menjadi perang.
3. Setelah perang, masukkan air stok ayam,kacau perlahan-lahan. Masukkan cendawan, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam,cili api tumbuk, kicap dan garam. Kacau hingga pekat.
4.Tutup api. Curahkan kuah pada kentang lenyek dan hiris daun sup halus-halus untuk ditabur
.

Peringatan: Bagi mereka yang tak tahan pedas, jangan letak cili api. Nanti korang asyik membuang. Haha. Selamat mencuba.