Nuffnang

Showing posts with label TV Show. Show all posts
Showing posts with label TV Show. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Adakah Selamat Memberikan Permit Senjata Api Kepada Orang Awam?


Assalamualaikum…

Salam awal pagi Jumaat. Rasa nak menulis ketika ini kerana kelajuan internet yang memuaskan. Kalau siang nanti tak berapa laju kerana Y dan M pun akan gunakan internet pada laptop dan i-Pad masing-masing.

Saya nak buka topik penggunaan senjata api atau secara khususnya pistol oleh orang awam. Selamat ke? Adakah memberi kemudahan/keselamatan kepada orang yang memilikinya? Mula-mula rakan sekolah saya bertanya sebab dia tengok siri ‘Justified’ (maaf saya tak tengok siri ini) tapi awal tengah malam tadi saya tengok siri terbaru Law and Order: SUV pasal seorang mangsa rogol yang ditembak kejam. Sepatutnya dia kena bagi keterangan di mahkamah dan dia cam perogol terlibat. Perogol ni pula hantar orang takutkan dia. Orang yang dia hantar untuk takutkan perempuan ini yang berlebih-lebih bunuh perempuan tersebut. Pistol yang dia gunakan pula diberi oleh pegawai ATF (Bureau Of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives) – organisasi yang bertanggungjawab terhadap kesalahan penggunaan senjata api, letupan, penyeludupan alkohol dan tembakau. Ironi kan orang yang bertanggungjawab terhadap penyalahgunaan senjata api beri kepada yang tidak layak? Tiada siasatan terperinci, beri dengan mudah senjata api kerana orang yang membunuh perempuan tersebut merupakan pemberi maklumat kepada ATF dan dia minta senjata itu dengan alasan untuk perlindungan diri tetapi dia menyalahgunakan pistol tersebut.

Akhir sekali apabila Detektif Benson dan Stabler tangkap ketiga-tiga yang ada kaitan dengan pembunuhan perempuan tersebut: perogol, pembunuh dan pegawai ATF, anak perempuan kepada mangsa datang ke balai polis dan melihat ketiga-tiga tertuduh. Keluar untuk balik tapi masuk semula tiba-tiba menembak ketiga-tiga tertuduh yang ada dalam penjara sementara dan tembak seorang perempuan pemberi maklumat yang tidak bersalah. Detektif Stabler suruh budak perempuan ni letakkan pistol tapi ketika itu si pembunuh tu belum mati (cedera sahaja) membuat provokasi kepada budak perempuan tersebut dengan mengatakan “saya sepatutnya bunuh kamu dan emak kamu.” Budak tu apa lagi sangat marah nak teruskan tembak tapi Detektif Stabler terpaksa tembak budak perempuan ni dahulu. Budak tu dah terbaring dan Detektif Stabler terus meluru. Budak tu cakap “mudah dapat senjata api hanya di seberang jalan.” Bayangkan kekecohan berlaku dalam balai polis!

Siri ini membuatkan saya terfikir akibat senjata api dimiliki oleh orang yang salah. Penguatkuasaan undang-undang yang tidak telus. Kesimpulannya begitu mudah mendapat senjata api tanpa permit, sesiapa pun boleh guna senjata api. Keadilan tak dapat ditegakkan kerana manusia menghukum manusia lain dengan tidak mengikut sistem undang-undang yang ada.






Tuesday, July 19, 2011

Dalai Lama Di Dapur Masterchef Australia



Assalamualaikum...

Siapa peminat Masterchef Australia di kalangan pembaca blog saya? Angkat tangan. Hehe. Akhirnya saya dapat kejar ikuti siri terkini iaitu episod 67 siri ke-3. Temanya ialah makanan 'vegetarian' dan tetamu istimewa ialah Dalai Lama.

Apabila tengok hidangan yang disediakan peserta, semua nampak sedap dan lazat. Siapa kata makanan 'vegetarian' tak menyelerakan?

Hayden- Mi Jepun Berkuah Dengan Cendawan Shitake
Alana- Makanan Timur Tengah Tajin Dengan Roti
Dani- Kari Sri Lanka Dengan Roti
Billy- Ladu Berintikan Cendawan Dan Daun Ketumbar
Michael- Tortellini Keju Kambing Bersama Krim Ubi Ungu Dan Sup Borscht
Kate-Puding Kelapa Bersama Manggis Dan Pekatan Kuah Ketumbar
Allie- Gnocci (hidangan tak jadi, hidang gnocci yang terlebih tepung)

Ok layan skrin dicetak daripada pc saya siri ini. Kredit pada penerbitan Ten. Kalau nak tonton boleh buka tehcake.com. Hidangan Dani memikat hati juri dan disukai serta semestinya dimenangi oleh Dani yang bersaing hebat dengan Michael.

Dalai Lama Melawat Peserta Masterchef Yang Bertungkus-Lumus Menyediakan Hidangan Vegetarian Di Dapur


Peserta-Peserta Masuk Mengadap Membawa Hidangan Masing-Masing Diketuai Kylie Kwong Yang Mengawasi Peserta Di Dapur


Hidangan Yang Disediakan Oleh  Hayden -Japanase Noodle Consomme With Shiitake Mushrooms

Hidangan Yang Disediakan Oleh Alana- Middle Eastern Feast With Flat Bread

Hidangan Yang Disediakan Oleh  Dani- Sri Lankan Vegetarian Curry With Roti



Hidangan Yang Disediakan Oleh Billy- Buddha's Delight With Mushroom & Coriander Dumplings



Hidangan Yang Disediakan Oleh Michael- Goats Cheese Tortellini With Beetroot  Cream And Borscht Soup


Hidangan Yang Disediakan Oleh Kate- Steamed Coconut Pudding With Mangosteen & Coriander Anglaise

Wednesday, July 13, 2011

Siapa Suka Minum Nescafe? Jangan Dibuang Sebarang Paket Kalau Berminat Memasuki Peraduan Nescafe Rumah Idaman



Assalamualaikum...

Siapa suka minum nescafe? Sama ada 3-1 atau serbuk. Saya memang kuat minum nescafe. 

Tadi tengok siri Police Cadet 84 ala ada si Maggie Cheung dengan Carina Lau di ntv7 2:30 petang Isnin - Jumaat. Apa kaitan siri tv dengan nescafe ni, Wina? Ada waktu iklan, baru pertama kali (lambat betul) saya terperasan ada peraduan Nescafe. Peraduan ni bermula sejak 13 Jun. Jangan risau habis lambat sampai 31 Ogos sempena hari kebangsaan. Kiranya sampai raya pertama la eh. Hihi. Sebelum ni Y memang ada bagitahu tapi masa tu saya semak peraduan dalam bentuk sms. Saya tak minat jadi tak sertai . Tapi pelik tiba-tiba dah bertukar peraduan yang hantar melalui pos. Jadi sesiapa yang 'old-fashioned' suka hantar surat cinta melalui pos, bolehlah sertai. Hadiah-hadiah pun menarik. Setiap hari ada 1 hadiah untuk seorang pemenang. Tak ke besar peluang nak menang kalau ada 77 hadiah untuk sepanjang peraduan. Hehe minggu ini saya semak hadiah kamera video Sony NEX-3K. Menang ni bolehlah korang rajin ambil gambar/video dan tampal banyak-banyak kat blog korang. Hehe.

Ok teruskan cerita pertama korang buka laman sesawang seperti di bawah.


http://www.nescafe.com.my/peraduan_nescafe_rumah_idaman#

Lepas tu korang kena muat turun borang (jimat betul penganjur ni suruh kita muat turun borang) Lepas tu baca syarat penyertaan. Klik pada anak panah saya tunjukkan seperti gambar di bawah.

Klik pada butang muat turun borang dan syarat penyertaan. Klik gambar ini untuk lihat lebih jelas

Ini contoh borang yang telah dimuat turun seperti gambarajah di bawah. Soalan memang soalan kacang tanah. Siapa reti membaca mesti tahu menjawab.

Borang peraduan


Lupa ada hadiah UTAMA: Rumah. Huhu tak payah pening pasal Skim Rumah Pertamaku yang ini memang hadiah yang tidak boleh dilepaskan. Rumah harga RM638 888. Lumayan.

Jangan risau tiada slogan macam Peraduan Mudah Menang Harian Metro ni. Sistem nombor purata penyertaan hari ini. Katakan hari ini ada 301 penyertaan. Jadi yang kena nombor siri nombor bulat 150. Jadi apabila kita hantar tu bila mereka terima, mereka letakkan nombor siri. 

Jadi jangan buang paket bukti pembelian Nescafe. Uwaa saya baru je minggu lepas buang paket Nescafe 100g isian semula tu. 2 penyertaan tahu tak. Ada tu lagi la sebelum-sebelum peristiwa tersebut buang lagi paket. Saya ni peminum tegar Nescafe. Kerap juga beli. Berapa penyertaan rugi sejak Jun ni. Tengok contoh jadual seperti di bawah.

Bukti pembelian dan jumlah nombor siri


Ok sesiapa macam saya yang rajin minum dan beli Nescafe serta pentingnya simpan paket Nescafe kasi saya eh silalah masuk. Tak rugi. 

Itu sahaja nak kongsi. Korang nak jawapan ke? Hehe kalau nak jawapan tinggalkan komen dekat ruang komen bawah tulisan ini, jangan tanya merata-merata. Tanya pada kotak jerit pun tak boleh. Kalau ada tinggalkan komen baru saya tulis jawapan tersebut. Jumpa lagi. 


P.S: Saya tak dapat komisyen atau apa-apa pun promosi peraduan ini daripada pihak penganjur. Hanya menghebahkan kepada yang berminat untuk sertai. Satu jer saya dapat kongsi maklumat ini....jeng-jeng dapat pahala daripada Allah. Lebih berharga.



Friday, July 8, 2011

Perbandingan Musim Ke-2 Dan Ke-3 Masterchef Australia...Makin Menarik Musim Ini


Assalamualaikum…

Selamat tengah hari Jumaat yang diberkati Allah. Baru lepas masak sayur campur. Haha punyalah jakun nak bagitahu orang masak apa.

Apapun nak cerita Masterchef Australia musim ke-3. Bagi peminat siri ini, siri terkini yang sedang ditayangkan di Australia tu makin menarik daripada segi peserta, cabaran dan cef yang terlibat.

Peserta semakin hebat kerana dah boleh menang imuniti dengan mudah. Kalau musim ke-2 tu cuma Marionsahaja yang menang imuniti tapi kalau musim ke-3, buat masa ini Hayden dan Dani dah menang imuniti. Tapi mungkin juga sebab cara cabaran itu dah berubah. Bagi saya lagi adil kerana peserta dan cef yang bertarung tu akan masak masakan yang belum kedua-dua buat contoh ada dia jemput chef pastri lawan Hayden untuk imuniti tapi bukan buat kek/pastri tapi kena masak masakan biasa di mana cef pastri tu pun kecut perut sebab dia tak mahir. Adil la kan. Takkan pula lawan buat pastri di mana dah jadi kemahiran cef tersebut. Mesti susah nak menang peserta kalau begitu. Makin menarik betul episod-episod musim ke-3 ini.

Cabaran pun jangan cakap makin pelbagai yang menguji peserta. Ada macam talian komunikasi. Korang ingat tak ada permainan di mana peserta pertama diberi kertas dan kena ingat lepas itu kena bagitahu peserta kedua dan ditambah ayat baru. Lepas itu peserta kedua sampaikan ayat dan tambah satu ayat baru kepada peserta ketiga. Ha begitulah dalam salah satu cabaran bezanya peserta pertama akan mendapat 6 resipi dan kemudian buatlah apa yang patut macam sukat/sedia bahan awal-awal sebelum diserahkan kepada peserta kedua hingga seterusnya. Haha lawak pada ketika itu ada yang mengubah resipi atau membuat kek cawan yang baru kerana kek hangus, tiada orang bagitahu masa untuk keluarkan daripada ketuhar.

Paling menarik, jeng-jeng. Cef yang terlibat dalam siri ini. Cef Wan pun ada waktu Masterclass. Haha. Popular betul. Sayang saya tak dapat tengok siri itu tapi saya nak tengok balik kalau ada kesempatan. Lagi tukang masak seperti Nigella Lawson (saya tak minat dia ni), Anthony Bourdain dan cef yang garang, Hell's Kitchen.Cuba teka siapa? Salah bukan Gordon Ramsey tapi Marco Pierre! Serius betul dia ni. Faham-faham jerla mentor cef yang datang semua peramah dan ceria tapi si Pierre ni masam jer muka (sebab tu saya suka tengok Masterchef Australia, cef-cef mereka ni baik hati, tiada marah-marah). Dani yang ceria tu pun macam tekanan jer dengan Pierre ni. Faham-faham jerla cara kerja macam Hell's Kitchen.

Haha ada yang teruja nak tengok ke sebab belum masuk siaran ke Malaysia lagi. Boleh tengok secara terus daripada internet. Nak tahu di mana, klik sini.

Itu sahaja maklumat saya nak kongsi pada peminat siri Masterchef Australia. Harap bermanfaat. Jumpa lagi.
P.S: Bagi mereka yang nak tahu siapa pemenang musim ke-2 Masterchef....pemenangnya ialah.....Adam.


Thursday, June 30, 2011

Tulisan Hening Pagi Dan Ulasan Siri Permainan Wipeout




Assalamualaikum...
Heningnya pagi ini. Mengambil kesempatan untuk menulis tulisan ini di bawah kolong angin. Maka berpuputlah angin berhembus lembut.
Tak dapat tidur pula. Sakit kepala tapi dah ok sedikit. Tadi tengok siri terbaru Wipeout. Siri ke-4 episod 18. Tersekat pula penurunan aliran video untuk tengok. Lawak siri ni. Tengok peserta-peserta ditendang, dilantun. Haha. Mula-mula tu tak berminat nak tengok sebab selalu tengok separuh-separuh. Apabila dapat menonton dari mula hingga akhir tu memang terbahak-bahak. Alatan untuk menghumban peserta memang pelbagai dan tak sama untuk setiap siri dan kadang-kadang setiap episod pun alatan yang digunakan berbeza. Penting ada bola melantun tu. 
Selain faktor peserta yang memang jenis sanggup dimalukan, pengacara/pengomen pun seronok. 2 orang John: John Henson dan John Anderson. Selalu yang buat lawak ialah John Henson. Memang ada tema setiap minggu dan untuk kita memudahkan ingat para peserta diberi gelaran. Pengacara di luar ialah Jill Wagner yang akan tanya peserta-peserta untuk tahu karakter mereka.
Ada 3 pusingan. Awal pusingan ada 24 peserta yang akan disaring masa terbaik menjadi 12. Kemudian 12 menjadi 6 dan pusingan akhir 3 orang berentap untuk merebut USD$50 000 dengan mencatatkan masa terpantas. Memang susah, kena ada koordinasi, masa yang tepat untuk lompat kerana alatan bergerak, air mengalir. Hehe susah nak terang kena tengok.
Ok itu aje. Jumpa lagi. 
P.S: Tak sangka ini tulisan yang ke-200 diterbitkan. John Henson memang lawak.















Monday, June 27, 2011

Laman Untuk Menonton Siri Terkini Terus Daripada Internet

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Hiyahhh perasaan saya gembira mungkin sebab PMS dah tamat dan sambungan internet pun ok pula hari ini. Kiranya hari ini hari menggembirakan kerana semua berjalan lancar. Malah dapat tengok siri Masterchef siri ke-3, 2-3 episod tanpa semput. Kalau tak sebelum ni, pengaliran data tu mesti tersekat dan kena ulang semula. Kali ini sampai 3 tingkap saya buka untuk sama-sama buka data untuk 3 episod.

Banyak pula siri terbaru maka ada kena tunggu dulu alirkan data siri lain. Macam sekarang alirkan data video siri 3 Masterchef episod 4 dan 5 serta siri 3 Drop Dead Diva episod 2. Kena tunggu kemudian untuk alirkan video siri 4 episod 1 Leverage. Hehe macam teruja sangat. Apapun sentiasa beringat diri ini agar jangan asyik menonton siri di internet sampai melambatkan solat.

Peringatan untuk diri SUPAYA jangan leka sangat. Mungkin sebab sebelum ni dan minggu lepas yang seksa sangat nak tengok waima 1 siri dengan sempurna kerana internet yang semput maka teruja tu lebih untuk hari ini.

Eh lupa, nak kongsi kepada mereka yang gemar menonton siri terkini tanpa perlu menunggu siaran di kaca televisyen iaitu saya menonton di tempat baru tau. Bukan lagi di tvblinkx seperti sebelum ini tetapi di tehcake. Aha mengapa berubah angin? Pertamanya kalau di tvblinkx ada sekatan tempoh masa nak menonton. Biasanya 72 minit atau 75 minit pertama. Lepas tu awak kena tunggu tak silap 45 minit untuk tengok semula. Renyah pula. Lagi kalau awak dapat internet semput lagi rasa nak marah je apabila sampai had masa. Di tehcake.com tiada pula. Manakala sebab kedua ialah megavideo kena sekat jadi memang di tvblinkx ni kebanyakannya daripada jenis tu maka tak dapat tengok.

Ok selamat menonton semua. Ingat menonton pun kewajipan yang hak jangan dilengahkan apalagi diabaikan. Jumpa lagi. 

P.S: Apsal hari ini ramai cari Yigit Pura eh?


Friday, June 24, 2011

Membuat Pai Epal Yang Nyum-Nyum



Assalamualaikum...

Awal pagi semalam lepas tengok 'I Have A Date With Spring', lepas tu tertengok pula rancangan masakan Rachel: Bake. Apabila tengok si Rachel melawat rumah David & David warga US buat pai epal, saya macam terliur pula. Lepas tu cari resipi di google. Rupanya senang je bahan yang diperlukan dan cara membuat. Wah-wah saya berazam mahu buat pai epal daripada membeli, baik buat. Puas hati. Tiada keraguan halal atau haram benda makanan yang kita beli.

Maka misi untuk membeli epal hijau, serbuk kayu manis, lemon dan mentega akan dilaksanakan tidak lama lagi. Mungkin esok? Lain-lain bahan dah ada di dapur. Alhamdulillah. Moga berjaya nak buat pai ni. Puas buat nota mental, ingat-ingat cara membuatnya. Di samping itu berangan nak ubah-ubah, tambah, kurang atau tiadakan apa yang saya rasa nak letak. Kuikui.

Kalau ikutkan kita ni rajin membeli, malas membuat. Maka eloklah cuba membuat kalau tidak rumit, ya tak? Macam ni boleh jimatkan duit daripada membeli sepotong pai baiklah buat maka dapatlah sebiji pai! Kalau dah buat, rasa kurang menyengat maka tidak harus berputus asa untuk mencuba lagi memperbaiki ataupun cari resipi lain atau paling tidak tanya pada orang berpengalaman. Cuba dan buat silap serta kemudiannya memperbaiki supaya sedap.

Tak sabar nak mencuba. Yeah hari tu buat mayonis dah jadi. Senang gila. Lepas ni boleh buat salad letak mayonis pula. Haha *gelak gembira sangat*

Eh jumpa lagi. Harap anda membuat aktiviti yang meningkatkan produktiviti.  :) Untuk resepi lengkap boleh klik ini


Sunday, June 19, 2011

Iron Chef Masuk Dapur Masterchef Australia



(Tulisan banyak gambar) 

Assalamualaikum...

Selamat hari bapa. Siapakah Iron Chef yang menjadi juri bagi tema krustasia (crustacean) bagi siri ke-2 episod 78? Jeng-jeng...


^^


^^


^^

Mengadili Masakan Kumpulan Biru Dan Merah

 

Chef Sakai. Bagi peminat siri Iron Chef mesti kenal Chef Sakai kan? Pakar masakan Perancis dan menjadi calon kegemaran lawan untuk mereka menguji kreativiti dalam masakan.

Kumpulan biru terdiri daripada Adam, Callum dan Claire

Dari Kiri: Claire, Adam Dan Callum
Masakan Pertama: Ketam Lumpur Stail Asian Dengan Lempeng

Masakan Kedua: Udang Menyalut Telur Dengan Sambal Cili Bersantan

Selalu telur yang menyalut udang kan? Ini udang ditumbuk halus dengan lesung batu menyalut telur tersebut. Unik.

Masakan Ketiga: Ladu Udang Galah Dengan Air Rebusan Sake Dan Soya

Ketiga-tiga masakan di atas adalah daripada kumpulan biru.

Kumpulan merah pula terdiri daripada Jimmy, Alvin dan Courtney.

Dari Kiri: Jimmy, Alvin Dan Courtney

Masakan yang kumpulan merah hidangkan pula ialah:

Masakan pertama: Ladu Jernih Udang Dengan Air Rebusan Krustasia


Masakan Kedua: Konji Udang
Masakan Ketiga: Udang Galah Kukus Dengan Halia Dan Bawang Merah

Masakan terakhir yang temanya mereka buat secara bankuet ialah:

Masakan Terakhir: Ketam Lumpur Bersambal

Kalau tengok masakan yang dipersembahkan kedua-dua kumpulan, mana yang korang agak menang? 

Kumpulan yang menang ialah kumpulan merah. Tengok makanan kumpulan merah pun meriah dan banyak berbanding makanan kumpulan biru yang lebih kepada makanan orang sopan-santun. Hehe.

Kredit kepada penerbitan ten Australia dan saya cetak skrin daripada siri ini semasa menonton.

Jumpa lagi.

Sunday, June 12, 2011

Hadiah Lesung Batu Daripada Jamie Oliver. Suka Tak?



Assalamualaikum...

Ok seperti tajuk di atas, kalau Jamie Oliver menghadiahkan anda dengan lesung batu yang pernah dia gunakan untuk menumbuk bahan-bahan masakan anda suka tak? Mesti suka dan terharu kan terima pemberian tersebut. Kecuali kalau anda tidak suka memasak ataupun seorang yang tidak suka pada Jamie Oliver. Haha.

Itulah hadiah yang diterima oleh Callum dan Jonathan dalam siri 2 episod 54 Masterchef Australia. Sesi belajar masak secara peribadi dengan Oliver dan akhir sesi Oliver bermurah hati menghadiahkan lesung batu kepada mereka. Oh! Ya, Callum menang cabaran minum teh ala English (mereka di London) yang pencuci mulut atau manisan semua kenit-kenit macam makaron. Aha Callum buat makaron ungu dengan inti krim mentega dan rasberi. Sangat comel ok. Kalau nak tahu, gambar seperti di bawah, saya cari di google.

Violet Macaroons With Raspberries And Butter Cream






Cetakan skrin pada pc saya: makaron dalam dulang 3 tingkat


Cetakan skrin juga: Demo masakan



Cetakan skrin: Lesung batu pada tangan masing-masing. Hehe

Comel kan? Mula-mula dia buat kepingan makaron tu tak jadi, kena buat kali kedua baru jadi kepingan tersebut. Callum menang cabaran ini maka dia memilih Jonathan yang juga peserta yang dipilih antara 3 pastri terbaik.

Ok bertukar kepada cerita lain. Hari ini tiada jemputan kenduri kahwin maka bersenang-lenang di rumah merehatkan perut. Haha semalam makan 3 kali untuk makan tengah hari sahaja sebab 3 kenduri kahwin dihadiri. Rasa kembung perut.

Lagi satu perkara ialah artikel mengenai Gold Coast Morib ada disiarkan di Utusan Malaysia semalam.  Boleh klik di sini bagi sesiapa yang berminat untuk pergi ke sana.

Akhir sekali, sebelum tulis tulisan ini, pergi dapur ambil coklat yang mak buat berbentuk buah strawberi. Ada 3 elemen/perasa dalam buah strawberi itu iaitu strawberi (merah jambu), coklat dan hijau (pandan). Mak tanya pendapat saya tentang rasa. Saya cakap sedap sebab ada manis, masam dan wangi. Mak tambah rasa tak seimbang lagi. Aha rasa masam pada strawberi kurang jadi lain kali buat akan lebihkan untuk tambah coklat perasa strawberi. Saya cakap memang sedap kalau satu makanan itu ada manis, masin, masam dan pahit. Hehe.Inilah pengaruh rancangan masakan yang selalu tekankan hal tekstur dan rasa mesti pelbagai. Sayang gambar tiada nak tunjuk coklat buah strawberi itu.

Eh lupa, Y sekeluarga termasuk Dak Bubut dah balik. Uhuks rindu nanti dekat budak itu. Nampak saya je, kaki menggeletek (Dak Bubut meniarap), suruh saya angkat dan dirikan dia.Suka benar Dak Bubut tu berdiri dan cuba berjalan.

Ok itu aje coretan hari ini. Jumpa lagi....

Thursday, June 9, 2011

Maafkan Saya Wahai Orang Di Sana


Assalamualaikum...

Ketika saya stim kentang tadi dan menonton 'I have date with a spring', terfikir pula saya tentang tulisan saya mengenai perbandingan Masterchef tu. Nampak seolah-olah tulisan saya memuji versi Australia lagi bagus daripada versi US. Saya hendak minta maaf kalau pembaca dari US tersinggung terutama bahagian memburukkan peserta dan bahagian keyakinan. Bagi saya bukan semua peserta buat begitu. Tulisan saya itu menggambarkan semua pula. Padahal BUKAN SEMUA.

Lagipun menyatakan keyakinan tentang masakan yang dibuat lebih baik daripada orang lain tidak salah. Orang selalu pandang keyakinan sebagai keangkuhan.  Memang ada garisan nipis yang kita kena hati-hati supaya tidak disalahtafsir.

Satu perkara kerana keyakinan, orang di sana lebih berani menyuarakan pendapat. Mungkin menyuarakan pendapat itu ada yang sebahagiannya nampak agak kasar. Apapun saya kagum. Betul tu. Masa saya di forum blogger ketika blogspot semput, memang saya nampak sebahagian besar pengguna dari orang sana ni dengan lantang bersuara. Mereka ni bersuara bukan sahaja marah kosong tapi marah berisi siap ada statistik, macam-macam fakta dekat forum tu marahkan pasukan google. Buat saya tabik. Kiranya kemarahan saya ketika itu, mereka inilah yang suarakan dengan tegas.Bagus wahai orang di sana.

Ok mari saya kasi sudut positif pada versi orang di sana. Oleh kerana SIKAP SUKA BERSAING menyebabkan mereka kuat untuk terima kritikan. Mereka lebih kebal. Standard lebih tinggi.

Hal budaya ni subjektif. Orang lain pandang mungkin menganggap kelemahan tetapi boleh juga menjadi kelebihan. Macam orang Malaysia yang kurang nak suarakan ketidakpuasan kalau sesuatu kurang elok contoh macam jalur lebar (broadband) itu. Saya nak tanya berapa ramai pergi buat aduan pada penyedia perkhidmatan atau terus berhenti pakai. Tak ramai kan? Paling teruk pun korang buat aduan kat blog (hehe selalu saya baca)

Sekali lagi saya minta maaf wahai orang di sana. Peace yeah

Jumpa lagi.


Wednesday, June 8, 2011

Perbandingan Masterchef Australia Dan Masterchef US


(Hari ini saya nak jadi pengkritik siri Masterchef,ehem)

Assalamualaikum...

Saya sekarang ni tengah asyik tengok Masterchef versi Australia dan US. Masterchef Australia mula-mula secara tidak sengaja tengok di siaran Star World. Lepas tu rasa seronok pula. Sayang pula episod awal-awal saya tak tengok. Kalau Masterchef Australia ni banyak episod, lebih kurang 84 episod, peserta pun ramai lebih 20 orang untuk bertanding tapi kalau Masterchef US cuma 12 ke 14 peserta aje dengan lebih kurang 10 episod.

Memandangkan lambat pula nak tengok di tv maka saya tengok secara terus daripada internet. Kalau Masterchef Australia, saya dah selesai tengok sampai siri 37 musim 2. Kalau versi US pula tengah ada musim terbaru musim 2 episod 2. Saya tak jumpa episod 1. Nanti kena cari.

Daripada segi penjurian, Masterchef versi Australia ni saya rasa kritikan mereka ni berhemah. Kritik puji dahulu baru menyatakan kelemahan. Cuma masa siri 37, masakan Aaron ni dipuji juri ke-2, tiba-tiba apabila Matt Preston pengkritik makanan merasa pasta Aaron, muka dia macam serius, kelat lepas tu cakap "disgusting" lepas tu dia angkat pinggan tu tinggi-tinggi lepas tu hempaskan ke lantai. Aaron dan peserta-peserta di belakang tu tercengang. Saya lagi la tercengang sebab tak sangka. Dah pengkritik-pengkritik sebelum tu puji. Sambung balik dia cakap "disgustingly good". Ceh hampeh je. Dia cakap sangat unik dan sedap sampai dia taknak Aaron kasi peserta-peserta lain merasa masakan Aaron. Tak logik betul alasan si Matt ni. Hentam ajelah labu. Tidak syak lagi Aaron menang "Invention Test". Manakala kalau juri US, kalau tak suka memang terus buang takde gimik kata suka. Hehe memang terus buang tak merasa. Ini dibuktikan ketika si Joe buang hidangan peserta bernama Slim terus dalam tong sampah tanpa merasa. Memang sah makanan tu teruk tidak layak dia mahu merasa. Sebelum tu Gordon Ramsey merasa makanan si Slim, tema "romance". Gordon cakap kalau awak masak makanan ni waktu kita berjanji temu, memang saya pergi tandas dan tak muncul-muncul (ini alihbahasa bukan dia cakap Bahasa Melayu pula). Haha lawak.

Elemen lain yang berbeza antara Masterchef Australia dan US ialah peserta. Peserta-peserta Masterchef Australia tak suka memburukkan peserta-peserta lain dan merendah diri. Peserta-peserta US pula, ehem faham jerla di sebaliknya ditambah ada yang mencarut apabila terjadi masakan tidak memenuhi kehendak mereka. Terlebih keyakinan peserta-peserta US ni. Apapun tak boleh salah mereka sebab budaya mereka meluahkan secara terbuka atau dengan kata lain kebebasan bersuara.

Akhir sekali, apa yang saya dapat lihat ialah siri Masterchef Australia ada kelas mengajar oleh juri-juri peserta. Maknanya kalau mereka baru harungi cabaran masakan antarabangsa. Lepas tu, siri kemudian juri tu ajar masakan antarabangsa di mana pemilihan resipi adalah berdasarkan kelemahan peserta membuat sesuatu masakan. Ini kira boleh menambah pengetahuan peserta. Takdelah asyik bertanding tanpa belajar untuk memperbaiki kelemahan. Manakala Masterchef US pula lebih kepada bersaing daripada mula sampai ke penentuan juara. Ini kalau nak belajar ketika cabaran jer tiada juri-juri tu nak ajar mereka ni masak secara nak buat demonstrasi masakan. Belajar sendiri (self-learning). Cara ini berisiko sebab kalau salah buat atau masakan paling teruk memang terus kena singkir. Peringkat bagi imuniti pun sekali jer dalam Masterchef US. Kalau dalam siri versi Australia tiap-tiap minggu. Apapun mencabar juga untuk mendapatkan imuniti sebab kena menang lawan chef yang profesional. Memang susah nak menang. Hehe.

Itu aje ulasan saya berdasarkan siri-siri yang saya dah tengok. Saya lagi suka tengok Masterchef Australia daripada Masterchef US punya. Harap-harap versi Malaysia yang akan diterbitkan tidak lama lagi, sirinya lebih bagus dan tambah elemen yang lebih menarik.

Jumpa lagi.


Sunday, June 5, 2011

Kenduri Kahwin Pada Waktu Malam Hujan Lebat Dan Makan Soto Tersedap



Assalamualaikum...

Lewat kami sampai ke rumah. Hampir pukul 12 tengah malam. Menghadiri kenduri kahwin di Senawang. Majlis bermula pukul 8 hingga 11 malam. Jarangkan pada masa kini orang buat kenduri kahwin waktu malam. Ikutkan tiada perancangan pun tapi Uwan yang mengajak emak, abah dan saya menemankan kerana lain-lain sibuk menghadiri majlis kahwin di tempat lain. Ini kira majlis kenduri kawan baik punya saudara-mara yang buat, keluarga Makcik Hanum jadi Uwan nak sangat menghadirinya.

Tempat memang meriah. Ingatkan tak ramai datang almaklum malam. Kami pun siap sesat-sesat cari vila Spanish (nama sungguh ekslusif). Memang tempat orang kaya, atas bukit, taraf kondo. Kesian Uwan semput mendaki sebab kereta tak boleh masuk dalam sebab penuh dah tempat letak kereta.

Makanan pun dah macam ala-ala hidangan hari raya dengan kambing panggang. Pertama kali hadiri kenduri kahwin yang ada kambing panggang (tak tahu orang lain mungkin tak hairan). Uwan saya tak jamah sangat makanan sibuk berborak dengan Makcik Hanum. Haha sedangkan saya makan nasi putih dengan lauk-lauk lepas tu makan kambing panggang. Dah habis, saya pergi lagi ambil tapi sebab malu, saya guna pinggan kosong yang bersih pergi dekat orang yang memotong daging tu macam baru pertama kali nak ambil. Buat muka cipan. Makan kek lobak dengan aising keju. Sedapnya. Lepas tu makan puf krim. Lepas tu ciluk Uwan punya puf krim sebab dia tak makan, dia leka melayan borak. Rasa macam lama duduk kat situ sebab hujan lebat gak. Agaknya sebab tu saya makan banyak. Cepat lapar. Minum teh tarik panas. Sangat nikmat.

Hantar Uwan balik rumah pukul 11 malam. Sebelum tu Cik Ya bermalam rumah Uwan bawa soto. Jadi kami tapau bawa ke Melaka. Sampai rumah pukul 12, saya makan lagi. Haha. Soto Cik Ya memang terbaik. Makan soto sambil tengok Desperate Housewives. Minum nescafe panas. Seronoknya, agaknya sebab sejuk dan kena hujan, makan dan minum yang panas-panas baru terasa perut penuh.

Haha sementara tunggu makanan dihadamkan, saya nak menonton Masterchef. Jumpa lagi.