Nuffnang

Saturday, December 12, 2020

Restoran Cambodia Sup

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Ahad lepas, kami pergi ke Restoran Cambodia Sup untuk bersarapan. Memang bercadang untuk mencuba semasa kami ke Warung Nasi Ayam Hailam Pak Husin. Memang tidak jauh antara restoran ini dengan warung tersebut. 

Tanda Nama Besar Terpampang Cambodia Sup



Restoran ini senang dilihat tepi jalan TMR 2, Taman Tanjong Minyak Ria. Perhati, insya Allah tidak akan terlepas.

Tanda Batu Taman Tanjong Minyak Ria



Ia menyediakan makanan dari Thailand, Vietnam dan Kemboja. Pelbagai makanan dan minuman disediakan dengan harga berpatutan. Antara hidangan menarik perhatian saya ialah popia Vietnam, nasi ayam daging salai, laksa Thailand, Ban Chew, kuew tiaw Champa, kopi Vietnam

Seleksi Menu (Bahagian Dalam)



Seleksi Menu (Bahagian Luar)


Saya memilih laksa Thailand. Rupa paras macam laksa lemak Melaka. Rasa pula macam laksam. Ia menggunakan bihun. Sedap kombinasi masin dan masam cuma tidak pedas ,menggunakan banyak sayuran dan ulam jadi banyak unsur rangup. Saya boleh katakan makanan sihat. Saya sahaja pilih makanan berat yang berkuah  untuk makan lewat tengahari.

Laksa Thailand



Bercadang untuk datang lagi untuk mencuba ban chew dan popia Vietnam. Tidak lupa kopinya juga.
Abah mencuba mi dan emak pula memilih nasi ayam daging salai. Ada 2 protein utama.

Sesiapa berminat bolehlah datang ke sini di Tanjong Minyak Melaka.

40 comments:

Nur said...

Wah, kat tempat saya, tak ada restoran camni. Makanan jepun adalah. Nampak sedap, laksanya. :)

Victoria said...

I think it's yummy! Thank you very much for your sharing)

Litah L said...

apa rasa laksa thailand tu? sedap ka?

Syaz Rahim said...

Nampak menarik pulak laksa thai tu

NA said...

Rasa macam laksam juga.

nohas said...

pernah sekali makan laksa Thai di Hatyai..sedap kan..

Cik TK said...

wah nampak menarik semua menu ni. Kat sini belum jumpa lagi kedai makan macam ni...

Maulana said...

Jadi pengin nyobain juga hehe

Eza boom boom said...

First time tengok Laksa Thailand. Menarik!

Kamsiah yusoff said...

ada la beberapa kali makan laka thai...sedap..tak pedas..

Aisya Ismail said...

Dekat dah dengan kampung ai kat Melaka tu. Btw ai baru follow blog ni. #310.

Cuya said...

hai,jemput join GA saya..

https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

TukangKebun said...

Wah banyak pilihan tu.

NARDtheNERD said...

menarik laksa thailand.. teringin nak try :)

Ana Jingga said...

menu-menu rare ni NA , menarik untuk di cuba kan :)

Shikin Razali said...

Wah, macam menarik pula tengok menu laksa Thailand tue..

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Memang sedap menu2 mereka. I kat sini terpaksa masak sendiri akibat asik ternampak member Cambodia up menu2 mereka di FB.

norhidana said...

mesti sedap tu kak oii.... laksa siam tu dah la kuah lemak mesti layan

Ujie Othman said...

Menarik ni Na, tak payah pegi Cambodia dah boleh merasa makanan sana.

Nina Mads said...

sedapnya tgk menu2 makanan kemboja.. daging dorang rasa lain.

terliur tgk bila teringat mkn di Siem Reap

mrhanafi said...

semoga terus sihat untuk menikmati makanan yang sedap-sedap

Martin Ruma said...

Lama tidak berkunjung di blog ini. Sekarang kembali berkunjung dan blognya sudah didesain lebih elok dari sebelumnya.

Oh ya apakah ada masakan Indonesia di resoran tersebut, misalnya masakan padang, rendang atau apa gitu hehee...

Senadainua ada siapa tahu suatu saat main ke Malasysa bisa mampir...

Atie Zieya said...

teringin nak makan masakan vietnam tapi dekat penang susah cari yg halal

NA said...

Oh di Cambodia Sup tiada masakan padang tapi saya ada pergi kedai Cibiuk yang menyediakan makanan Indonesia. Oh saya belum tulis lagi pasal restoran itu. Hehe.

Farrah MF said...

Saya ni suka makan semua jenis laksa. Tapi laksa thailand tak pernah cuba lagi. Menarik ni.

iena eliena said...

Nampak serdap laksa thailand tu..kalau ke Melaka nanti boleh la ke Tanjong Minyak :)

edahyukarim said...

First time dengar laksa Thailand ☺️

Azhafizah MN said...

Menarik betul ni kak wina. Ada banyak pilihan menu dari 3 negara Thailand, Vietnam dan Kemboja. Kena repeat boleh cuba menu yang lain.

Victoria said...

Thank you very much for your interesting article and lovely photos!

mamapp said...

Tak penah cuba lagi laksa thai.. mcm Mana la rasanya ye.. wupambodia pun baru first time dengr

shima jelani said...

Rindunya nk minum kopi vietnam :)

Abam Kie said...

laksa siam tu pun jrg2 jumpa di kelantan. saya n isteri buat sendiri bila mahu makan menu ini.

mama tisya said...

Pernh makan laksa thai.. Sedap

mrhanafi said...

mesti best kan..makan-makan begitu...alhamdullilah

izzaty sarafina said...

Im hungry nowww (*´ω`*)

sophea ◇ said...

wah bestnya makanan vietnam pun ada kan

Siti Yang Menaip said...

aaaaa festime tngk Laksa Thailand hehe.. mcm versi laksa kuah putih kita sikit..

Nor Azimah Ali said...

Banyak juga akk terlepas entri NA😁.
Nnt akk nak trylah buat kuah laksam makan dgn mihun. Mcm sedap je.

dear anies said...

wahhh org kemboja kat situ makin kaya nampaknya...dulu jual kain je skrg dah buka restoran ;-)

babYpose said...

Teringin laksam la pulak, belum pernah cuba laksa thailand.