Nuffnang

Saturday, December 5, 2020

Mr. Kerabu Mangga Wan Romeo Gedebak Gedebuk

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nama gerai agak menarik kan?
Pertama kali melihat ketika masuk kedai 'Nasi Ambeng Mama' pada hari Selasa tengahari. Tidak perlu diperkenalkan kedai 'Nasi Ambeng Mama', selalu bungkus bawa balik sebab nasi banyak. Memang akan dibahagi 2 untuk makan tengahari dan petang.

Seleksi Menu

  • Pecel lele hitam manis
  • Ayam penyet kerabu mangga
  • Daging sate goreng bermadu kasih sayang
  • Butter chicken setia menanti

Memandangkan hendak makan di kedai maka cuba makanan gerai ini. Saya mencuba ayam penyet kerabu mangga. Kacukan masakan Indonesia dan Thailand. Ini pendapat saya. Tertarik hendak merasa kombinasi kerabu mangga dan nasi bersama ayam penyet.

Ayam Penyet Kerabu Mangga



Ok sedap, ayam pun besar. Cuma guna sambal tumis. Saya lagi suka sambal penyet. Kombinasi dengan kerabu buat meriah rasa masam, manis sedikit, masin dan pedas. Ada sup disediakan tapi tidak pasti bersama hidangan saya atau untuk abah. 

Boleh cuba hidangan lain pula.

Seperti saya beritahu, gerai ini dalam kedai 'Nasi Ambeng Mama'. Popular di kalangan penuntut Utem. Bangunan kedai di Taman Tasik Utama berhampiran MITC.


39 comments:

Amie said...

Meriah betul dunia masakan. Kombinasi menu, kombinasi resepi mewujudkan menu baru untuk dicuba.

Syaz Eym said...

Sedapnya, nampaknya NA buat pilihan yang tepat pilih menu tu ��

Warisan Petani said...

Selamat menjamu selera.

Azhafizah MN said...

Sedapnya nasi ambeng kak. Portion nasi ambeng memang banyak boleh dua kali makan atau makan untuk 2orang. Unik betul nasi ayam penyet kerabu mangga. Betul, kalau saya pun lebih suka sambal ayam penyet daripada sambal tumis.

I am LZ said...

Saya suka nasi ayam penyet dengan sambal original dan ayam goreng garing.
Wow mables!

Atie Zieya said...

my mom suka gila makan kerabu manga

AzianKhalil said...

lama tak makan kerabu mangga sejak dah tebang pokok mangga depan rumah

Nur said...

Unik juga tu, ayam penyet ada kerabu mangga. Nama gerai pun menarik. Hehe..

Cik TK said...

Kerabu mangga sedapnya!!!! Unik dihidangkan sekali dengan ayam penyet.

Mrs. A said...

Amboiii! nama kedainya tersangatlah catchy hehehee

TukangKebun said...

Menarik kombinasi dia.
Kerabu mangga tu kegemaran.

anakdenesor said...

gedebak gedebuk yea..comei nya tajuk..wah macam macam gerai baru sekarang

Ana Jingga said...

amboi NA semuanya sedap2 tu mana pula nak cari kerabu mangga kat sini huhu :)

Puan Hazel said...

Panjangnya nama kedai :)

Norlaili A Wahab said...

Eh boleh pegi ni. dekat dengan rumah abang ipar dah :)

Farrah MF said...

Wah, baca menunya pun dah memancing selera!

Mell said...

Nasi ayam penyet.. fav saya jugak tu... kerabu mangga menarik perhatian la NA.. 🤤

Himawan Sant said...

Halo, kak Na.
Tak cuma nama warungnya yang menarik ..., tapi juga judul post ini gedebag gedebug juga menarik, bikin tersenyum.

Nama menunya juga unik -unik loh ..
Aku baru tahu kali ini ini ada lele hitam manis.
Kreatif memilih nama menunya!.

mrhanafi said...

mwnu yang pelik dan menarik juga pengaruhi mood mkan

Kamsiah yusoff said...

ayam penyet kerabu mangga tu..walaweiii..mengoda betul

Victoria said...

Thank you very much for your useful article!

Eza boom boom said...

Sedapnya rupa juadah tu. Portion pun banyak. Harga satu juadah tu berapa la eh? :)

Zhi said...

Nasi ayam penyet kerabu mangga ...Sedapnya.
(lapar pula)

Nina Mads said...

lama betul tak mkn nasi ambeng, makanan johor ni.
susah nk cari di utara. nanti ke melaka boleh singgah kedai ni

nampak sedap kombinasi mangga pulak. fav ni :)

Ujie Othman said...

Kemain panjang nama kedai. Nama menu pun..kemain..haha

Tuan punya ni mesti kreatif. Sampai ke menu pun dia buat gabungan.

Zul Muhammad said...

negeri mana?

NA said...

Melaka.

Luiz Gomes said...

Boa noite NA. A culinária de vocês desperta a vontade de provar de tudo.

NA said...

Bom dia (aqui de manhã) Luiz. Aqui estou eu na loja.
Thank you for visiting my blog.

norhidana said...

aduh sedapnya nasi ambeng... menarik jugak menu nya tu ada kerabu mangga lagi

adianiez AIDA said...

amboi nama2 makanannya :)
sungguh menarik perhatian.
aida da lama tak makan2 di area tasik utama tu, wina.
dulu masa ofis di ayer keroh, kerap juga.

mama sara nur said...

kreatif

Abam Kie said...

dah lama x makan ayam penyet. Jika sambal mangga tu biasanya abe kie tumbuk sendiri...

Shida Radzuan said...

sedapnya kerabu! Lama saya xmkn NA..tgk gambar NA terus terliur heheee

Litah L said...

sedapnya ayam penyet kerabu mangga.. di kk ni susah jumpa

Nina Mads said...

kerabu mangga jelah yg boleh buat sebab ada stok mangga. yg lain kempunan nk jumpa org jual lps pkp ni susah

mamapp said...

Tu dia namandia.. siap ada gedebak gedebak lagi tapi mmg nampaknsedap tu

Siti Yang Menaip said...

kerabu mangga buat penambah selera.. sedap =)

dear anies said...

kemain lagi namanya yaa hahahah