Nuffnang

Saturday, October 30, 2021

Cara Memohon Sijil Digital Vaksinasi Covid-19

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah seminggu lebih maklumat dos ke-2 tidak dikemaskini. Tekad. Jumaat 29 Oktober pukul 3:30 petang, saya membuat laporan di Helpdesk. Harap dapat diselesaikan. Insya Allah. Besar harapan sudah dapat ketika vaksin ke-2 sudah matang.

Selesai Hantar Permohonan



Sabar menunggu lagi. Saya akan cerita setiap langkah supaya mereka yang hadapi masalah ini boleh buat. Tunggu berjaya.

***********************************

Alhamdulillah, pukul 6:51 petang, 30 Oktober saya buka MySejahtera dos ke-2 saya sudah dikemaskini. Jadi lebih kurang 24 jam kena tunggu. Lompat bintang. Terima kasih pasukan Helpdesk MySejahtera.

Ok saya hendak kongsi bagi mereka yang ada masalah macam saya.

1. Pertama buka laman sesawang: 

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ ->Tekan Butang Mula

Helpdesk MySejahtera



2. Skrol ke bawah pilih huruf M iaitu Saya telah divaksin tetapi sijil digital tiada di halaman profil

Pilih Huruf M Dan Klik



3. Lepas itu isi butiran dan tekan butang Seterusnya. Isi lagi maklumat. Lepas itu pilih lagi dos pertama atau kedua. Lepas itu muatnaik gambar kad vaksin yang ada maklumat dos pertama atau kedua. Saya tunjuk kedua-duanya. Tandakan pada kotak saya bukan robot. Semak semua pastikan betul dan hantar.

ID ikut ID kita daftar. Pilih Salah Satu Nombor Telefon atau Alamat E-Mel



Tunggu. Insya Allah dalam lebih kurang 24 jam.

Ada kemusykilan boleh tinggalkan komen.

Daripada Kotak Masuk Emel Saya



P.S: 31 Oktober 10:24 pagi, baru masuk emel daripada MySejahtera suruh kemaskini/segarkan profil. Lewat juga beritahu tapi saya sudah segarkan muka surat profil selalu.-->> kena ada internet untuk 'refresh'.



25 comments:

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Alhamdulillah NA dah settle second dose akhirnya ye.

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..selesai satu masalah. Lambat pulak kan nak tunggu update sijil selepas matang tu. Kot orang lain ada masalah yang sama, boleh rujuk kat blog akak :)

Muhammad Naim Abdullah said...

Alhamduillah, segala urusan kena dua dos kan hehe

Tiara Sapphire said...

thanks for sharing :)

umifuzy said...

good sharing NA, so far MyS tu seems to work well..dan now kena fikir kena vaksin booster pulak kami yang jadi geng Sino..huhu

NA said...

Masalah saya sebab PPV yang patut saya dapat dos ke-2 tutup. Kena pergi tempat lain. Itu yang maklumat dos ke-2 tidak dikemaskini dan seterusnya tidak dapat sijil. Ingat tunggu sahaja tapi sudah hampir matang vaksin tidak nampak bayang sijil. Itu yang buat permohonan sijil.

NA said...

Masalah PPV dalam MySejahtera nyatakan tutup. Ambil tempat lain itu agaknya kena kemaskini secara manual.
Itulah harap dapat membantu. Google maklumat cerita banyak pula orang mengadu tapi tiada yang terangkan secara betul. Kena baca luahan satu-satu baru dapat sedikit-sedikit maklumat penyelesaian.

babYpose said...

Alhamdulillah dah selesai, ada rujukkan sini senang, terima kasih NA.

Rabiahtul adawiyah said...

Tq for share

SalbiahM said...

Alhamdulillah. Semoga entry ni dapat membantu mereka yang memerlukan

Ako Retna said...

Bagus sharing.. Coz ramai yg x dpt sijil digital ni kan walau dh setel dedua dos..

ازمير شهار ~ azmer said...

Info yang bagus. Ramai yang tak perasan mcmana nak buat. Termasuk saya haha

mama sara nur @ Cik Nor said...

alhamdulillah
ckk nur dah siap print masa nk blk kg masa bln 9 hari tu

Puan Hazel said...

Yeay, dah boleh lompat bintang haha...

ataicha said...

terima kasih NA kongsi pengalaman.. mungkin banyak yang alami masalah seperti NA.. dapat laa bantu diaorang serba sedikit..

Azian Elias said...

alhamdulilah.. settle.

mrhanafi said...

satu perkongsian yang menarik sekali

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

alhamdulillah

nohas said...

Alhamdulillah, dah selesai..

Mrs. A said...

Alhamdulillah settle satu masalah.

mamapp said...

Yeyy dah boleh merentas

Farrah MF said...

Alhamdulillah. Dah tak pening kepala...

Nurin Irsalina said...

nice sharing

mamapp said...

Good sharing na.. qa

Nina Mads said...

Alhamdulillah selesai masalah