Nuffnang

Thursday, February 3, 2022

Makan Malam Sebelum Tahun Baru Cina

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

31 Januari. Berbuka puasa sedikit roti coklat dan air. Selepas solat Maghrib terus ke D'Tasik Tomyam di Taman Tasik Utama. Untuk makluman penyewanya baru dapat masuk ke Malaysia bulan Disember 2021. Apabila PKP 1.0 bermula, dia ingatkan sekejap jadi balik ke Thailand. Rupanya sempadan tutup hampir 2 tahun. Alhamdulillah sekarang perniagaan bersambung kembali.

Papan Tanda D'Tasik Tomyam


Abah, emak dan adik sekeluarga makan nasi putih, tomyam dan lauk-pauk. Saya pula cuma nasi putih dan lauk paprik ayam. Saya tidak suka letak lauk banyak-banyak sangat sebab nanti rasa bercelaru. Ada ambil sleeping sotong goreng tepung. Ambil teh halia sebab perut kosong.

Nasi Paprik Ayam + Sotong Goreng Tepung + Teh Halia



Alhamdulillah kenyang habis. Semoga tuan punya kedai dimurahkan rezeki kerana belanja percuma setiap bulan. Ada juga suruh berbuka pada bulan Ramadhan nanti. Rasanya tidak dapat makan di kedai kerana kejar Maghrib dan tarawih. Apapun rezeki jangan ditolak. Mungkin lepas habis tarawih. Kedainya pun tidak jauh dari Masjid Al-Alami MITC. Insya Allah.

Ok jumpa lagi. Sibuk pula agenda berjalan dan kenduri ketika cuti Tahun Baru Cina.

17 comments:

Julia Johari said...

Sedap pula tengok lauk paprik tu.

Ako Retna said...

wah ingat makan busat CNY hehehe tp ok la ni pun kita makan busat untuk NA sekeluarga kan :)

SalbiahM said...

mesti sedap ni kerana tukang masaknya orang Thailand. kedai dekat dengan masjid senanglah jugak cuma itulah kan tak suka terkejar-kejar

norhidana said...

nampak sedap tu masakannya kak... dibelanja tu yang best tu

Azhafizah MN said...

Sedap dapat makan tomyam Thai. Sejak covid banyak kedai makan terkesan. Syukur bernyawa kembali kedainya. Dapatlah pelanggan tetap rasa makanan sedap sedap.

Syazni Rahim said...

yang penting kenyang, kan? :)

Wak Lat said...

tomyam siam mmg sedappp.. 😅😅

Ujie Othman said...

Wah..makan percuma.
Memang double sedap gitu..hehe

Curheart.Bedelia said...

sedap lauk2 semua tu. antara menu wajib kalau pergi restoran thai.

seronok pulak bila bulan ramadan disebut2 hehe. harap2 dapat solat terawih di surau juga tahun ni. beberapa hari pon jadilah

Abam Kie said...

abe kie jarang2 makan di luar. selesa makan di rumah bersama keluarga je.

mama sara nur @ Cik Nor said...

sedapppnya

Amie said...

Bestnya dibelanja makan...sedap berganda seiring dengan rasa syukur.

nohas said...

Alhamdulillah..dapat kembali berniaga semula..suka Thai foods..

nona sani said...

Alhamdulillahhh.. kenyang sudahhh..
ALHAMDULILLAHHH.. Penyewa tu dapat kembali ke sini.. Lama behtolss ek

mrhanafi said...

alhamdulilah...murah rezeki awak

babYpose said...

MashaAllah restoran kenduri setiap bulan. Alhamdulillah rezeki. Suka paprik jugak, sedap.

mamapp said...

Makan besar juga ke na hihii