بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Satu lagi hadiah saya terima lewat petang. Sama sebab jadi tukang komen terbanyak Julai-Disember 2021 iaitu Pembancuh Kopi PCM-1902 jenama Pensonic. Memang nampak dari luar.
Gelabah sebab tidak pernah guna langsung. Jadi tiada idea macam mana ia berfungsi. Kalau sebelum ini Fiza bagi alat pembakar roti memang tutup mata pun tahu cara gunakan. Masa itu pun macam sibuk sedikit. Lepas itu penat. Jadi buka dan baca manual terlebih dahulu. Tengok perkakas dan aksesori. Buat ikut langkah-langkah tapi tersekat pada langkah 2 sebab tidak dapat buka bekas isi kopi. Ketat sangat. Takut hendak tarik kuat-kuat nanti rosak atau tercabut. Haha rasa macam mencabar betul benda baru ini. Apapun beritahu Fiza barang sudah sampai dan kata belum cuba sama ada berfungsi atau tidak. Gigih tengok YouTube. Ada video sebiji model sama. Nasib baik tengok kalau saya main buat ikut manual, saya mungkin guna kopi halus.
Esok pagi sambung tapi lewat pagi kebetulan abah ajak keluar sarapan.
Lepas itu teliti baca manual rupanya sebelum buat kopi pun kena 'bersihkan' bekas air dengan air sejuk atau saya guna air penapis 2-3 kali. Air terhasil dalam teko kena buang. Kali ini berjaya buka bekas kopi sebab ada selak yang ketat. Itulah kena perhati betul-betul. Nasib baik tapi tidak buat kopi sebab sudah buat kopi awal-awal. Lagi pula was-was sebab tiada kopi yang diberitahu dalam video YouTube. Beritahu Fiza kena cari kopi khas ini. Haha nampak sangat jahil pasal mesin kopi. Nasib baik Fiza kata kopi kampung boleh. Oklah buat esok. Cukup pembelajaran tentang mesin kopi ini.
Ok barulah buat kopi.
Isi air ikut suka hati. Saya letak 6 cawan air yang sudah dirawat. Cukup 1 lebih mug kopi
2 sudu kopi Sekunak. Kopi yang bukan kisar halus. Kopi kampung pun boleh. Letak serbuk kopi seperti dalam gambar di bawah:
Tutup bekas isi kopi.
Letak teko disediakan ke tempat yang betul. Tekan butang hidup.
Tunggu habis air dititiskan ke dalam teko baru tutup suis.
Tuang dalam mug. Pegang pemegang hitam. Hati-hati jangan pegang kaca teko.
Lepas itu minum begitu sahaja atau letak gula atau susu pekat. Saya letak susu pekat.
Sedia diminum.
Terima kasih pemilik blog www.azhafizah.com kerana memberi saya hadiah ini.
31 comments:
wah tahniahhh
Mashaallah bestnya hadiah itu :)
tahniah..
lama2 biasa la tu. awal2 je nak kena tgk cara guna..
Alhamdulillah..sampai dengan selamat. Risau jugak takut kaca pecah ke apa. Dorang bungkus macam tu je tanpa pembalut lain selain bubble wrap. Ish ish ish...Sekarang akak dah tahu dah guna coffee maker. Boleh buat kopi dan teh sambil buat kerja lain :)
Terima kasih kak. Hope suka dengan hadiah ni.
fuyooo wow... kkta pun peghak gak x pernah guna mesin kopi camni hahaha..
selalu buat manual je la kan :D
Btw Tahniah NA, semoga murah rezeki dedua, NA n Fizah :)
Tahniah..bestnya dapat hadiah coffee-maker..
selamat mengopi!
Bestnya NA dapat hadiah. Pasni boleh buat kopi setiap hari :)
Amacam, sedap tak kopi buatan sendiri tu NA :D
Tumpang happy tengok NA dapat macam-macam hadiah, tahniah & keep it up!
Tahniah! okay dah pandai guna boleh buat kopi untuk tetamu pulak lepas ni
Alhamdulillah.. Ohsem hadiahnya.. Tahniah..
Nanti leh datang umah NA pekena kopi ☕
Wah..hebat hadiah ni. Saya pun tak reti guna mesin kopi. Selalu nampak di restoran aje
Wahhhh.. Tahniahhhhhh!
Wah….tiap kali ngopi teringat Fiza la gini. Hehe
syojnya boleh ngopi hari2.. tahniah na
Saya mau hadiahnya..
wah adiahnya menarik..utk pencinta kopi senang bancuh kopi sdiri guna mesin ni
wahh, tahniah. seronok boleh bancuh kopi di rumah je nanti.
waaaa bestnya hadiah kak, terasa kepekatan kopinya tu...
kene belajar betul-betul manual nya baru paham ye
sebagai peminat kopi, lagi bertambah seronok dapat hadiah ni. tahniahhh
Wahh tahniah NA! Bestnya dapat hadiah.
wahhh.. tahniah.
sedap bau kopi brew cam ni.
Bestnya! Selamat mengopi ☕😎
Masha Allah kak NA.. untungnya akak dapat hadiah yang bukan calang-calang.. Mesti akak boleh jadi barista tak lama lagi... hihihi
Wah, bestnya! Selamat berkopi-kopi. Lepas ni boleh bereksperimen dengan macam-macam serbuk kopi lain :)
tetiba terasa nak ngopi plak
Alhamdulillah bestnya dapat mesin kopi, tentu sedap baunya masa proses tu.. Tahniah NA, moga pemberi dan penerima bertambah rezeki. Aameen
Alhamdulillah rezeki yg tak disangka. Boleh tahan mahal harga bancuh kopi ni. Suka la akak dpt minum
beruntungnya awak....selalu dapat hadiah
siap laa bln puasa nnt hari2 mengopi ;-)
Murah rezeki fiza. Wah mengopi sakan lps ni
Post a Comment