بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Tinggal 3 hari masuk tahun baru Hijrah.
Kacama sudah makin besar. Makin rajin merayap dan memilih makan. Ya manusia pun bosan makan benda sama. Jadi berilah apa yang kita makan macam ayam goreng, ikan goreng, kari daging ke.
Lagi satu Kacama suka sepahkan barang dan kadang-kadang cuit baju hingga jatuh di ampaian. Tidur pun lasak. Kadang-kadang terbongkang, terlentang tidur. Penat benar ya malam-malam pergi bermain dengan kucing-kucing jiran.
Apapun alhamdulillah tiadalah buat hal yang peningkan saya. Apapun saya kena kemas barang-barang yang disepahkan.
22 comments:
Aksi tidur dia tu yang geli hati kita tengok kan..
Itulah terhibur hati. Nakal juga si Kacama ini.
Alamak, seksinya aksi Kacama tidor.
Kucing macam tu la, NA. Saya pun pelik camana boleh ada bulu kucing kat baju ambil dari ampaian. Rupanya, kucing boleh berdiri, dok buat main bila baju-baju tu bergerak ditiup angin.
mcm2 aksi tido nya..hehe..comel..
ada kucing mcm tulah.. kena kemaskan balik barang2 yg disepahkan
Sy paling geram kalau kucing jatuhkan baju di ampaian, hahaha.
Seronok bela kucing ni. Ada je aksi dia yang buat kita terhibur. Kadang jadi peneman jugak.
Hehehe... kuak lentang si kacama ni
Kucing Mrs. A pun suka tidur macam ni
Memang Kacama main sampai tarik pakaian jatuh. Siap lepak duduk atas pakaian. Itu kadang-kadang mak saya marah. Hehe kalau saya kena basuh balik.
hah terlentang tu hehe
Alhamdulillah dah semakin bijak Kacama. Dpt pula bermain dgn kucing jiran, mesti dia happy.
Amboi! Kacama suka makan goreng-gorengan ye.
bahagia betul jadi kucing. hihi
Seronok Kacama.. makanan dah upgrade.. ehehe.. Mujur banyak memberss 🤩
Tidur terbongkang tu tak tahan... Kacama2. Mesti penat jadi ahli mesyuarat tingkap malam2.
Jadi kawan bermain... Kat umah oun sama 😁
Aduyai bulatnya dia..
Gemaaaaas nya diaaaa 😍😍😍😍. Saya selalu suka melihat pose2 kucing nih tidur. Telentang ke, bahkan kucing saya kadang sambil memeluk bonekanya 🤣. Hilang penat kalo dah liat tingkah mereka ya kak
Comel
Hahaha.. comel pula dia baring macam tu..
penat betul tu..kemain lasak tidur...
memelihara kucing ini satu terapi dan boleh menenangkan jiwa jika kena dengan caranya
Post a Comment