Nuffnang

Friday, August 5, 2022

Tukar Buku Baru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah seminggu melepasi bulan Muharram maka tamatlah buku atau jurnal tulisan saya yang bermula 3 Februari 2016 hinggalah ke hari ini iaitu 5 Ogos 2022.

Awal Muka Surat



Macam-macam tulis dalam ini. Ada strategi main kiub Rubik. Hehe saya berjaya selaras warna sama. Gigih tahu. Tapi sekarang berkarat balik sebab lama tidak buat tapi ada rujukan boleh cuba semula. Kiub Rubik pun sudah tiada.

Pengakhiran Pada Penghujung Muka Surat 


Buku baru. Alhamdulillah masih semangat menulis walaupun bukan setiap hari.

Buku Atau Jurnal Baru!


Ia akan dijadikan rujukan dan panduan akan datang. 

Padang Jarak Padang Terkukur


Eristiwa lain pula. Makchek hantar gambar di atas semalam. Tiada yang kekal abadi. Secara rasminya, rumah Uwan di Tampin dipecahkan sebahagian rumah kecuali dapur. Rumah kampung ialah rumah kayu sudah dimakan anai-anai. Buat baru.

Kalau siap mungkin saya akan letak pada blog. Insya Allah.

Selamat tinggal yang lalu dan selamat datang yang baru.

P.S: Siapa yang panda I main kiub Rubik?


25 comments:

Carneyz said...

Saya dulu menulis diari@jurnal dari darjah 5 sampai masuk bekerja. Lepas kawen, jarang-jarang sebab malu/takut husband baca walaupun dia janji tak baca diari saya hehe. Bila dah ada anak, saya cuma tulis diari kat apps diary 'My W Days' nama apps tu sbb sambil baring susukan anak boleh taip kat hp (tu pun kalau tak tertidur!). Lama2 habit tulis diari tu makin jarang padahal memori dgn anak2 la yang kena simpan sementara dieorang masih kecik ni.

nona sani said...

Dah lama tak main cubic tu.. dulu salu main jugak.. puas hati kan kalau dapat completekan satu set... Lama x jmpe dah benda alah tu... Kalau jmpe nk try lah. huhu

Abam Kie said...

Selamat menulis dlm buku. Tringat masa kecil2 dulu ada simpan diari... skrg cuma mampu menulis dlm blog je.

Amie said...

Sehari selembar benng, lama-lama menjadi kain. Sehari menulis sehelai, lama-lama menjadi buku.

SalbiahM said...

rajinnya menulis journal. saya selalu dengar di TedTalk yang ia adalah habit yang baik. Terutama sekali 'gratitude journal'. Setiap hari senaraikan at least 3 perkara yang buat kita bersyukur. buat hari-hari jiwa akan lebih tenang

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Teruskan menulis.

Ujie Othman said...

Rajin NA, lebih 6 tahun tu menulis.
Bagus menulis jurnal, kita boleh lebih jelas perasaan kita dan merenungi diri.

NA said...

Tulis lagi ada rasa. Hehe.

NA said...

Tidak silap ini buku ke-4 (yang baru)

Shikin Razali said...

Saya pun masih lagi menulis jurnal, walaupun dah ada e-jurnal.. dulu² just tulis biasa² tapi sekarang lebih pada bullet journal..😁

Puan Hazel said...

Bagusnya NA, konsisten ye menulis jurnal 👍
Anak2 PH lagi cekap main Rubik Cube dari Ummi depa :)

norhidana said...

Rajin akak menulis, dana ni harapkan media sosial je tempat menulis hehehe.

Wak Lat said...

samalah wak pun penah buat rubik cube tu dalamasa 5 minit je, skrg pon dh berkarat.. huhuhu

anakdenesor said...

saya punya journal tak habis habis tulis..hahaha..entah bila la nak habis..sedih kan tgk rumah kne roboh..design rumah yg asli dah tiada..tapi takpe..demi keselesaan hidup akan dtg

Nur said...

Anak sulung saya boleh main kiub Rubik tu, semua bentuk dia boleh buat. Yang 4 segi, sekarang dah macam-macam dah bentuk ada.
Saya sama dengan NA. Ada jurnal atau diari. Saje, rekod peribadi. Kena luahkan atas kertas, tulis dengan tangan. Kalau guna app di henpon, tak besshhh.. :)
Rumah kampung yang dimakan anai-anai memang kena roboh dan buat semula. Macam tu la rumah kampung suami saya. Nak selamatkan, dah tak boleh. Tiang pun kena buang, dah reput. Buat baru, rumah batu je. Takpe la, mana yang mampu kita buat, di tapak yang sama.

Mrs. A said...

Pernah main kiub rubic tapi tak pandai sangat. Kalau berjaya pun satu muka je hehehee

Semut Senyum said...

Suatu kegigihan, 2016 hingga 2022. SS kagum.

Azian Elias said...

akak pun jenis suka menulis. memacam buku catatan ada. tp tak serious lah. cuma tetap nak kena ada notebook.

NadiaJamhari said...

Wahh, dulu kecil kecil saya menulis journal. Sekarang saya akui kurang. Tapi saya akan buka notes di phone untuk menulis setiap apa yang terlintas dalam fikiran saya

K.A. said...

Saya pernah main tapi tak pernah selesaikan rubik cube. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan maaf lama tak bersiaran.

mrhanafi said...

tak sangka masih ada orang yang mahu tulis diari seperti itu...moga istiqamah dan saya memang kagum dengan usaha awak

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

Jurnal memori kenangan buat si penuliskan ..

Sha Mohamed said...

Rajin sis menulis jurnal.. Saya setakat di blog ini sahajalah..
Tak pandai main kiub rubik.. Berselirat otak kalau main.. kikiki..

Azhafizah MN said...

Saya juga rajin menulis setiap hari dalam planner. Simpan untuk kenangan :)

Kiuk rubik tak pandai main kak, kadang stress tak dapat sama warna. huhu...

dear anies said...

zaman sekolah dulu sy rajin menulis ni. hari2 sy tulis walaupun merapu. 1 hari kena rampas dek warden. terus rentap mood sy utk menulis. laa ni menuois dlm blog je laa hehehe