Nuffnang

Sunday, December 28, 2025

Hujan Lebat Ketika Kenduri Kesyukuran

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

27 Disember (Sabtu) kenduri kesyukuran di rumah Mak Lang, Jelai 3 Negeri Sembilan. Ada bacaan Yasin dalam pukul 10 pagi lebih. Hujan ketika itu renyai, kejap ada kejap berhenti.

Bacaan Yasin Dalam Rumah Anak Mak Lang (Rumah Melekat Sebelah Rumah Mak Lang)



Makan dalam pukul 12 tengahari. Saya ambil rebung masak lemak, daging dengan pucuk pisang muda, sayur pucuk ubi dengan sambal gila, masak lemak labu, masak lemak nangka muda dengan ikan masin dan acar rampai. Banyak lauk diambil. Itupun ada lauk tidak diambil macam ayam goreng dan rendang ayam. Kali ini lauknya tidak pedas seperti sebelum ini.

Pinggan Saya



Mula lepak di khemah makan. Kemudian lepak pula di luar beranda rumah. Sinipun ada orang makan. Seronok ada angin bertiup.

Ada Yang Lepak Makan Di Sini

Lepak Di Lantai Dan Tepi Rumah- Masa Ini Belum Hujan Lebat



Kemudian hujan lebat sangat sampai kena tunggu reda dalam pukul 2 juga baru boleh redah masuk kereta untuk pulang.

Sampai ke Tampin, rumah kampung dalam pukul 3 petang. Alhamdulillah atas rezeki.

P.S: Sebelum ini Mak Lang ada buat kenduri tahlil pada Januari 2025 dan ini waktu cuaca cantik.


Friday, December 26, 2025

Makbul Doa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berita gembira saya dapat. Alhamdulillah Allah dah makbulkan doa saya supaya ASB buat bayaran zakat dahulu untuk pendeposit sebelum pendeposit terima pengagihan pendapatan.

Emel yang dapat



Senang kerja saya tidak perlu keluatkan zakat untuk ASB untuk tahun depan. Tapi ia dilancarkan pertengahan tahun 2026. Kira saya tidak payah keluarkan zakat awal tahun depan kan? Tunggu tengah tahun 2026. Jadi 2 kali keluar zakat pula. Huhu siapa tahu? Boleh tinggalkan komen ya

P.S: Rasa nak lompat bintang je. Hehe ya malas kira untuk keluarkan sendiri. Selalu rasa ragu-ragu jumlah betul ke ni. Siap minta Emak tolong kirakan.

Tuesday, December 16, 2025

Berjaya Tangkap Layar 1,00,000

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Segala puji bagi Allah, tanggal 7 Disember ketika menunggu untuk bertanding ketika Hari Keluarga, sempat pinjam telefon Emak untuk bunuh masa. Buka juga blog My Story Board juga. Tengok-tengok nombor nak hampir ke 1,000,000. Alhamdulillah dapat tangkap dengan tepat. Kemudian pertandingan bermula, terpaksa pulangkan telefon Emak. Tiada minta pinjam pada Emak lepas itu.

Tangkap Layar 1,000,000

Esoknya balik Melaka, buka blog tengok tiada pengumuman pemenang. Lepas itu terdetik tiada yang tangkap nombor ke? Jadi saya hantar nombor saya walaupun lewat ke emel.
Tunggu jawapan tiada, fikir tak layak.

Tengok-tengok pada pos kata saya tidak balas. Marah betul saya pada yahoo sebab letak balasan emel Puan Nieza dalam tong sampah (spam). Dah saya mula hantar emel ke Puan Nieza patutnya tahu balasan emelnya bukan spam. Nasib baik sempat balas balik. Aduh saya ini menyusahkan betul! Dahlah lambat hantar, lambat balas.

Apapun drama berakhir, parcel Gdex selamat tiba pada 5:36 petang. Serius je abang kurier itu cari parcel dalam lori tapi senyum apabila serahkan.

Parcel Gdex



Jom tengok apa saya dapat.

Hadiah Comel



  • Beg kain (boleh gilir-gilir beg lain untuk bawa ke surau/masjid) 
  • Kerongsang tudung- comel betul!
  • Stokin gambar beruang dan ceri
  • Ucapan daripada pemberi
TQ Puan Nieza anjurkan segmen ini dan maaf atas kesulitan. Ya, saya pembaca senyap, tidak tinggal komen kecuali pada 2 pos. Hehe. Sebenarnya banyak sahaja saya jadi pembaca senyap. 

Korang boleh terjah blog Puan Nieza. Seronok baca.


Kulit Labu Boleh Makan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali masak labu. Pertama kali juga masak labu dengan kulitnya.

Rebus labu dan kulitnya. Apabila isi labu lembut baru masak lemak labu. Tanpa daun kunyit sebab daun kunyit dah kuning ditanam.

Labu Masak Lemak (Tinggal Sedikit Ambil Gambar Waktu Malam)



Emak makan dahulu nasi maka tanya emak keras ke kulit labu. Mak kata lembut sahaja.

Sebelum ini Emak masak labu tanpa kulit tapi Emak terbaca labu boleh dimakan dengan kulitnya.

Selain itu lobak merah, kentangpun tidak payah buang kulit. Kalau saya masak untuk diri, kulit lobak merah memang tidak buangpun. Kalau kentang pula, tengok keadaan.


Monday, December 15, 2025

Misteri Kehilangan Bunga Telur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Macam kisah penyiasatan pula. Alkisah semalam pergi kenduri kahwin di Umbai dapatlah bunga telur dan kotak 4 segi berisi mangkuk seramik.

Dalam kereta hati saya sudah terdetik ini tidak tercicir ke bunga telur selit pada kotak 4 segi? Lagilah saya dah buka kotak untuk tengok isi dalam buatkan lagi longgar untuk selitan bunga telur.

Misteri Bunga Telur Yang Hilang



Sampai depan rumah, saya kena turun buka pagar rumah dan pintu rumah sambil bawa cenderamata bunga telur tersebut.

Berderau apabila masuk rumah cuma kotak sahaja yang ada. Ah! Sudah. Kena keluar rumah cari mana cicirnya bunga telur. Tengok tempat laluan. Tiada bayang langsung. Tiba-tiba sangka buruk pada kucing yang mengiau pada saya ketika buka pagar. Kasihan kucing jiran kena tuduh. 

Memang rasa misteri cari keliling tidak jumpa, cari dalam keretapun tiada. Rasa pelik. Akhirnya saya putuskan bunga telur itu cicir di luar kereta ketika masuk dalam kereta di majlis tersebut. Lepas itu saya terfikir eh saya belek bunga telur dan mangkuk seramik dalam kereta.

Fikiran itu berlegar tentang di mana kedudukan bunga telur tersebut. Akhirnya terjawab apabila Abah balik dari surau selepas Asar membawa bunga telur. Ia tercicir di bawah poket bawah pintu kereta penumpang. Entah tidak nampak apabila cari semalam. Apapun syukur telur itu dijumpai hari ini bukannya sebulan kemudian! 


P.S: Ada baca doa dapatkan barang yang hilang.


Sunday, December 7, 2025

Hijau Zaitun Untuk Hari Keluarga

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah selesai sudah Hari Keluarga Haji Sabtu dan Hajjah Fatimah (arwah Atuk dan Uwan-keluarga belah Emak). Buat di PD dan cuaca sangat cerah.

Suka tahun ini sebab t-shirt warna kegemaran hijau zaitun. Tq pada Mok yang uruskan.

T-Shirt Hari Keluarga 2025




Sarapan di luar.

Sarapan Di Tepi Kolam Sebelum Senamrobik Dan Sukaneka



Sedih saya tidak menang langsung untuk acara individu. 

Kemaskini:

Ada yang kata letak gambar sedikit. Maka tambah sedikit gambar lagi.

Hajah Fatimah Di Tengah Bersama 10 Anak-Anak Yang Duduk. Menantu (Berdiri)



Maka cubaan letak video senamrobik



Sukaneka- Hantar Belon Berisi Air Ke Belakang




Baling Bola Masuk Pelampung





Pakai Kain Pelikat Sementara Belon Di Udara

Cubaan Pakai Kain Pelekat



Wednesday, November 26, 2025

Sekali Lagi Berjaya Teka Jumlah Telur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kali ke-2 berjaya teka telur. Susah juga kali ini kena teka telur yang bersih tiada cacat cela bintik-bintik hitam atau putih dan telur itu berwarna jingga. Boleh baca di sini. Maka telurnya dicampur-campur kena cari telur berkenaan.

Semalam alhamdulillah selamat sampai parcel daripada perkhidmatan shopeeExpress tapi saya tidak peka, ingat hari ini. Yakin betul. Tengok-tengok status barang pagi tadi, dah dihantar pula. Kasihan barang berhujan malam dan awal pagi. Nasib baik bungkusan kalis air. Barang tidak basah. Jom tengok apa saya dapat.

Hadiah Yang Diterima



2 sejadah mini - hitam dan butih
Seutas tasbih buah kayu
1 batang minyak wangi Midnight Oud tanpa alkohol.

Bertambah koleksi sejadah. Bertukar-tukar pakai.

Terima kasih Cikgu Etuza yang buat kuiz dan berusaha memberi hadiah. Insya Allah akan digunakan sebaik-baiknya. Saya sudah rasmi gunakan sejadah mini warna hitam berbunga-bunga kecil itu.

Sejadah Mini Hitam



Sunday, November 23, 2025

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 15

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Akhirnya dapat sambung lagi. Taip pada 23 November 2025. Letak pada pos belakang.

Sebelumnya klik sini.


############

Beberapa hari pulang dari Gold Coast, ingatan Alena tidak dapat lupakan si Santa Claus di Harbor Town dan si Senyum di Movie World.

Mengapa ingatan itu tidak hilang seperti angin lalu? Masih teringat-ingat peristiwa tersebut.

Mana datang Si Senyum pula?
Sewaktu Alena berseorangan untuk menaiki roller coaster. Rasa takut dan tangan berpeluh menyebabkan dia tenggelam dalam lamunan ketika beratur. Ketika kalut beratur itu jugalah si pemeriksa barisan menegur Alena supaya buka cermin matanya. Ketika itu jugalah Si Senyum yang berdiri  belakang Alena memberikan senyuman manis dan seolah menenangkan Alena.

"Alamak aku termasam muka pada dia."

Dia merasa kesal sangat. Tidak juga sempat dia minta maaf juga. Itulah kalut sangat. Cemas sementelah kena bagi cermin mata untuk dipegang oleh pemeriksa barisan.

Alena hanya berharap si Senyum tidak salah sangka pada dia. Anggap dia sombong.

Paling Alena rasa pedih di hati kerana tidak menunjukkan sifat baik sebagai Muslim.

"Janganlah kerana aku, dia berprasangka buruk terhadap umat Islam pula."

Alena berdoa kepada Allah agar semoga Si Senyum tidak terkesan dengan atau lupakan sahaja peristiwa ini. Tidakpun memaafkan dia.

Mengapa Alena serba salah? Kerana selepas dia mempamerkan muka masamnya, Si Senyum itupun berubah muka daripada senyum lebar kepada masam dan Si Senyum itu mengelak duduk sebaris dengan Alena. Itulah kekesalan Alena sehingga hari ini.


SAMBUNG...


Saturday, November 22, 2025

Makan Mi Kari Opah Kali Ke-2

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kali pertama saya makan ada di tulisan ini

Puas hati sarapan pagi ini bersemangat buat mi kari. Saya tidak ikut Abah dan Emak balik kampung semalam. Jadi saya buat perancangan hendak masak apa.

Kali ini sedap ikut tekak saya. Sebelum ini buat mi kari rasa lemak dan kurang pedas dan masam. Untuk baiki rasa saya letak sos peri-peri dan perah limau purut pada ketika hendak makan. Untuk tambah tektur, saya letak saat akhir ketika api ditutup, taugeh, tomato di potong dan daun sup.

Ikutkan boleh makan 2 kali tapi tidak terasa banyak makan tadi jadi tinggal sedikit. Oklah kalau petang ini tidak cukup kena masak lauk. Sudah terfikir untik masak lauk apa.

Kesimpulan: Kalau kita beli yang sedia ada kurang apa kita suka, kita boleh tambah apa yang patut. Kali ini saya tidak letak telur rebus tapi letak beboka daging, bebola ijan dan isi ayam.




Monday, November 17, 2025

Hadiah Misteri Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, parcel terima dengan selamat dalam peti surat semalam (Ahad). Masa itu saya tiada di rumah.

Sampai rumah hampir Maghrib, hujan lebat pula. Jadi lepas solat Isyak baru keluar ambil tapi tengok tiada. Cuak juga. Rupanya Abah tolong ambilkan awal-awal. 

Hari ini baru dapat buka bungkusan.

Hadiah Dalam Sampul Surat Coklat



Alhamdulillah saya dapat 2 buku nota bersaiz A4 dan kecil. Dalamnya kosong tiada garisan. Bolehlah guna untuk tulis perkara-perkara penting.

2 Buku Nota. Tulisan Mek Yuhhh Pada Buku Nota A4



Terima kasih Mek Yuhhh sebab anjurkan peraduan pemberian.

Saya hargai pemberian daripada bloggers. Guna sesuatu akan ingat bloggers tersebut. Terima kasih semua yang pernah beri pada saya.


Sunday, November 9, 2025

Pulut Kuning Daripada Jiran Sebelah Pembinaan Rumah Baru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ada hikmah juga saya tidak balik kampung ke Tampin ikut Emak dan Abah. Tadi masa saya angkat baju tepi rumah ada dengar bunyi kereta hon. Saya abaikan. Kemudian keluar semula untuk kunci pintu tepi dengar orang bagi salam disamping gangguan bunyi kucing mengiau.

Saya ke depan, buka pintu rumah (rumah saya banyak pintu untuk keluar dari rumah, 5 pintu) tengok ada orang depan pagar pegang sesuatu. Ingatkan orang kurier, haha rupanya jiran sebelah rumah yang dalam pembinaan. Saya panggil sebelah rumah bising sebab tengah bising dengan pembinaan. 

Saya minta maaf sebab lambat keluar. Saya nampak bungkusan itu ada nama Abah saya, saya cakap Abah belum balik dari kampung dan saya tanya apa itu (selamba tanya isi kandungan) . Jiran itu cakap pulut kuning sempena harijadi, isteri yang buat. Ucap terima kasih.

Pulut Kuning Dan Rendang Ayam



Alhamdulillah atas pemberian. Maaflah saya tidak kenal sangat jiran-jiran saya ini. Ada saya kenal tapi hujung jalan setentang. Sebenarnya jiran ini kira baru 2-3 tahun tinggal sini. Sini sebenarnya buat rumah. Macam saya tulis sebelah rumah tengah pembinaan rumah. Maknanya saya akan ada jiran baru. Jiran depan saya pula baru 4-5 bulan masuk, sebelum itu orangnya sudah pindah.

Korang macam mana, kenal semua jiran ke?😅

 

Tuesday, October 28, 2025

GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

[SEGMEN TUTUP]
Penyertaan saat-saat akhir. 
Harap-harap ada rezeki. Saya memang suka hadiah misteri sebab akan tertanya-tanya dapat apa. Perasaan menunggu tidak sabar.

GIVEAWAY: Hadiah Misteri Menanti



Ok mari kita senaraikan syarat-syarat penyertaan: 

  1. Buat posting bertajuk GIVE AWAY: Hadiah Misteri Menanti di Blog Mek Yuhhh
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.
  5. Mana yang belum follow Wajib FOLLOW saya tau... hahahah 
  6. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

Syarat semua lepas kecuali terakhir itu memang tidak buat.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Oktober 2025 (11.59 malam)

 📅 Tarikh pemenang : 05 November 2025 (08.00 pagi)

Sunday, October 26, 2025

Review Makanan: Arwaa Mi Tarik Kari Opah Oleh Ardell

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Terima kasih kepada Tot kerana cadang cuba mi kari dahulu. Terima kasih pada Nona juga sebab komen dan pos kata ia sedap maka saya tidak sabar cuba mi kari ini.

Tunggu masa sesuai untuk buat maka semalam adalah harinya kerana seorang di rumah dan tiada makanan lain maka mari masak.

Semangat sediakan potongan isi ayam dan sayur-sayuran seperti lada benggala (warna kuning), lobak merah, cendawan enoki dan tomato. Dalam bungkusan Mi Tarik Opah ada mi tarik, cili dan perencah mi kari

Bahan-Bahan Buat Mi Tarik Kari Opah



Saya ikut cara penyediaan pada paket tapi mula itu saya letak minyak sedikit dan goreng isi ayam. Kemudian ikut cara penyediaan masukkan semua termasuk air dalam anggaran 300-450 ml. Agak-agak mi tarik lembut boleh tutup api.

Mi Kari Merah Menyala



Makan waktu petang merangkap untuk malam. Padu rasa kuah kari pekat likat dengan rasa. Nampak merah dan oren, ingat pedas betul tapi tidak pedas sangat. Sedap. 1 bungkusan ini boleh isi 2 pinggan yang saya guna. Kiranya saya makan sekali petang itu dan bakinya makan ketika sarapan. Tengok ilustrasi belakang bungkusan mi karinya letak telur rebus maka saya rebus telur sebelum itu.
Minya kenyal tidak lembik. Ini bukan macam mi segera. Jadi makan itu betul-betul rasa makan mi kari guna mi kuning.

Esoknya makan baki itu saya letak bawang goreng dan perah limau nipis lagi terangkat rasa. 

Ok puas hati. Boleh pelbagaikan bahan untuk letak di dalamnya. Buat kosong sahajapun rasanya mantap.

Friday, October 24, 2025

Dari Keningau Ke Durian Tunggal

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah parcel dari Keningau selamat tiba ke rumah saya. Rasa seronok dan tidak sabar. Selalu akan rasa teruja untuk tahu dapat hadiah apa. 

Buka agak lewat iaitu malam sebab siang banyak kerja kena buat. Sebelum buka hati tertanya-tanya apa isi kandungan kotak kerana agak besar.

Parcel Dari Keningau



Isi kandungan kotak elok tanpa pecah atau koyak.

Isi Kandungan Dalam Kotak



Saya suka sebab dapat Elcafe Premix Coffee with Ginseng & Moringa, mangkuk 2 tingkat plastik dan sudu mangkuk.

Boleh terus guna dan minum esok pagi. Saya google pasal kebaikan elken elcafe ginseng dan moringa. Rupanya ada gingko biloba juga. Memang banyak khasiat, saya tertarik dengan kebaikan meningkatkan fungsi otak. Boleh klik pautan biru. Saya baca iktisar AI. Ringkasan mengenai produk ini.

Carian Google



Terima kasih Encik Etuza atas hadiah ini. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati Allah. Amin. Macam tahu-tahu saya suka cuba makanan kesihatan. Hehe😄

Korang boleh lawat blog Encik Etuza di sini. Banyak info menarik pasal diri tuanpunya blog. Suka Encik Etuza ada kebun dan tunjukkan hasil kebun.

Tuesday, October 21, 2025

Perubahan Ketika Hari Deepavali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Bermula hari Deepavali, Abah tidak akan ulang-alik dari Melaka ke Tampin. Makpun ada di Melaka. Sebelum ini Mak di Tampin jadi itu yang buatkan Abah ulang-alik.

Keadaan kesihatan Abah yang sudah berbeza buatkan Emak kena duduk Melaka. Risau untuk biarkan Abah seorang ulang-alik dengan jarak jauh (lebih 30 minit). Penat.

Harap-harap baik dan lancar sahaja. Amin. Tidak tahu berapa lama keadaan begini. Rutin saya berubah, tidak seorang lain pada hari biasa tapi hujung minggu saya seorang kalau saya tidak ikut mereka ke Tampin.

Wednesday, October 15, 2025

Beli Arwaa Mi Tarik Opah X Wowshop

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum... 

Pesan hari Khamis lepas hari ini (Rabu) baru dapat. Alhamdulillah.

Teringin hendak cuba produk daripada artis Ardell dan suami.

 


Kotak Depan : Arwaa X Wowshop


Buka kotak (unboxing) 

2 Kotak × 5 Bungkus Mee Kari Opah, 2 Kotak × 5 Bungkus Mee Sup Tulang Opah, 1 Kotak × 5 Bungkus Mee Teow Tomyam Opah, [PERCUMA] 4 Bungkus Mee Bandung Opah 



1 bungkus mee bandung Opah sudah beri pada Abah yang bawa balik kampung.

Bukan mi segera tapi mi tarik yang kena masak. Ada cara memasak di belakang.

Harga RM119 tapi saya dapat diskaun dan bayaran semula cuma bayar RM98.

Sebenarnya saya ingat nak cuba hari Sabtu atau Ahad lepas tapi barang tidak sampai lagi. Hari ini pula saya buat spageti tomyam berkrim. Jadi lain kali tunggu waktu sejuk.

Spageti Tomyam Berkrim



Korang pernah makan?
Korang cadang saya cuba mana dahulu?