بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat tengahari Ahad. Apa khabar semua? Harap semua sihat. Saya alhamdulillah sihat tapi anak- anak saudara saya tak sihat. Demam.
|
Nur Aafiya dalam buaian |
Ni anak saudara yang bongsu umur 5 bulan lebih nama Nur Aafiya( buat masa sekarang). Semalam dia muntah banyak lepas minum susu. Alhamdulillah lepas suapkan air kelapa muda dia sihat semula.
Tidur nak berbuai juga kalau siang. Masa di Soho KLCC hari tu susah nak tidurkan masa emak dia keluar untuk makan malam kursus sebab tiada buaian. Kenalah mak dia cepat-cepat balik sebab dia dah melalak kuat.
Rupa dia macam kakak sulung dia. Saya pernah tulis pasal kakak dia pada 2011 masa kakak dia masa kecil juga.
Selamat berhujung minggu.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat malam semua. Alhamdulillah Jumaat, Sabtu saya berjalan jalan-jalan di KLCC dan Pavilion. Cuci mata dan duit. Penat tu jangan cakaplah. Kaki kejang lepas tu. 2-3 hari juga kejang kaki lepas tu hilang. Haha dah tua. Dulu lagi ligat saya jalan masa tunggu keputusan SPM dan masa di universiti. Lagi rajin jalan. Cakap pasal ni tu yang teragak-agak nak travel.
Hari ni ketika dalam kereta, anak saudara saya Adiva yang banyak berceloteh tentang mimpi adik- adik ada anak berapa. Saja tanya saya ada anak berapa. Dia cakap maklong (saya) sibuk travel. "Maklong travel mana?" saya tanya.
"Banyaklah. Semua tempat yang best-best."
Saya gelak jerlah sambil mengaminkan dalam hati. Doa budak takde dosa lagi. Memang ada niat nak berjalan seluruh dunia. Tunggu teman (companion) yang best. Amin. Ahaks. Waktu ni kitorang nak gi Mydin beli barang. Selesai tu adik saya nak pergi Sushi King sebab ada bonanza RM3. Alhamdulillah rezeki percuma. Dengan adik ni rajin betul saya makan sushi. Kali ke-3 rasanya. Anak-anak dia suka benar sushi. Saya suka tapi takdelah sampai rajin pergi mengadap makan sushi sampai kenyang. Beli seketul dua di kedai sushi. Kali ni saya banyak makan salmon. Ramai-ramai makan sampai 35 pinggan.
P.S: Nanti nak tanya maklong travel dengan siapa. Ehem. Surprise. We wait and see in the future. Insya Allah
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Saya sekarang berada di bandaraya Kuala Lumpur. Tinggal di apartmen Soho. Berada berhampiran dengan KLCC, Lot 10. Adik saya cakap jalan kaki ke KLCC cuma 4 minit. Belum lagi ke KLCC. Siapa nak jumpa saya di sana boleh tinggalkan no telefon di ruang komen. Tengok keadaan. Hehe. Kut nak belanja bolehlah merajinkan diri. Saya akan berada di sini dari Jumaat hingga Ahad. Jadi ada banyak masa. Ini pemandangan depan ruang tamu.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Baru sahaja pergi ke Hari Petani, Peternak Dan Nelayan di MITC, Melaka. Abah dan emak berminat mencari pokok dan buah. Saya pula suka tengok-tengok. Cuma di tapak MARDI. Nampak produk Nutrima Black G, hati saya dah melonjak gembira. Saya pernah baca dan dengar khasiat kunyit hitam. Ada niat nak beli. Jadi saya terus ke produk dan tanya harga memang RM120 ke? Ada diskaun tak? Ingatkan jual rupanya pihak MARDI hanya sampaikan maklumat produk tapi tak jual. Syarikat lain jual usahasama dengan MARDI. Macam pelik saya kena beli dari tempat lain padahal produk tu ada depan mata. Tanya kalau ada ejen atau stokis dari Melaka tapi hampa. Malasnya nak beli secara talian atau kena pergi ibu pejabat MARDI di Serdang. Tiada rezeki saya untuk beli produk Black G di sini.
Apapun saya beli susu Farm Fresh perisa coffee latte 200 ml 4 botol RM10. Ada juga beli sabun buku dengan minyak citronella -RM8 dan minyak pati lemon myrtle (backhousia citriodora) 10ml RM10 dari MARDI Kuala Linggi. Ada juga produk yang dijual MARDI.
Tulisan ini rujukan untuk saya pada masa akan datang.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah akhirnya sampai juga barang yang saya pesan. Seksa sungguh menunggu. Order hari Rabu 9 Oktober sampai hari ini Isnin 21 Oktober 2 petang melalui posmen surat. Bawah ni pihak Eden Gardens bagi maklumat seperti nombor order, pesanan dah dipenuhi beserta no trace USPS (bawah sekali ada tanda #)
Comel je bungkusan. Ada deskriptif pasal barang yang saya beli untuk deklarasi kastam. Syukur tak kena tahan. Nilai barang RM100 lebih je. Saya memang ada baca bawah RM500 tak kena. Apapun saya tak putus doa dipermudahkan semua urusan. Memang perhati dengan mata helang jejak bungkusan dari pejabat pos Anaheim California naik kapal terbang transit bagai sampai ke Melaka. Tapi hari ini laman poslaju ada masalah. Nasib baik dapat hari ini.
2 barang selamat dalam bungkusan bubbles. Malas nak buka sekarang. Hehe.
Kalau korang tanya adakah saya akan beli lagi. Jawabnya: tak. Haha pertama takut kena tahan dengan kastam. Kedua sebab lambat sampai. Takpelah ia adalah pengalaman saya beli. Kecuali ada orang nak beli/hadiah untuk saya. Atau saya beli di sana. Tiada masalah.
Jumpa lagi.
P.S. Khidmat Sosial 17 Feb 2020: Sesiapa nak beri saya essential oil turmeric atau/dan ginger ( jenama apa-apa)boleh hantar ke alamat ini. Anyway, my name is Nurul Amrina Binti Sulaiman. Address: 7801 Jalan AV 6B, Ambassador Village, Off Lebih SPA, 76100 Durian Tunggal, Melaka. My phone number you can request at my e-mail: wina1979@gmail.com.
Moga Allah beri kelapangan rezeki. Terima kasih.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pening kepala nak pilih. Lepas tu pening tengok harga penghantaran hampir RM30. Kemudian tak boleh tidur. Bagi memenuhi hasrat untuk mencuba jenama lain dan saiz, belilah juga barang daripada Edens Garden.
Doakan semua berjalan lancar. Pertama kali untuk segala-galanya. Pertama kali guna Paypal adik bongsu. Pertama kali beli barang pos dari luar negara. Nanti saya cerita dengan khusus apabila dapat.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Jerebu dah takde. Cerah sahaja dan nampak langit biru serta awan.
Isnin petang adik perempuan saya keluar pergi ke pejabat pos. Jadi saya kenalah tengok si kecik 3 bulan dak Aafiya. Macam lama pula keluar adik saya tu sampai Aafiya dah menangis teruk. Nak tak nak kenalah bagi susu tepung yang dia tak nak. Haha mati kutu sebab dia meliang-liuk badan. Dapat pakej kena cekau kat leher. Rasa bisa betul.
Akhirnya penantian berakhir. Adik saya rupanya singgah McD beli makanan. Saya dapat ini. Sweet Chilli Fish Burger (walaupun kena kongsi).
Macam mana rasa? Seperti nama sweet chilli memang manis dan pedas di hujungnya. Adik saya yang dah makan dulu cakap pedas jugalah. Saya rasa pedas sederhana. Jadi ikut lidah masing-masing. Bagi saya sedap dan sayur cukup tapi saya suka sayur banyak macam boleh pesan di Subway.
OK itu sahaja.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Malam ini berakhirlah masa Me atau masa seorang-seorang di rumah. Haha abah, emak, adik dan anak-anak saudara semua pergi melancong ke England dan Paris. Lama jugalah saya merdeka jaga rumah dari 4 September Rabu hinggalah hari ini (16 September). Takpelah jaga rumah dan pokok- pokok abah emak (siram sahaja dan petik sayur). Merdeka betul dapat tengok TV tanpa kena kacau. Nikmat betul. Layan pula guna diffuser dan EO Narinar yang baru dibeli.
Oklah jumpa lagi.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Apa sahaja yang saya teringat/terfikir, baca, dengar pasal seseorang atau sesuatu saya akan doakan orang tersebut dapat apa yang dihajati atau kesusahan/penyakit akan hilang. Insya Allah.
Saya tahu kebaikan itu akan kembali kepada saya dan pahala akan diperoleh.
Harap- harap saya akan terus istiqamah.
Oklah jumpa lagi.
P.S: Doakan juga kebaikan untuk orang yang kita tak suka sangat.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Buka sahaja almari ternampak stokin ini. Stokin ini adik beli di Glow Worm di Waitomo New Zealand untuk saya.
Masuk gua nampak ulat bercahaya. Jadi stokin ni dibuat bercahaya bila dalam keadaan gelap.
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya Aidil Adha. Hari ini saya tinggal seorang di rumah sebab emak dan abah pergi ke Kemboja untuk buat korban di sana. Alhamdulillah semalam dapat gunting rambut cuma puasa tak dapat semalam sebab uzur. Lagi satu ralat sebab tak dapat beli barang yang saya nak di Watson's Mydin Pulau Sebang.
Apapun saya seorang sampai hari Khamis. Haha merdeka! Dapat kuasai TV sorang-sorang.
P.S: Kopi SpyHRu dalam Mydin sini murah iaitu RM20!
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat semua. Alhamdulillah diberikan keizinan oleh Allah untuk menulis lagi.
Selasa lalu, saya ke Tabung Haji Tampin. Barulah terhegeh-hegeh nak daftar haji. Apabila semak, saya dah daftar! Tapi peliklah saya tak ingat langsung saya ada daftar 2017. Daftar automatik ke? Sebab kalau saya daftar mesti dengan maklumat terkini. Jadi saya pun kemaskini maklumat yang perlu.
Sekarang niat saya nak rajin simpan supaya cukup RM 10 000. Insya Allah. Ada masa 5 tahun untuk cukupkan.
Cerita lain pula sebab dah kemaruk coklat Cadbury. Alang-alang beli 10 bar terus dengan 4 bar hazelnut, 2 bar fruit and nut dan 4 bar roast almond. Harga RM54.90. Lepas itu adik belanja bonanza RM3 sepinggan sushi king. Kenyang gila dapat makan macam- macam jenis sushi. Terima kasih Ya. Ok jumpa lagi. Insya Allah