Assalamualaikum...
Semalam saya tutup seketika modem, saya ternampak barang yang saya hilang hampir 2 tahun (mungkin) berhampiran katil di bilik serba guna. Gembira tanpa disangka kerana puas cari terutama di bilik saya. Rupanya kat bilik serbaguna. Tetiba saya teringat ketika saya hilang benda tu, bersungguh-sungguh saya ucapkan ucapan istirja. Masa tu saya berharap dapat jumpa balik.
انا لله وانا اليه رجعون
"Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepadaNya"
Kini, saya disedarkan semula sebab dah jarang ucapkan ucapan ini. Sebenarnya ucapan istirja ni bukan sahaja diucapkan ketika mendengar orang meninggal dunia tapi kita boleh ucapkan ketika dukacita, ditimpa nasib malang, kecelakaan, penderitaan atau kehilangan harta. Hatta tercucuk duri pun kita boleh ucapkan. Ucap berulang-ulang kali untuk musibah yang sama pun tidak mengapa.
Hadis daripada Umm Salamah radiallahuanhu berkata: Saya mendengar Rasullullah sallallahu alaihi wassalam bersada:
"Jika seseorang ditimpa musibah (kecelakaan) dan berkata Inna lillahi wa inna ilahi rajiun, lalu berdoa: Ya Allah! Anugerahi aku yang lebih baik daripada kehilanganku dalam kecelakaan yang menimpa aku. Allah akan menggantikannya di dalam kecelakaannya itu atau memberikan dia gantian yang lebih baik daripada yang hilang."
InsyaAllah, sebenarnya kalau musibah yang kita alami dah lama berlaku atau teringat semula pun kita masih boleh ucapkan doa istirja ni. Doa tu boleh je kita ubah ikut apa yang kita alami. Yeah, jumpa balik barang saya yang saya sayang sangat. Makin bertambah keyakinan saya untuk amalkan selalu (kadang-kadang lupa nak buat dengan kerap)