Nuffnang

Sunday, February 27, 2011

Saya Tergoda Si Jantung Jiwa



Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu...

Pagi minggu saya bermula lewat sedikit dan saya tidak dapat pergi senam robik. Berangan tidak sudah dari malam tadi inginkan t-shirt adidas yang sangat menarik maka tidur tidak lena (oh salahkan adidas). Berangan mahu pakai ketika membuat senaman atau berjalan kaki. T-shirt yang menepati idamanku yang menyejukkan diri (moga-moga diri rajin membuat aktiviti riadah).Oh, bila dapat kubeli? Kata hati.

Oh tidak mengapa, nanti cari di mana-mana walau rasanya tipis jumpa di sini. Hoho. Sudah berangan mahu membuat koleksi t-shirt adidas dengan pelbagai warna. Tiga jaluran dan logonya membuat saya teruja. T-shirt yang saya ada sudah koyak sedikit di hadapan tanda sudah lama pakai. Hati bermonolog jiwa memberontak memaksa diri pergi cari sekarang juga. Pada sisi diriku yang lain menyabarkan diri, sabar, nanti bila jumpa beli banyak-banyak dengan warna-warna berbeza.  Saya berharap pujukan diri akan menenangkan jiwa yang tidak sabar-sabar.  Oh!Sudah pasti, nanti beli juga tau seluar trek dengan warna-warna sepadan dah alang-alang menyeluk pekasam. Eh-eh mengada pula nak lebih-lebih si jiwa ni kata akal. Perasaan berperang. Walaupun diri ini meminati jenama Cheetah untuk seluar trek dengan pelbagai warna juga saya beli. Haha saya gila seluar trek dan t-shirt pula mestilah berlengan panjang. Tidak kuasa nak pakai stokin tangan untuk beriadah 

Saya dalam angau kepada adidas clima365 long sleeve tee (klik kalau nak tengok t-shirt idaman hati), bilakah dapat aku memilikimu? Sangat menggoda. Apsal la memikat hati ni? Pergi, jangan kacau ingatanku. Kacau-bilau dibuatnya.




Saturday, February 26, 2011

Rezeki



Assalamualaikum...

Baru saja balik dari mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul di Masjid Tengkera. Alhamdulillah rezeki berupa makanan dan ilmu pengetahuan. Dapat pula penceramah yang ada keturunan Rasulullah. Ceramah beliau sangat menyentuh jiwa. Ceramah serius dan sangat tegas mengecam orang yang tidak mencintai Rasulullah. 

Tengah hari pula, masak banyak makanan sebab keluarga mertua adik saya datang menziarah.

Semalam pula balik kampung, dapat pula makan ikan jenak cili api bersama belimbing muda dan terung kecil. Alhamdulillah 2 kali tambah makan. Emak masak tapi guna bahan-bahan Uwan punya jadi sedap gila. Memang saya menunggu untuk makan di rumah Uwan. Emak masak sebab abah tidak kuat makan pedas jadi mak saya kena kurangkan cili api. Kalau Uwan saya buat, habislah berdesip-desip menahan kepedasan. Cakap terus-terang saya lagi suka Uwan saya buat. 

Ok, layan gambar lama. Ini makanan semasa Hari Raya.


Masak lemak cili api bersama-sama bahan-bahan soto