Nuffnang

Sunday, June 23, 2024

Jun: Mulakan Semula Aktiviti Jalan Laju (Briskwalking)

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar-sedar sudah 23 Jun. Kejap masa berlalu. Apapun Jun ini bulan tidak berapa panas maka bermula 6 Jun saya sudah mulakan aktiviti jalan laju di sekeliling taman perumahan. Rehat 3 bulan (Mac-Mei). Kali ini lagi jauh saya berjalan dan buat 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Alhamdulillah tiada penat. Nanti akan tambah jarak secara beransur-ansur. Insya Allah.
Takdelah tiap-tiap hari tapi kerap juga.  Lagi-lagi  kalau ada hujan atau balik kampung.

Satu lagi perumahan saya sudah ada wayar jalur lebar oleh Maxis. Dijangka siap awal Julai. Takde harapkan untuk guna internet berkelajuan tinggi cuma harap liputan bagus untuk setiap operator. Terutama apabila terima atau buat panggilan. 

Oklah itu sahaja untuk diceritakan. Jumpa lagi. 


Saturday, June 1, 2024

Rehat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sebulan lebih tidak tulis. Rasa terumbang-ambing sedikit. Abah masuk hospital dari 26 April hingga 29 Mei. Lama kena tahan wad masuk antibiotik dan ubat. Abah demam panas menggigil. Rupanya ada jangkitan kuman, virus dan kulat.  Begitulah kalau daya imun rendah.

Emak pula masih belum dapat jalan 100%. Kena physio dan urut. Ambil masa juga. Teringat dahulu kaki terseliuh teruk pun lambat sembuh. Apalah lagi yang kena bedah macam Mak.

Saya akan rehat menulis buat sementara sehingga saya rasa gembira semula untuk menulis tapi sesekali saya akan menjengah blog penulis. Tq yang tinggalkan komen. Insya Allah akan dibalas lawatan semula cuma cepat atau lambat.

Ilal liqa'.

Saturday, May 25, 2024

Pos Hadapan: Apabila Saya Lama Tidak Menulis Blog

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Kalau lama mendiamkan diri tidak menulis blog kerana: 

1. Serabut
2. Sibuk Berjalan/Melancong/JJCM
3. Masa sendiri. Muhasabah diri

Pada ketika itu tidak rasa untuk menulis sangat.

Kemaskini 1 Ogas 2024: Tengok 1 bag pada pos lama tiba-tiba rasa rindu pula. Haha tapi penat itu Allah yang tahu.


Wednesday, April 24, 2024

Terima Kasih CCL

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...



Alhamdulillah selamat sampai hadiah untuk pengomen utama bulan Mac. Saya diberitahu dalam komen. Sibuk fikir pasal puasa dan raya.

Ada rezeki dalam meninggalkan komen banyak-banyak. Tidak tahu sampai bila diizinkan Allah. Sementara ada kelapangan dan keupayaan mari kita tinggalkan komen positif.

Mari kita lihat hadiah yang diberi. Banyak betul lapisan. Maklum barang yang dipos ini barang yang mudah pecah. Apapun selamat dapat dengan baik.

Ada Nota Daripada Pengirim




Periuk yang comel. Cuma musykil boleh ke letak atas api ini? 

Periuk Comel Beserta Penyepit Makanan



Terima kasih CCL. Korang boleh lawat di cappuccinolatte.blogspot.com. 
Sekarang dia sudah aktif menulis setiap hari. Masa bulan Ramadhan, setiap hari ada pos tentang menu berbuka. Suka blog dia yang kebanyakanya tentang makanan yang dicuba.

Monday, April 22, 2024

Laksa Melaka

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam ada perjumpaan Aidilfitri keluarga belah Abah. Ramai yang hadir.

Laksa Melaka



Lama tidak makan laksa Melaka. Tidak berapa dikenali dan tidak ramai orang buat. Terima kasih Mami Masitah kerana buat. Selain makanan daripada katering, ada juga yang bawa makanan. 


Tuesday, April 9, 2024

Aniaya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Kena hati-hati cakap atau terdetik dalam hati.

Kisahnya saya tidak mahu susahkan atau aniaya orang. Tapi ada hamba Allah ini yang buatkan saya dalam keadaan untuk menganiaya orang lain (belum lagi tapi saya nampak akan berlaku kalau saya tidak buat sesuatu). Memang saya tegur orang itu. Saya mampu berdoa supaya tidak kena masalah itu pada orang lain. Kalau berlaku memang terpaksalah saya marah pada orang itu dan elak berurusan lagi supaya peristiwa sama tidak berulang lagi. Bahaya kalau kena doa orang teraniaya ini. Jadi kena berhati-hati tidak menyusahkan atau tahap menganiaya orang lain.

P.S: Sedar-sedar sudah 29 Ramadhan. Ada juga berharap tanpa sedar untuk puasa 30 hari.

Kemaskini: 17 April dapat barang. Lega dapat masa ada di rumah. Tidak aniaya kurier sebab guna COD.




Wednesday, April 3, 2024

Terawih Yang Berbeza Tahun Ini Berbanding Tahun Lepas

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar tidak sedar sudah 24 Ramadhan.

Tahun ini Ramadhan disambut berbeza daripada tahun lepas. Tahun ini solat di Masjid Abu Bakar, UTEM berbanding solat di Masjid Al-Alami MITC.

Terus-terang lagi suka solat di UTEM sebab tengok mereka yang solat di sini memang rapatkan saf. Kalau jarang di sebelah kiri, orang di kiri akan rapat ke kanan. Kalau jarang di kanan, orang di kanan akan suruh kita rapat ke kanan. Mereka tidak kisah dihimpit rapat. Ada rasa beza kalau solat tidak berapa rapat dan rapat betul. Jadi saya tiada rasa risau sangat pasal hal ini. Faktor juga untuk rasa seronok berjemaah di masjid. Sejadahpun tiada yang guna besar yang guna seorang. Kongsi melintangkan sejadah. Alhamdulillah. Lagipun sini ramai pelajar-pelajar jadi semangat berbeza. Kita yang dah tua sedikit rasa semangat juga. Hehe. 

Harap dapat bertemu lailatulqadar.

Jumpa lagi.

P.S: Tahun inipun rayapun akan berbeza daripada tahun lepas. Fikir positif sahajalah. Ada hikmah di sebaliknya.


Sunday, March 24, 2024

Sayang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasa hendak menangis dan patah semangat apabila barang disayangi rosak atau kurang berfungsi. Lagi sanggup baiki daripada beli baru.

Korang pernah rasa begini? Ada barang yang korang sayang dan menangis apabila rosak atau kurang berfungsi?

P.S: Anggota tubuh manusiapun akan makin lama kurang berfungsi.

Kemaskini 20 April:Boleh on/off tutup skrin guna butang semula selepas cucuk earphones. Seleoas itu earphones tidak boleh dengar pula.

Harap ada orang bagi telefon yang dia tidak pakai tapi berfungsi baik untuk aktiviti blogging dan menonton Youtube.

 

Monday, March 11, 2024

Salam Ramadhan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat berpuasa dan menunaikan solat terawih.

Alhamdulillah akhirnya rumah Uwan sudah siap walaupun bukan 100%. Sabtu 9 Mac buat majlil tahlil dan kenduri kesyukuran sempena Ramadhan.

Ahlal wasahlan ya Ramadhan. Kedatanganmu dinanti.

Nota ringkas: Terima kasih atas doa dan ucapan sebelum ini.
Terima kasih kepada Shikin Razali atas hadiah pengomen tegar sepanjang tahun 2023 yang saya dapat pada 1 Februari 2024.
Tidak lupa kepada Syazni Rahim juga atas hadiah menang pemberian minyak wangi. Semoga kedua-dua mereka dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan yang mereka hadapi. Amin.

Jumpa lagi. Insya Allah.

Friday, February 2, 2024

Pembedahan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Bulan ini ada ujian kesusahan. Abah ada prosedur angiogram pada 9 Februari. Tengok pada keputusan. 

Prosedur Angiogram Di HSIS, Serdang



Emak pula ada pembedahan lutut 28 Februari.

Harap dipermudahkan semuanya.

 

Thursday, January 25, 2024

Beli Luna Sarung Set Jelita 6 Helai Saiz L Hingga XL Jenama Hijabees

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selalunya saya tidak teracun dengan iklan tudung masa main Candy Crush Saga tapi entah mengapa ada satu malam tertarik dengan satu jenis tudung ini.  Mungkin promosi harga atau saya pernah terpakai tudung adik ipar masa keluar ambil parcel. Rasa selesa dan saya cam jenis kainnya. Masalahnya saya tidak suka tudung sarung tapi kemudahannya ialah mudah dan terus sarung tapi tidak buatkan rupa saya comel. Bolehlah buat duduk rumah yang kalau ada orang datang terus pakai. Juga terfikir Ramadan hampir tiba. Boleh guna waktu solat Terawih. Saya guna ya tudung dalam telekung waktu solat.

Maka atas alasan itu sayapun membeli. Pejam mata harga RM100 dan kos pos RM10. 6 helai pula itu. Takpelah sedapkan hati untuk cantik mengadap Allah. Sebenarnya ada 3 set tapi saya pilih set Jelita. Tudung jenis Ribbed (berjalur timbul) Pilih sebab hendak warna hitam dan hijau zamrud. Lain itu tidak kisah. Tidak boleh pilih. Ini beli di hijabees.com

Saya ini lemah kain jenis berkotak-kotak, geometri, garis lurus. Biasa saya cari kain lepas itu hantar jahit tepi buat tudung. Tudung kegemaran tudung 4 segi. Nantilah tunjuk contoh tudung kegemaran yang dihantar jahit tepi atau beli sedia ada. Pakai tudung ini memang buat saya nampak ok. Tapi itulah keburukannya tudung itu jenis kena pin dan seterika.

Alhamdulillah selamat sampai tadi.

6 HelaI Tudung Dalam Beg Berzip



6 Warna Berbeza- Hitam,Hijau Zamrud, Kelabu, Koko, Gula-Gula, Merah Muka



Set Jelita - Black, Candy, Coco, Emerald, Grey, Blush



Terus buka dan cuba warna hitam. Longgar sedikit tapi itu lebih baik daripada ketat. Tidak sabar guna untuk solat dan buat basahan untuk keluar rumah ambil barang, buang sampah, pergi jalan laju. Hehe saya tiada lagi tudung untuk bersenam.

Rasmikan Tudung Warna Hitam



Lepas itu saya dapat kupon RM10. Kalau korang hendak promo kod boleh komen. Siapa komen hendak itu saya bagi atau siapa yang hendak beli tudung. Korang boleh belek. Kalau ada berkenan untuk beli boleh komen minta promo kupon RM10. Bolehlah jimat RM10. Promo ini sampai 4 Februari 2024.

Cepat Sampai Dengan Ninja Van





P.S: Semangat beli untuk terawih.
Janganlah beli lagi lepas ini.

Kemaskini 1 Mei: Kain jahit tepi berbulu selepas dibasuh beberapa kali.

Kemaskini 4 Mei: Tudung mula ada berbulu. Jadi iklannya tidak berapa tepat. Rasa hendak bagi sahaja yang belum pakai pada orang kain. 



Tuesday, January 23, 2024

Mencuba Membuat Air Coklat Jenama Le Bourne Chocolate Malt Beverage

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ini pemberian adik perempuan yang pergi ke Langkawi bulan lepas. Saya minta belikan coklat tapi dia salah beli. Dia belikan coklat malt untuk buat air. Lambatlah saya hendak cuba sebab saya masih minum air koko jenama Van Hauten.

Pembungkusan Le Bourne Chocolate Malt Beverage




Saya bayangkan teksturnya halus dan ada rasa manis macam Milo. Sekali betul. Cuma warnanya nampak pudar sedikit daripada Milo.

Tekstur Coklat

2 Sudu Kecil Coklat Malt



Letak 2 sudu kecil untuk satu cawan. Haha tiada rasa manis lepas letak air panas. Kenalah letak susu pekat sedikit.

Hasil Letak Air Panas Dan Susu Pekat



Rasa macam minum coklat malt biasa itu. Haha lagi suka minum air koko. Takoe dapat rasa. Guna sampai habis.