Nuffnang

Sunday, April 3, 2011

Menyanyi


Assalamualaikum...

Nampaknya siri Grey's Anatomy pun menampilkan kelainan dengan doktor-doktor di Seattle Grace menyanyi (termasuklah yang koma iaitu Dr Torres tapi jasad terbaring, roh dia yang menyanyi) pada episod ke-18 musim 7 ini. Haha dah ikut macam Glee pula ada nyanyian. Sewaktu saya menonton episod ini di internet, saya membayangkan adik saya, H menyanyi sambil merawat pesakit kemalangan yang berdarah membuak-buak. Dahlah pesakit pun menyanyi sekali(macam tak logik)

Eh cawan seramik besar saya pecah. Ala tiada cawan besar lagi untuk saya buat air.

Saturday, April 2, 2011

Pesta Buku Datang Lagi



Assalamualaikum..

Tak sabar nak tunggu Pesta Buku yang akan dijadualkan bermula 22 April hingga 1 Mei 2011 (lagi 3 minggu). Saya bercadang nak pergi pada hari biasa bukan hujung minggu dan saya nak jadi orang pertama terpacak depan dewan sebelum dibuka alasannya awal-awal pagi tak ramai (pernah tunggu sampai tertidur depan kedai buku Borders Time Square kerana awal sangat) .Haha, maknanya kalau ikut tahun-tahun lepas, dewan dibuka pukul 10 pagi. Siapa lagi nak pergi? 

Tapikan tahun ini, saya tak banyak senaraikan buku-buku yang saya nak beli macam tahun lepas. Eh takkan sebab kebanyakan buku saya dah baca? Mesti ada buku yang belum baca yang bagus dan buku baru yang akan dilancarkan yang menarik. Pada sisi lain, tak berat sangat tangan menjinjit beg plastik kalau tak banyak beli buku. Takpe, ada masa nak senaraikan buku-buku yang belum dibaca, rugi pula kerana waktu begini harga buku adalah murah dan bukan selalu dapat tawaran sebegini. Setahun sekali je. Selalu saya buat perancangan tapak penerbitan buku mana saya nak pergi dulu. Saya buat nota dalam buku nota kecil. Saya akan tulis nama penerbitan buku, nombor lot, nama dewan, tingkat dan akhirnya senarai buku di bawah penerbitan tersebut. Cari semua buku yang dikehendaki dari satu tapak. Tandakan yang dapat (kadang terlebih membeli buku lain yang menarik perhatian). Ikut susunan, lepas tu pergi tapak penerbitan lain. Kira saya rujuk pada peta pelan lot (ada di internet) untuk mengetahui kedudukan penerbitan. Kemudian ambil keputusan lorong mana nak masuk, tingkat mana supaya menjimatkan masa, TIDAK mengulang jalan yang sama (eheh saya banyak habiskan masa untuk belek buku)

Tak sabarnya! Jumpa di sana siapa yang kaki buku juga :)