Nuffnang

Wednesday, July 22, 2026

18 Julai 2026: Majlis Tahlil Dan Kenduri Aqiqah Mak Lang Lina

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Mak Lang Lina datang harijadi Uwan dan mengajak kami semua ke majlis tahlil dan aqiqah di rumahnya minggu hadapan pada 11 pagi. Gembira hati dapat datang kenduri lagi. Mak Lang Lina ialah adik kepada arwah Pak Ngah Yid yang meninggal pada bulan puasa lalu.

Kami datang awal pada pukul 10:30 pagi Sabtu. Datang dapatlah pilih tempat duduk dan ambil buku Yasin. Buku Yasin yang ekslusif, berkulit keras. Cetakan untuk Majlis Agama Islam Johor.

Berkulit Keras Bahagian Depan Buku Yasin


Bahagian Dalam




Lebih kurang pukul 11 pagi bacaan Yasin dan tahlil dimulakan.

Duduk Bawah Bagi Yang Mampu



Selesai bacaan Yasin diberi beg cenderamata.

Beg Cenderamata Berwarna Biru



Selepas itu dijemput ke khemah makan. Memandangkan orang ramai beratur di stesen nasi, saya pergi ke khemah kambing golek. Kiranya saya orang pertama atau ke-2 yang ambil daging kambing. Tenang-tenang makan sambil mata melirik ke stesen nasi dan lauk. Makan kambing golek sampai habis. Tengok tiada orang beratur, baru saya bangun untuk ambil.

Ramai Beratur Di Stesyen Nasi Dan Lauk


Tiada Yang Beratur Di Stesyen Kambing Golek


Daging Kambing+ Sos Lada Hitam+ Kentang Putar Dan Coleslaw



Ada kari kambing. Saya ambil hati kambing. Ingatkan daging. Ada nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah dan jelatah.

Nasi Dan Lauk Pauk Serta Kuih-Muih Dan Jeli Kelapa. Air Mineral Daripada Bacaan Yasin



Pukul 12 tengahari lebih, habis makan nasi. Kuih tidak dapat habiskan. Maka masuk kuih dan jeli kelapa dalam beg cenderamata. Isi beg cenderamata terdapat biskut coklat. Tidak sempat makan biskut Julie ini, tinggalkan di bilik tidur kampung. Lain kali boleh kudap.

Julie's Choco Sticks



Petang baru habiskan kuih dan jeli kelapa yang  diambil. 

Oklah jumpa lagi edisi kenduri dan makan-makan. Ada lagi minggu ini.



Tuesday, July 21, 2026

Berjaya Tukar

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Hari ini dapat juga tunai zakat secara khultah untuk ASB. Punyalah hari itu cuba buat di pejabat pos Tampin tidak berjaya. Alhamdulillah tanpa dirancang sebab ikut Emak dan Abah pergi Hospital Melaka. Alang-alang Emak tunggu Maybank Bukit Baru buka dan saya pergi tandas di Masjid Al-Azim lalu cawangan ASNB yang sudah buka pukul 8 pagi lebih.

Singgah masuk pejabat selepas singgah tandas Masjid Al-Azim, minta nombor giliran untuk tukar ke Kelas B (pihak ASNB buat potongan untuk kita) Kiranya saya dapat pelaburan bersih selepas zakat. Saya ada 2 akaun dan dua-dua saya buat zakat khultah.


Emel Mengenai Zakat Secara Khultah



Oklah untuk makluman korang, korang boleh buat zakat khultah melalui 2 cara iaitu:
  1. Melalui aplikasi myASNB atau
  2. Kaunter atau kiosk cawangan ASNB atau ejen (pejabat pos,bank-bank)


Kalau korang sudah tukar ke Kelas B maknanya korang TIDAK boleh tukar ke Kelas A. Lepas itu orang kaunter bagi borang untuk tandatangan persetujuan.

Alhamdulillah satu beban hilang. Malas hendak kira dan keluarkan duit untuk zakat. Tq untuk MR asyik ingatkan suruh bayar zakat, solat malam jangan culas, banyakkan puasa sunat. Hehe mentang-mentang baru setahun lebih masuk Islam semangat betul untuk amalkan semua rukun Islam dengan segera. Apapun moga Allah beri kekuatan untuk tegakkan walaupun susah.


Saturday, July 18, 2026

11 Julai 2026: Sambutan Harijadi Uwan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Pagi Sabtu seawal pagi, hujan turun dengan lebat. Saya sarap pulut d3ngan sambal ikan bilis, kuih kaswi dan puteri ayu.

Pukul 10 pagi lebih acara bermula dengan doa selamat diketuai Achik di sebelah kiri Uwan. Kumpulan wanita kali ini.

Uwan Potong Kek Lobak Merah




Achik ini pernah tegur saya masa hujung Ramadhan tahun lepas sebab selalu nampak saya di masjid siang dan malam. Saya cakaplah saya cucu Uwan Timah. Saya cuma ada sampai raya ke-5. Eh tapi dia tidak kenal siapa Uwan Timah. Hehe, saya hendak sahaja bagitahu inilah Uwan Timah yang sambut harijadi. Kebanyakan jemaah wanita kenal saya asbab Uwan Timah.

Lepas doa dan potong kek, bermula makan tengahari. Macam-macam kuih muih. Koci, kaswi, puteri ayu, tat keju, seri muka durian, brownies, kek pisang, kek sarang semut, kek coklat dan lain lain.

Kuih-Muih


Lauk Pauk


Sup Tulang




Lauk paukpun pelbagai seperti daging salai masak lemak cili api, pucuk ubi dan biji nangka masak lemak cili api, udang buttermilk, sambal udang, daun kayu masak tempoyak, segala macam sambal: sambal belacan, sambal gila, sambal tempoyak, sambal daun kantan, pucuk ubi celur. Ada sup tulang, sup tendon. Spageti bolognese. Pilihan sangat luas. Mampu makan semua jenis atau tidak persoalannya.

Air panas: teh o dan teh 

Air sejuk: laicikang

Suasana sejuk dan nyaman kerana masih hujan renyai.

Lauk Yang Diambil



Saya cuma ambil nasi, daun kayu masak tempoyak, pucuk ubi celur, sambal bunga kantan, sambal tempoyak dan udang buttermilk. Air semestinya teh.

Kenyang tidak dapat semua. Saya cuma amvil spageti bolognese dan kek coklat, kuih puteri ayu, kaswi dan kek sarang semut untuk simpan untuk makan petang.

Lebihan makanan ada yang sudah tapau bawa balik rumah masing-masing.

Majlis tamat sebelum Asar sebab ada yang datang kemudian secara beransur-ansur.

Corat-coret hari tersebut

  • CikYa sekejap sahaja di majlis ini (pukul 12 tengahari bertolak) sebab hendak balik mengundi di Jementah. Cerita politik, Pak Tam kata lepas PRN N9 nanti dun Melaka bubar pula. Adik perempuan saya dah 'bising' dia belum tukar tempat mengundi. Saya tidak kisah mengundi tempat lama. Bolehlah melawat tempat lama mengenang kenangan.
  • Cuaca mendung dan kadang-kadang hujan rintik.
  • Teh tarik cepat habis. Dapat minum 2 kali.
  • Kek lobak kena sorok sebab takut cepat habis. Haha😆 Ya saya tidak dapat makan sebab sudah habis.

Monday, July 13, 2026

Terima Hadiah Juara Ruang Komen Bulan Jun Blog CCL

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Ada rezeki lagi untuk menjuarai carta ruang komen bulan lepas. Kali terakhir juara rasanya bulan Disember tahun lepas. Tengok CCL kurang hasilkan pos maka bercadang untuk komen secara pukal pada akhir Jun.

Alhamdulillah hadiah sudah sampai pada Jumaat petang tapi saya balik kampung.
Jadi Isnin tengahari baru berkesempatan buka.


Parcel Shopee



Syukurlah barang selamat sampai tanpa pecah atau rosak sebab ditinggalkan di luar rumah dengan kena cahaya matahari dan hujan. Pembungkusan dengan balutan gelembung sangat membantu.


Bodibreze Leona Fragrance Brightening Body Serum 300 ml



Saya dapat Bodibreze Leona Fragrance Brightening Body Serum. Losyen yang melembab dan mencerahkan selama 12 jam dengan bauan laici dan ros. Wah saya suka ros. Malahan not tengah ada vanila dan bunga peoni selain ros (peminat vanila dan ros). Wangi betul.

Tq CCL atas hadiah ini. Saya terus guna. Saya suka betul hadiah ini. Korang sila terjah blog CCL ini. Banyak maklumat yang disampaikan selain kisah peribadi CCL diceritakan dalam blog.

Ok jumpa lagi.


Sunday, July 12, 2026

Buah Tangan Dari Korea Selatan

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tidak sangka adik saya yang lelaki nombor 3 sempat beli buah tangan dari Korea Selatan iaitu dompet panjang kain yang diberi melalui Emak. Emak tunjuk 2 pilihan warna, merah jambu dan merah hati. Dua-dua cantik dan saya suruh Emak pilih dompet panjang pilihan dan saya dapat yang merah hati.

Dompet Panjang Merah Jambu



Terima kasih H. Selamat pulang ke Perth esok.


Friday, July 10, 2026

Durian Melimpah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Tahun ini sakan makan buah durian. Durian melimpah-ruah. Tidak habis-habis gugur. Minggu lepas selang sehari Abah balik Tampin untuk ke kebun dan jemput adik-adik Abah datang makan durian. Adik perempuan pula ajak bapa dan emak mertua datang. Itupun masih banyak lagi durian.

Durian Yang Dikutip Pada Hari Tersebut


Minggu lepas ceramah fardu ain lepas Maghrib, Emak sediakan bubur kacang hijau durian. Tinggal sedikit untuk rumah. Saya sekarang sudah suka makan bubur manis terutama ketika berbuka puasa. Saya perlukan lebih gula waktu berbuka walaupun bubur Emak kurang manis tapi saya suka!

Bubur Kacang Hijau Durian Untuk Surau



Minggu ini bacaan Yasin. Ramai hadir. Alhamdulillah. Jiran satu jalan dari Sarawakpun ada. Bawah ialah whatsapps untuk taman. 



 *💓PROGRAM BACAAN YASSIN SURAU AL FALAH 💓*

*" ‏اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ*‎ 

*📋Tarikh*: Khamis 9 July 2026
*🕓Masa*: Lepas Maghrib 
*🕌Tempat* : Surau Al Falah
👳‍♂️Imam: Hj Sharif
😋 Jamuan Disediakan 

Muslimin & Muslimah dijemput hadir

*🤲جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا🤲* 

Sekian Terima Kasih



Rezeki nasi putih, ikan sambal dan sayur kobis masak lemak makan di rumah lepas solat Isyak. Kenyang. Alhamdulillah.

P.S: Lambat kemaskini blog sebab wayar pengecas untuk telefon yang ada gambar bubur kacang hijau durian tertinggal di kampung. Pengecas jenis Micro USB untuk telefon lama. Telefon sekarang banyak guna wayar jenis C. Sekarang saya di kampung.


Wednesday, July 1, 2026

Hadiah World Cup 2026 Tumbler

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah selamat sampai termos Piala Dunia FIFA 2026. Sebenarnya saya tidak ikuti sangat Piala Dunia ini sejak Miroslav Klose bersara. Kurang semangat hendak sokong Jerman. Pasukan Jermanpun macam tidak sekuat dahulu.

Apapun terima kasih Cik Notie sebab anjurkan pemberian termos percuma sempena Piala Dunia. 

Parcel yang diterima berwarna hitam.

Mari buka.

Parcel Keriangan



Tengok deskripsi parcel ada tulis  WC2026 Tumbler Florian Wirtz 30 Top Player. Hehe tidak kenal siapa. Terpaksalah google pemain no 17 ini. Takpelah tidak popular buat masa ini. Mana tahu akan datang awak akan popular dan sehebat Klose. Umurpun baru 23 tahun. Klosepun masa mula main pada tahun 2002 (umur 24) saya tidak berapa kenal. Lepas itu popular banyak jaringkan gol tapi namanya masih tidak segah pemain lain. Pelik jugalah. Lantaklah asal banyak jaringkan gol.

17 Florian Wirtz



Lepas itu marilah kita cuba isi air panas dalam ini. Isi berhati-hati. Terfikir macam manalah hendak nampak suhu air terkini. Rupanya kena tekan bahagian tengah bulatan hitam lama-lama. Haha kasihannya baru tahu.



Suhu Air Panas 97°C



Tq Cik Notie. Semoga murah rezeki.