Nuffnang
Tuesday, June 14, 2011
Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Memang dah agak, ramai pembaca yang mencari jawapan Cari Cantum Menang Berita Harian minggu ke-4. Bekas rakan sekolah saya beritahu jawapan patut merehatkan badan dahulu baru menenangkan minda. Hehe, alasan saya buat terbalik ialah pertama sekali mak saya yang pilih susunan begitu iaitu menenangkan minda dahulu. Alasan kedua pula penggunaan DAN. Saya rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baru ( Nik Safiah Karim et. al: 2004: 239) perkataan DAN merupakan KATA HUBUNG GABUNGAN iaitu jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang SAMA TARAFNYA. Ambil perhatian SAMA TARAF. Maknanya mana-mana klausa nak tulis dulu pun takpe. Maksudnya kalau nak tulis MELANCONG MENENANGKAN MINDA DAN MEREHATKAN BADAN pun boleh atau MELANCONG MEREHATKAN BADAN DAN MENENANGKAN MINDA pun boleh. Saya dah cakap ada kemungkinan satu jawapan betul. Saya hantar dengan jawapan pertama sebab saya rasa mesti jarang orang hantar dengan jawapan tersebut. Hehe.
Apapun terpulang kepada anda nak hantar jawapan yang mana satu. Jangan salahkan saya pula yer. Hehe. Jumpa lagi. Selamat maju jaya bagi mereka yang masuk peraduan ini.
P.S: Kepada bekas rakan sekolah saya, terima kasih kerana memberi pendapat. Kepada pembaca tulisan saya, terima kasih juga.
Jawapan Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu ke-4 Dan MLM: Isu Kontroversi
Assalamualaikum...
Selamat dinihari. Saya dah siap isi borang Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu ke-4. Kali ini ada 2-3 jawapan maklum ada perkataan Dan. Akhirnya saya memilih untuk menghantar jawapan : MELANCONG MENENANGKAN MINDA DAN MEREHATKAN BADAN.
Jawapan lain ialah "Melancong Merehatkan Badan Dan Menenangkan Minda."
Jawapan lain yang boleh dipertimbangkan juga ialah "Melancong Merehatkan Minda Dan Menenangkan Badan" atau terbalik "Melancong Menenangkan Badan Dan Merehatkan Minda."
Jawapan dua terakhir itu macam kurang sesuai pula "Menenangkan Badan". Jadi kesimpulannya saya pilih yang saya tulis semua huruf besar sebab mak saya yang susun begitu. Senang cerita. Terpulang pada anda nak pilih yang mana satu bagi yang belum hantar. Hehe. Kalau menang kerana petunjuk saya bagi, sekurang-kurang dapat juga pahala menolong.
Ok selamat maju jaya bagi mereka yang menyertai pertandingan ini.
Haha trafik semalam sangat luar biasa tinggi. Alhamdulillah. Berkongsi itu tanda saya prihatin. Bercakap pasal prihatin, saya nak kongsi artikel saya baca pasal MLM di laman Utusan Malaysia. Artikel tersebut ada juga pada Berita Harian, 13 Jun tajuk 'MLM Mesti Menepati Syariah'. Bagi yang keliru MLM yang menepati syariah itu bagaimana, silalah klik pada pautan tersebut. Moga anda mendapat hikmah dan kefahaman serta membezakan MLM mana mengikut landasan syariah dan mana tidak.
Jumpa lagi. Sekali lagi saya ucapkan selamat berjaya dan moga mendapat manfaat daripada maklumat yang saya kongsi.
Labels:
Diri,
Dunia Siber,
Peraduan,
Peristiwa/Event,
Renungan,
Thought of The Day
Subscribe to:
Posts (Atom)