Nuffnang

Wednesday, June 15, 2011

Tulisan Gaya Bebas (Monolog)



(Monolog diri)

Merenung jauh memandang bilah-bilah kehidupan 2011 yang dilalui sambil membandingkan rentak kehidupan 2010.

"Lebih tenang separuh tahun ini berbanding tahun lalu", getus hatiku.

"Ia lebih tenang", otakku menyetujui tanpa bantahan.

Alhamdulillah, aku tersenyum. Kesan perubahan 180 darjah yang aku buat nyata ada hasil yang sangat signifikan.

Aku mengingat langkah yang aku buat yang berbeza tahun lepas.

Pertamanya menjauhkan borak-borak sampah terutama dalam alam siber. Memang penyumbang utama ketenangan aku. Borak-borak ke arah memufliskan pahala, menjebakkan diri dalam pengumpatan tanpa sengaja, mendekatkan prasangka atau bergurau walaupun tidak sengaja yang mengundang dosa.

Keduanya menjauhi orang yang suka memberi masalah atau menyakitkan hati. Ini berjaya 100%. Mengurangkan atau memutuskan tidak berhubung kalau tiada sebab. Tiada keperluan untuk berhubung dengan orang ini lebih-lebih lagi yang berlawanan jantina.

Sekarang adalah meneruskan secara istiqamah. Mujahadah untuk tidak kembali ke asal. Moga aku berjaya dan semakin cemerlang. Terdapat lompang yang kadang-kadang aku terlupa nak tutup. Apapun sudah nampak hasilnya.

Aku bebas........

Tuesday, June 14, 2011

Apa Perasaan Anda Apabila Komentar Anda Dipilih Untuk Dimuatkan Dalam Buku Penulis Blog Yang Terkenal?

Assalamualaikum...

Salah satu kebaikan apabila anda membuat tulisan yang berkualiti dan sesuai sepanjang zaman ialah kemungkinan penerbit buku menghampiri anda untuk membukukan tulisan-tulisan pada blog.

Itu yang berlaku pada salah seorang blogger yang mendapat anugerah blogger popular lelaki yang sudah berkahwin (anugerah tahun lepas). Dia mendapat peluang tersebut. Saya yang mengikuti blognya berminat untuk memasuki peraduan teka/cipta tajuk buku (ada yang dapat agak siapa penulis blog tersebut) beserta memberi komentar yang bernas. Kira dua dalam satu peraduan ini di mana anda boleh teka tajuk buku atau memberi komentar. Hadiah pula buku si penulis blog ini beserta tandatangan bagi yang berjaya memberi tajuk buku. Manakala komentar yang berjaya dipilih akan dicetak pada buku. Bukan ke menarik tu?  Jadi saya pun masuklah peraduan tersebut memandangkan saya rajin berumah dalam tu. Haha. Ketika mula-mula masuk memang tidak keluar-keluar sebab nak baca tulisan-tulisan dia. Tulisan dia pula panjang-panjang, ambil masa juga. Tak dapat khatam sebab ketika baca tu pc saya buat hal. Jadi lupa berhenti kat tulisan mana dan pula jenuh mencari sebab banyak sangat tulisan.

Dapat agak ke sape penulis blog yang buat peraduan untuk buku dia tu? Ada yang tak tahu siapa dia dan berminat nak masuk ke? Boleh tinggalkan pertanyaan.

Ok jumpa lagi. 

Petunjuk: Blog dia berkaitan kematian. Ala mesti ramai tahu ni.