Nuffnang

Tuesday, August 2, 2011

Hari Mantai: Menjamu Selera Di Muara Sungai Duyung



Assalamualaikum…

Alhamdulillah berlalu sudah puasa pertama. Buka apa anda hari pertama tersebut? Saya makan sebiji kurma, laksa Melaka dan air kopi. Tahu tak laksa Melaka macam mana? Laksa Melaka ni kuah masak lemak letak daun kesum, kerang rebus, udang dan sotong. Makan dengan mihun, cili hiris, timun hiris dan taugeh.

Ok tulisan ini masih lagi tak habis cerita pasal hari mantai tu. Maklum banyak aktiviti yang saya lakukan. Lepas pergi PC Fair di MITC untuk cari cakera keras 500GB, balik rumah sekejap untuk solat dan mandi.

Memandangkan malam akan bermula terawih maka kami sekeluarga makan awal pukul 6 lebih di Restoran Muara Sungai Duyung.

Sini lebih kepada nasi lemak bungkus yang disediakan dalam daun pisang, jimat sikit tiada pinggan. Pada awal-awal diberikan cili api bersama limau nipis dan kicap untuk cecah. Mak pesan sotong goreng tepung, udang masam manis, kupang masak sambal, ikan kukus, otak-otak, kailan ikan masin untuk 6 orang. Air pula air kelapa muda sebiji dan air tebu 1 jag. Harga berpatutan jugalah iaitu RM131.40. Bolehlah siapa-siapa nak makan makanan laut singgah di sini.














Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung - Hadapan Kedai


Memilih Untuk Duduk Menghadap Ke Muara Sungai


Makanan Yang Awal Tiba -Nasi Lemak, Kicap Bercili Dan Otak - Otak


Nasi Lemak Saya Ambil Lauk Sambal Kupang, Udang Masam Manis Dan Sotong Goreng Tepung



Monday, August 1, 2011

Resipi Mudah: Pai Epal Nyum - Nyum





Assalamualaikum…

Memandangkan 2 hari tak kemaskini blog maka perlulah gantikan hari-hari tak buat dengan tulisan baru. Hari ini nak kongsi buat pai epal nyum-nyum yang mudah. Siapa-siapa yang nak cuba buat untuk buka puasa bolehlah buat yer.

Sebelum tu saya ada terangkan resipi nak buat kulit pai di sini tapi tulis balik untuk resipi lengkap.

Bahan kulit pai yang rangup

1 cawan mentega yang dipotong kiub (sejuk yang baru dikeluarkan dari peti sejuk
2 ½ cawan tepung serbaguna/ tepung gandum
½ cawan air ais (air+ais kiub)
½ sudu the garam

Cara membuat kulit
  1. Campur tepung dan garam dalam mangkuk besar.
  2. Pecahkan kiub-kiub mentega sejuk bersama campuran tepung dan garam.Gaul sebati.
  3. Selang-seli masukkan air ais dan gaul hingga tepung tidak melekat pada mangkuk.
  4. Masukkan dalam plastik dan kemudian biarkan rehat dalam peti sejuk sehingga sejam atau hingga nak guna.


Bahan inti

1/3 cawan gula perang
¼ cawan tepung serbaguna/tepung gandum
½ sudu teh serbuk buah pala
½ sudu teh serbuk kayu manis
8 biji epal hijau (buang kulit, empulur, potong 4 dan hiris setiap potongan memanjang)
2 sudu mentega
1 biji perahan air lemon


Cara membuat inti
  1. Gaul semua bahan kecuali metega dalam mangkuk adunan.


Cara membuat pai
  1. Keluarkan kulit pai dari peti sejuk.
  2. Tabur tepung pada tempat canai
  3. Bahagi 2 adunan kulit tersebut
  4. Canai doh hingga ketebalan 1-2 cm. Gris mentega pada loyang. Letakkan pada loyang atau loyang pai yang berjejari 9 inci. Pastikan kulit pai ditekan-tekan hujung loyang. Pastikan kulit pai tidak koyak.
  5.  Letakkan semua inti dan kemudian letak cebisan mentega di atas sekali. Tutup inti pai dengan kulit pai yang separuh lagi.
  6. Buat lubang pada atas kulit pai untuk memastikan wap keluar.
  7. Panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah Celcius dan masukkan pai. Bakar sehingga 50 minit. Selepas 20 minit pertama, buka ketuhar dan letakkan cairan mentega untuk mencantikkan kulit pai (kulit pai jadi kekuningan-ini pilihan)
  8. Apabila siap, rehatkan pai untuk suhu bilik dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan aiskrim.



Selamat mencuba. Rasa pai yang lemak, masam dan manis.



Pai Epal Yang Baru Dikeluarkan Dari Ketuhar



Makan Begitu Sahaja