Nuffnang

Monday, August 8, 2011

Monolog: Jodoh? Baik?




Kami (emak, uwan dan aku) pergi awal ke masjid. Sampai di sana, aku melaksanakan solat sunat tahyatul masjid. Usai bersolat, aku bertafakur menumpukan perhatian pada diriku.
Tiba-tiba hati berdetik “Bila aku nak kahwin ni?”
Segera ingatan aku tertancap pada dia.
Eh apsal aku ingat dia tiba-tiba ni? Hatiku merungut.
Dialah jodoh kau.
Aku segera membuang ingatanku cepat-cepat kerana azan Isyak telah berkumandang. Maka seterusnya aku menumpukan solat Isyak, tarawih dan akhir sekali witir.
Usai habis solat maka berpapasan kami (emak, uwan, Tok Ali, Wan Kintan dan aku) pulang ke satu arah.
Tepat jam 10:30 malam, aku bersedia untuk tidur kerana mengantuk. Maka tidurlah aku seorang di atas dengan lena. Pukul 1 pagi aku terjaga. Aku tidak mampu melelapkan mata. Bagi menghabiskan masa, aku ke dapur makan roti krim dan air kopi. Disudahi air putih. Kemudian ke bilik air untuk membuang air dan menggosok gigi. Naik semula ke tingkat atas untuk tidur semula. Namun aku gagal tidur dalam bertemakan mendengar lagu di walkman Sony. Tiba-tiba ingatan aku kembali pada dia.
Apsal ingat lagi dia ni. Aku bukan kenal dia. Aku tak pernah tengok dia (ya ke?) dan namanya pun aku dah lupa.
Hatiku senyum sinis apabila jiwa berperang menyatakan ‘hujah’ aku tak ingat nama dia.
Betullah aku tak ingat nama dia.
Aku mengimbau kenangan tahun lepas ketika aku membanci sebuah rumah. Aku menanyakan tentang ahli isi rumah yang tinggal dengannya. Pada ketika makcik ini berceritakan tentang dia, tiba-tiba hati tak semena-mena tertanya.
Aik dia baya aku, apsal dia tak kahwin lagi.
Habis tu kau pun belum kahwin lagi.
Ketika itu aku menulis nama, tarikh lahir, umur dan pekerjaan. Ironinya sekarang aku tak ingat pun butirannya Cuma SATU.
Hatiku semakin gelakkan aku. Kau ingat dia kerja apakan?
Aku senyum sumbing. Haah aku ingat dia kerja apa.
Cuba cakap dia kerja apa.
Aik hati, kau kan tahu.
Saja, aku nak kau ingat dan nyatakan.
Dia kerja di Jabatan Agama. Haha tangkap orang buat maksiat kan? Aku gelak mengingatkan ketika aku menemuramah makcik itu, aku gelak dalam hati ingatkan hal ini tapi muka aku buat selamba jer takde apa-apa berlaku.
Balik aku cerita kat makcik aku banci rumah no sekian.
Makcik aku cakap "dia sedara kita juga."
Saudara? Saudara jauh la tu bisik hatiku. Aku acuh tak acuh dengar penerangan makcik aku. 
Dia ke jodoh aku?
Yalah, dia tunggu kau jadi baik.
Alamak lama lagi agaknya.
Tiba-tiba aku teringat Kak Kandi yang telah ‘menyumpah’ (berdoa) untuk aku mendapat lelaki yang baik dan soleh di hadapan Kaabah.
“Wina, akak dah doakan khas untuk Wina depan Kaabah.”
“Akak doa apa?” Aku terlongo tak sangka betul.
“Doakan Wina dapat lelaki terbaik.”
“Ek.” Dalam hati rasa terharu.
Kak Kandi memang tak berkenan dengan pilihan aku sebelum ini. Selalu aku ini ‘dibasuh’ (dinasihati) dan ditegur.
Dahlah pergi jauh-jauh tak payah ingat. Aku cuma menghalau ingatan yang makin kuat. Langsung aku tidak boleh tidur. Lelap mata ingat dia juga. Aku melihat jam di telefon bimbit aku. Pukul 3 lebih. Baiklah aku ‘dating’ dengan Allah ada gak faedahnya.
Lalu aku turun ke dapur semula kemudian ke bilik air mengambil wuduk. Solat sunat witir untuk buka witir yang aku tutup ketika tarawih. Solat tahajud dan hajat. Doa moga aku dapat tidur dan mimpi dia (kalau ada) Alhamdulillah lepas solat, aku terus lena tak ingat dunia, mimpi pun kosong. Terbangun apabila Uwan teriak kuat dari bawah kejutkan aku sahur. Aku bangun dan tersenyum.
Eloklah aku takde mimpi kau. Aku gelak dalam hati.Kalau kau ingat dan tahu rupa aku (intuisi aku berkata dia dah tahu) doakan banyak-banyak supaya aku jadi baik setaraf dengan kau.
Aku turun untuk sahur.

Rumah Ni Ke Aku Banci?




Sunday, August 7, 2011

CELEBRATE ANNIVERSARY

Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Hari ini saya ikuti segmen Mama Maszull yang jemput secara terus untuk sertai segmen ini. Maaf mama lambat. Konon-konon nak cari gambar yang terbaik. Tengok-tengok album lama entah mana la kena sumbat. Saya mahu letak gambar saya waktu kecil. Nak mengimbau kenangan lama pada blog katakan. Takpe, saya ada satu gambar pinjam daripada Achik Ya (entah bila nak pulangkan) Berita baiknya dah imbas yer ni gambar lama bukan pakai kamera digital yang boleh alihkan terus ke komputer. Ini gambar masa saya darjah 6 (korang agak mana satu saya?) meraikan harijadi sepupu saya, Zairi yang ketika ini masuk 1 tahun duduk di pangkuan Achik Ya (makcik). Lain-lain tu sepupu dan adik H yang pakai t-shirt putih duduk belakang Achik Ya.

Sepupu Saya Ni Masa Kecil Memang Ganas. Waktu Ni Buka Hadiah

Ni Gambar Dalam Gambar. Ambil Gambar Ni Dengan Kamera Digital. Kalau Tak Nampak Tengok Dengan Photo Viewer


Mama kalau kurang jelas bagitahu ok?

Kalau nak ikuti boleh klik kain rentang di bawah yang akan bawa muka surat pelayar korang ke segmen ini. Tarikh tutup 15 Ogos 2011. Hadiah lumayan menanti anda. Siapa-siapa suka nak buat segmen kenangan lama mengusik jiwa bolehlah ikuti.